29/05/2026
Bersih pantai bukan hanya tanggungjawab pihak tertentu, tetapi tanggungjawab semua. Setiap sampah yang dibuang sesuka hati sedikit demi sedikit merosakkan keindahan alam yang kita nikmati hari ini.
Program Kelestarian Alam & Tanggungjawab Sosial di Pantai Tok Kita, Chendering menjadi peringatan bahawa menjaga alam bermula dengan kesedaran dalam diri sendiri.
Jika bukan kita yang menjaga bumi ini, siapa lagi? Jangan tunggu alam rosak baru timbul rasa menyesal.
Ayuh, bersama kita lestarikan pemuliharaan dan pemeliharaan Bumi Hijau demi masa depan.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada Geng Plastik Ija bersama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas komitmen dan usaha murni dalam menjayakan program ini. Semoga semangat cintakan alam sekitar terus subur dalam jiwa masyarakat demi mewariskan bumi yang bersih dan indah kepada generasi akan datang.