AADK Negeri Terengganu

AADK Negeri Terengganu

Page ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat, memaparkan aktiviti-aktiviti dan medan perbincangan di media sosial antara masyarakat dan organisasi Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu.

PEMBENTANGAN CADANGAN PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA & INTERVENSI HOLISTIK UniSZA SERTA PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKA...
02/06/2026

PEMBENTANGAN CADANGAN PROGRAM KAMPUS SEJAHTERA & INTERVENSI HOLISTIK UniSZA SERTA PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD)

πŸ“… 2 Jun 2026 (Selasa)
πŸ“ Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dalam sesi perbincangan antara AADK Negeri Terengganu dan pihak UniSZA, satu pembentangan khas telah disampaikan berhubung Cadangan Pelaksanaan Program Kampus Sejahtera & Intervensi Holistik UniSZA yang mengangkat aspirasi untuk menjadikan UniSZA sebagai pelopor Universiti Bebas Dadah pertama di Malaysia.

Turut dibentangkan ialah inisiatif Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) sebagai pendekatan menyeluruh dalam membudayakan persekitaran kerja yang sihat, selamat, produktif dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Program ini memberi penekanan kepada aspek pencegahan, pendidikan, pengesanan awal serta intervensi bagi memastikan kesejahteraan warga organisasi sentiasa terpelihara.

Pembentangan ini telah disaksikan oleh Tn. Arzmi Abdullah, Pengarah AADK Negeri Terengganu dan Encik Muzafar bin Mohd Din, Pendaftar UniSZA, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam membangunkan komuniti kampus dan tempat kerja yang sejahtera serta bebas dadah.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya hidup sihat, produktif dan berintegriti dalam kalangan warga universiti serta masyarakat keseluruhannya.




02/06/2026

G***A

G***a sering dianggap sebagai bahan yang tidak berbahaya, namun penggunaannya boleh memberi kesan terhadap fungsi otak, tumpuan, ingatan serta keupayaan membuat keputusan.

Penggunaan g***a secara berterusan juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan menjejaskan prestasi pelajaran, pekerjaan serta hubungan sosial seseorang individu.

Selain memberi kesan kepada diri sendiri, penyalahgunaan g***a turut boleh menjejaskan keselamatan keluarga dan masyarakat. Kesedaran serta pengetahuan yang tepat amat penting bagi mengelakkan salah faham mengenai bahan ini.

Pilih kehidupan yang sihat, berilmu dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Sebarang aduan dan pertanyaan:
1-800-22-2235 (AADK Hotline)
019-626 2233 (WhatsApp)
09-631 6126 (AADK Daerah Kuala Terengganu)
https://skuad.aadk.gov.my (Skuad Antidadah)
www.aadk.gov.my




02/06/2026
02/06/2026

🚭 MITOS VS FAKTA: V**E 🚭

Ramai remaja menganggap v**e hanyalah β€œwap air” yang tidak memudaratkan. Namun hakikatnya, v**e bukan sekadar wap biasa. Aerosol yang dihasilkan boleh mengandungi nikotin, bahan kimia dan zarah halus yang disedut terus ke dalam paru-paru.

❌ MITOS
β€œV**e hanyalah wap air biasa, jadi ia tidak berbahaya.”

βœ… FAKTA
V**e boleh mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan serta bahan-bahan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan paru-paru dan tubuh badan.

Jangan biarkan rasa ingin mencuba merampas impian, kesihatan dan masa depan yang cerah. Pilihan yang bijak hari ini akan menentukan kehidupan yang lebih sihat esok.

πŸ’ͺ Pilih kesihatan.
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Pilih keluarga.
πŸŽ“ Pilih masa depan.
🚭 Tolak v**e.

Jauhi V**e. Lindungi Masa Depan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



02/06/2026

🚭 JANGAN TERPEDAYA! B**G BUKAN MAINAN, TAPI PERALATAN DADAH 🚭

Ramai menganggap b**g hanyalah alat untuk "berseronok" atau "mencuba sekali".

Hakikatnya, b**g merupakan antara peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah dan bahan psikoaktif yang boleh merosakkan kesihatan serta masa depan seseorang.

⚠️ Apa risikonya?

