Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu

Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu Pentadbiran Tanah Negeri Terengganu

Setinggi-tinggi tahniahdiucapkan kepada YBrs. Encik Kamal bin Mansor Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) at...
06/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah

diucapkan kepada YBrs. Encik Kamal bin Mansor Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) atas pengurniaan Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

โ€‹Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 31 OGOS 2026 | SEMARAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026Kibaran Jalur Gemilang, langkah seiring dan semangat patriotik me...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 31 OGOS 2026 | SEMARAK SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Kibaran Jalur Gemilang, langkah seiring dan semangat patriotik mewarnai penyertaan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu dalam Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ke Dataran Shahbandar,Kuala Terengganu.

Kontinjen PTG Terengganu turut menceriakan perarakan Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform(Tanpa Bertanding) dengan barisan peserta yang tampil penuh disiplin, bersemangat dan berkeyakinan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh kontinjen serta urus setia PTG Terengganu atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan sambutan penuh bermakna ini. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ




SALAM MAULIDUR RASUL 1448H"Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik".Marilah kita ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik".

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, keperibadian dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seterusnya menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan dan amanah dalam melaksanakan tugas.

Semoga dengan keberkatan Maulidur Rasul ini, kita terus dipandu dengan nilai integriti, amanah, kasih sayang dan kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Hari ini kita turun untuk aksi Suku Akhir SUKMA Hoki Lelaki:๐Ÿ‘ TERENGGANU vs PENANGโฐ 5:00 PETANG๐Ÿ“ Stadium Hoki Pandamaran...
21/08/2026

Hari ini kita turun untuk aksi Suku Akhir SUKMA Hoki Lelaki:

๐Ÿ‘ TERENGGANU vs PENANG
โฐ 5:00 PETANG
๐Ÿ“ Stadium Hoki Pandamaran, Selangor

Satu pasukan. Satu misi. Satu perjuangan.

Jangan lupa saksikan dan berikan sokongan anda kepada Skuad Hoki Lelaki Terengganu!

๐Ÿ“บ LIVE TT : Bidadariccs
https://vt.tiktok.com/ZSVfRvsSq/

AYUH TERENGGANU!
BANGKIT โ€ข BERJUANG โ€ข MENANG! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’™๐Ÿ‘

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu selaku Jabatan Angkat bagi Pasukan Hoki SUKMA Terengganu meraikan para pema...
21/08/2026

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu selaku Jabatan Angkat bagi Pasukan Hoki SUKMA Terengganu meraikan para pemain dengan jamuan makan malam kerana kedua-dua Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan layak ke peringkat suku akhir. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah PTG Terengganu, YBhg Dato' Ab Rasid bin Jusoh ..

Good Luck team Hoki di peringkat suku akhir ..

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING | PENUTUPAN SEMENTARA BAYARAN ONLINEDimaklumkan bahawa bayaran online bagi urusan yang terlibat denga...
20/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENTING | PENUTUPAN SEMENTARA BAYARAN ONLINE

Dimaklumkan bahawa bayaran online bagi urusan yang terlibat dengan pelaksanaan Kadar Baharu Bayaran Pejabat (Office Fee) โ€“ Fasa 2 akan ditutup buat sementara waktu bermula 25 sehingga 31 Ogos 2026.

๐Ÿ’ณ Kadar baharu bayaran pejabat (Office Fee) Fasa 2 akan berkuat kuasa pada 1 September 2026.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai urusan berkaitan pembayaran adalah dinasihatkan untuk merancang dan membuat urusan pembayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penutupan sementara bayaran online.

๐Ÿ“Œ Sila rujuk infografik untuk maklumat lanjut mengenai urusan yang terlibat.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

JASAMU DIKENANG, BUDIMU SENTIASA DALAM INGATANPejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu merakamkan setinggi-tinggi pe...
30/07/2026

JASAMU DIKENANG, BUDIMU SENTIASA DALAM INGATAN

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak
Pegawai Kewangan Negeri Terengganu

atas segala jasa, kepimpinan, bimbingan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PTG dan pengurusan kewangan Negeri Terengganu.

Segala komitmen, dedikasi serta iltizam yang telah diberikan amat bermakna dalam memperkukuh tadbir urus dan memacu kecemerlangan perkhidmatan awam negeri.

Semoga YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta terus cemerlang dalam setiap amanah yang dipikul.

Jasamu dikenang, budimu sentiasa dalam ingatan.

Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.

Sekalung tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Rosli bin Latif atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu. Sem...
28/07/2026

Sekalung tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Rosli bin Latif atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu. Semoga terus cemerlang memimpin serta membawa kecemerlangan dan kemajuan kepada Negeri Terengganu.

Pada 19 Julai 2026 (Ahad), PTG Terengganu telah menerima Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Sistem e-Tanah Pentadbiran Ta...
20/07/2026

Pada 19 Julai 2026 (Ahad), PTG Terengganu telah menerima Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Sistem e-Tanah Pentadbiran Tanah Negeri Terengganu dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Lawatan ini telah diketuai oleh Pn Amilia Suraya bt Muhammmad Arif selaku Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran). Lawatan ini juga turut dihadiri oleh seramai 77 orang pegawai dan kakitangan dari semua Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri Pahang iaitu Kuantan, Temerloh, Rompin, Raub, Pekan, Jerantut, Lipis, Bentong, Maran, Bera dan Cameron Highlands.
YB Dato' PTG Terengganu juga telah merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas lawatan ini. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan dari PTG Terengganu. Selain itu, lawatan ini juga adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan serta dapat memperkukuhkan lagi kerjasama dalam pelaksanaan Sistem e-Tanah bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah.
Semoga jalinan kerjasama daripada kedua-dua pihak dapat memberi manfaat kepada jabatan serta menyumbang ke arah penyampaian yang lebih cekap.

Kejohanan Boling Padang Antara Kelab-Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) 2026 anjuran Kelab Perbendaharaan telah berlangsung p...
12/07/2026

Kejohanan Boling Padang Antara Kelab-Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) 2026 anjuran Kelab Perbendaharaan telah berlangsung pada Sabtu, 11 Julai 2026 di Arena Lawn Bowl, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Tigers A dan Kelab Tigers B atas kejayaan mara ke peringkat akhir. Syabas kepada Kelab Tigers B yang muncul sebagai johan, manakala Kelab Tigers A berjaya meraih gelaran naib johan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang pada masa hadapan.

Address

Tingkat 7 Dan 11, Wisma Darul Iman
Kuala Terengganu
20576

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096231957

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Terengganu:

Shortcuts

Share