JPKK TP Wakaf Tembesu

JPKK TP Wakaf Tembesu Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK)

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙Taqabbalallahu minna wa minkum🤲Syawal hadir membawa cahayaMenyinari hati dengan keikhlasan,men...
20/03/2026

🌙 Salam Aidilfitri 1447H 🌙

Taqabbalallahu minna wa minkum🤲

Syawal hadir membawa cahaya
Menyinari hati dengan keikhlasan,
mengikat kasih dengan kemaafan,
dan menyuburkan ukhuwah sesama insan.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan kebahagiaan, kesyukuran serta keberkatan di hari yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada:

PAS Cawangan Taman Permint Makmur &. JPKK Taman Perumahan Wakaf Tembesu



20/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kullu ‘Aam Wa Antum Bi Khair. Taqabbala Allahu minna wa minkum.

Dengan penuh takzim dan sukacitanya, kami menjemput Yang Berhormat/Yang Berbahagia Datuk/Datin/Tuan/Puan serta seluruh warga Dun Tepoh dan ahli keluarga untuk menghadiri *Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN TEPOH 2026*

Majlis ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 26 Mac 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Terengganu

Dengan kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan sekeluarga amat kami hargai dalam memeriahkan majlis ini serta mengukuhkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin.

Semoga majlis ini berlangsung dengan penuh keceriaan, keberkatan dan berjaya merakamkan kenangan yang indah buat kita semua.

Jumpa hari Khamis ni ya belaka seme…

Hari istimewa, peringatan penuh makna.Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tapi untuk dirasai dengan jiwa."Salam Nuzul Qur...
07/03/2026

Hari istimewa, peringatan penuh makna.

Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tapi untuk dirasai dengan jiwa.

"Salam Nuzul Quran"



AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN💫 🌙 Ramadhan datang menyapa...Marilah kita membuka hati untuk memperbaiki diri, memperbanyak i...
18/02/2026

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN💫

🌙 Ramadhan datang menyapa...

Marilah kita membuka hati untuk memperbaiki diri, memperbanyak ibadah, dan mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Ramadhan kali ini membawa keampunan, keberkatan, dan ketenangan buat kita semua. 🤲✨

Semoga Allah memberi kita kekuatan, kesabaran, dan petunjuk dalam menghidupkan setiap detik di bulan yang mulia ini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. 🌙💚



🌛SALAM NISFU SYAABAN🌛"Ya Allah Berkatilah kami di Bulan Syaaban dan Sampaikan Kami di Bulan Ramadhan" 🤲Ikhlas daripada:P...
02/02/2026

🌛SALAM NISFU SYAABAN🌛

"Ya Allah Berkatilah kami di Bulan Syaaban dan Sampaikan Kami di Bulan Ramadhan" 🤲

Ikhlas daripada:
PAS Cawangan Taman Permint Makmur &
JPKK Tmn Perumahan Wakaf Tembesu

💫SALAM ISRA' MIKRAJ💫Selamat memperingati Israk Mikraj. Semoga kita dapat meraih keberkatan dan rahmat Allah SWT pada har...
16/01/2026

💫SALAM ISRA' MIKRAJ💫

Selamat memperingati Israk Mikraj. Semoga kita dapat meraih keberkatan dan rahmat Allah SWT pada hari yang istimewa ini.

Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.



31/12/2025

📢 Pertandingan Hafazan & Azan Peringkat DUN Tepoh!
Jom sertai pertandingan yang penuh barakah & bermanfaat sempena cuti sekolah ini!

🔲 Kategori yang dipertandingkan :
1. Hafazan 1 (7 - 12 tahun)
2. Hafazan 2 (13 - 17 tahun)
3. Azan (Lelaki sahaja)

📍 Lokasi : Masjid Bandar Al-Wathiqu Billah
📅 Tarikh : 6 Januari 2026 (Selasa)
⏰ Bermula : 7.00 pagi

Hubungi :
Abg Nas : 011-13017598
Kak Syaf : 018-9005494

Tarikh Tutup penyertaan pada 4 Januari 2026

Daftar Sekarang❗❗❗

Sila isi link dibawah untuk pendaftaran :

https://forms.gle/DhZ1NAH5GqLHaFNV9



Selamat Menyambut Tahun Baru 2026. 🥳Ya Allah, jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, ampunkan yang lalu dan p...
31/12/2025

Selamat Menyambut Tahun Baru 2026. 🥳

Ya Allah, jadikan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, ampunkan yang lalu dan permudahkan yang mendatang.🤲🏻




🤲🏼 ZIARAH KEBAJIKAN BULANAN JPKK TPWT & PAS CAWANGAN TMN PERMINT MAKMUR Alhamdulillah, program ziarah kebajikan bulanan ...
20/12/2025

🤲🏼 ZIARAH KEBAJIKAN BULANAN JPKK TPWT & PAS CAWANGAN TMN PERMINT MAKMUR

Alhamdulillah, program ziarah kebajikan bulanan anjuran JPKK Taman Perumahan Wakaf Tembesu dan PAS Caw TPM telah berjalan pada Rabu lepas ke dua buah rumah.

Ziarah rumah pertama di rumah Sdr Ramli Ismail yang merupakan Timbalan JPKK TPWT yang telah kehilangan anak sulomg kesayangan beliau tempoh hari. Ziarah seterusnya ke rumah Sdr En Zailani yang terlantar diuji dengan penyakit leukemia dan masih lagi menjalani rawatan kimoterapi berkala.

Semoga kehadiran kami membawa sinar dan kekuatan buat mereka yang diziarahi.

*🤲Didoakan agar semua yang sakit diberi kesembuhan dan usaha kecil ini terus diberkati dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.*



28/11/2025
📢 *HEBAHAN PROGRAM SIHAT BERSAMA KOMUNITI*  Assalamualaikum & salam sejahtera,  Penduduk Taman Perumahan Wakaf Tembesu d...
21/11/2025

📢 *HEBAHAN PROGRAM SIHAT BERSAMA KOMUNITI*

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Penduduk Taman Perumahan Wakaf Tembesu dan kawasan sekitar dijemput hadir ke:

*🌿 Program Sihat Bersama Komuniti*
📅 *Sabtu | 22 November 2025*
🕗 *8.00 pagi*
📍 *Balairaya Taman Perumahan Wakaf Tembesu*

Antara pengisian menarik:
✅ Ceramah Kesihatan Mental
✅ Pemeriksaan Kesihatan
✅ Pemeriksaan Mata
✅ Kuiz Kesihatan
✅ Chairrobik

🎉 Jom sertai dan manfaatkan peluang ini untuk menjaga kesihatan diri & keluarga.

📣 *SEMUA DIJEMPUT HADIR!*

*Anjuran: Lujnah Kebajikan Muslimat Kawasan Tepoh bersama JPKK Taman Perumahan Wakaf Tembesu & Pertubuhan Usrah Mahabbah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus.*

19/09/2025

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK TP Wakaf Tembesu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share