20/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KAJIAN LAPANGAN JPK WILAYAH TIMUR
βTEMERLOH, 20 Ogos 2026 β Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Timur yang diketuai oleh Pengarah JPK Wilayah Timur, Ts. Abdul Hanif Bin Ludin, bersama pegawai kanan jabatan telah mengadakan sesi kunjungan hormat dan perbincangan strategik ke pejabat HR Skill Training & Consultancy Sdn Bhd di Temerloh, Pahang, yang turut dihadiri oleh Chief Executive Officer (CEO) syarikat, Ts. Soil Dr. Hafizal Bin Hj Ramli, serta Pengurus Kebun Raudah, Gombak. Pertemuan ini berfokuskan kepada perbincangan khidmat runding bagi pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan program Akademi Dalam Industri (ADI) dalam sektor perladangan serta pertanian moden. Bagi melengkapkan sesi kunjungan tersebut, seluruh delegasi turut dibawa melawat ke tapak operasional Dusun HR di Kuala Krau bagi meninjau fasiliti, keupayaan teknologi, dan potensi pelaksanaan latihan amali di lapangan demi memperkasakan ekosistem TVET serta peluang kemahiran belia di negeri Pahang.