26/08/2026
23 Ogos 2026, Ahad β Satu sesi perbincangan telah diadakan antara HOPT Bahagian Bangunan, JKR Terengganu dan Bahagian Pengurusan Negeri, Cawangan Kerja Pendidikan (BPN4). Pertemuan ini bertujuan untuk menyelaras peruntukan di bawah program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan semua projek pendidikan di seluruh Negeri Terengganu.