❌ Merosakkan paru-paru dan sistem pernafasan
❌ Menjejaskan fungsi otak dan daya pemikiran
❌ Meningkatkan risiko ketagihan dadah
❌ Menyebabkan perubahan tingkah laku dan emosi
❌ Membawa kepada masalah sosial, keluarga dan undang-undang

πŸ‘€ Kenali tanda-tandanya

πŸ”Έ Menyimpan peralatan pelik seperti b**g atau alat sedutan asap
πŸ”Έ Mata merah dan kelihatan lesu
πŸ”Έ Perubahan sikap secara mendadak
πŸ”Έ Prestasi pelajaran atau kerja semakin merosot
πŸ”Έ Sering mengasingkan diri daripada keluarga

πŸ’‘ Ingat! Tidak kira apa bentuk atau nama yang digunakan, peralatan seperti b**g adalah antara petunjuk kepada aktiviti penyalahgunaan dadah. Jangan biarkan rasa ingin tahu bertukar menjadi penyesalan seumur hidup.

βœ… Kenali
βœ… Cegah
βœ… Laporkan

Bersama kita lindungi keluarga, komuniti dan generasi masa depan daripada ancaman dadah.

____________________________

Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.



Untuk mengetahui info-info aktiviti dan maklumat semasa AADK Dungun, Sila Follow
FB AADK Dungun
https://www.facebook.com/aadkdungun2026
TikTok AADK Dungun
https://shorturl.at/yWMDz
jangan lupa untuk LIKE | COMMENT | SHARE⁣ ya

SESI LIBAT URUS PENGUSAHA PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN (PPP) BERSAMA AGENSI KERAJAAN2 Jun 2026, bertempat di Bilik Mesyu...
02/06/2026

SESI LIBAT URUS PENGUSAHA PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN (PPP) BERSAMA AGENSI KERAJAAN

2 Jun 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Lavender AADK Negeri Terenggan, Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi Libat Urus Pengusaha Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) bersama agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Tuan Arzmi Abdullah, Pengarah AADK Negeri Terengganu.

Sesi ini bertujuan menyelaras, memperincikan serta mempermudah proses pendaftaran dan pengoperasian pusat pemulihan persendirian di negeri Terengganu.

Sesi ini telah dihadiri oleh wakil-wakil pengusaha PPP iaitu:
βœ… Pondok Remaja Inabah
βœ… Baitul Cakna
βœ… Rakan Islah
βœ… Jenagor
βœ… Perkampungan Darul Barakah

Turut hadir menjayakan sesi libat urus ini ialah wakil daripada:
🀝 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
🀝 Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan konstruktif ini telah membuka ruang kepada perkongsian pandangan, cadangan serta penambahbaikan berkaitan pengurusan dan pengoperasian pusat pemulihan persendirian.

Diharapkan hasil perbincangan ini dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara AADK, agensi kerajaan dan pengusaha pusat pemulihan persendirian dalam memperkasakan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan reintegrasi sosial demi kesejahteraan masyarakat.




31/05/2026

Hari Wesak adalah masa untuk kita meraikan sinar kedamaian dan menyucikan hati daripada segala kekeruhan yang membebani hidup.

Keindahan sebenar hari ini terletak pada keupayaan kita mengawal diri dan mencari ketenangan abadi tanpa perlu mengejar keseronokan yang sia-sia.

Keamanan hidup yang sebenar hanya akan dirasai apabila jiwa kita merdeka sepenuhnya, tanpa perlu bergantung kepada sebarang sokongan luar yang nampak menenangkan namun sebenarnya merantai kebebasan diri dan mengaburkan jalan pulang.

Mari hargai sinar kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang. Selamat menyambut Hari Wesak buat semua yang merayakannya.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



31/05/2026

Emosi anak yang ceria dan stabil ni memang penting sangat dalam bab nak bentuk perangai dan jati diri. Kalau anak-anak pandai kawal rasa, mereka akan jadi lebih berani dan yakin diri.

Bila emosi anak dah bagus dan tak buat hal, mak ayah pun tak payah pening nak uruskan hal harian mereka. Nak siapkan kerja rumah ke, nak keluar beli barang ke, nak bersantai ke, semua jadi mudah dan tak ada drama yang melampau.

Betul tak? Rumah pun jadi tenang, takde la asyik nak marah-marah je. Keluarga pun bahagia je.

Jom kongsi tips didikan yang anda guna kat rumah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



31/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. β€˜Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala Terengganu
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096234199

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Negeri Terengganu:

Share