Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu

Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu Akaun Facebook Rasmi Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri Terengganu Darul Iman

Pihak Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu telah dijemput sebagai pempamer dalam program Pameran Nasional ...
16/08/2026

Pihak Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu telah dijemput sebagai pempamer dalam program Pameran Nasional Aeroangkasa, Teknologi dan Bakat yang berlangsung selama 2 hari bertarikh 12 sehingga 13 August 2026 bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa.

Program ini menjadi platform sebagai pendedahan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kerjasama dalam menangani masalah pengunaan racun perosak dalam pertanian moden.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan pengunjung yang hadir untuk menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih berdaya saing dan mampan.





05/08/2026

TEKNOLOGI SMART IRRIGATION MONITORING SYSTEM (SIMS), DEPANI IMPAK EL NINO DENGAN PENDIGITALAN DAN KECEKAPAN PENGURUSAN AIR
PUTRAJAYA, 3 Ogos 2026 – Jabatan Pertanian memperkenalkan Smart Irrigation Monitoring System (SIMS) sebagai satu inisiatif strategik bagi memperkukuh pendigitalan dan pemodenan sektor agromakanan negara.
Langkah ini menjadi benteng pertahanan teknologi yang amat kritikal, khususnya dalam memastikan pengurusan pengairan tanaman
kekal cekap, tepat dan mampan berasaskan data bagi mendepani ancaman fenomena cuaca ekstrem seperti El Nino.
Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam binti Alwi berkata, sistem inovatif ini dibangunkan secara khusus untuk membantu para petani membuat keputusan pengairan secara lebih tepat dan sistematik. Inisiatif ini adalah tindak balas proaktif Jabatan terhadap cabaran perubahan iklim serta ketidaktentuan cuaca yang kini memberi tekanan hebat kepada sektor pengeluaran makanan domestik.
Menurut beliau, SIMS berfungsi sebagai platform digital pintar yang menyediakan data Evapotranspiration (ETo) masa nyata (real-time) serta keupayaan ramalan cuaca jangkaan sehingga 14 hari ke hadapan.
Pengiraan algoritma bagi keperluan air tanaman ini dibuat menggunakan formula Penman-Monteith FAO 56, iaitu piawaian antarabangsa yang
mengambil kira parameter suhu persekitaran, kadar kelembapan, kelajuan angin serta tahap
radiasi solar.
Sistem ini menawarkan liputan data ETo yang luas, merangkumi radius 30 kilometer persegi di seluruh negara, selain diperkukuh dengan pemantauan lebih mikro dan terperinci di 15 lokasi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) terpilih.
Sehingga kini, SIMS telah merangkumi sistem penjadualan pengairan automatik yang dioptimumkan bagi 38 jenis tanaman utama melibatkan kategori buah-buahan dan sayur-sayuran. “Ekoran gelombang fenomena El Nino yang membawa cuaca panas dan kering berpanjangan, pengurusan sumber air menjadi satu cabaran bagi sektor pertanian. Penggunaan SIMS membolehkan petani mengurus impak kemarau ini secara sistematik, mengelakkan pembaziran serta menjimatkan kos operasi, di samping menyokong kelestarian alam sekitar melalui amalan pertanian tepat,” jelas beliau.
Beliau menambah, integrasi data masa nyata melalui sistem ini dijangka mampu mengurangkan pembaziran sumber air melebihi 20 peratus. Impak penjimatan ini sekali gus mengurangkan kos tenaga operasi seperti penggunaan pam mekanikal, yang sangat memberi kelebihan margin keuntungan khususnya kepada pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana (PKS).
Dalam masa yang sama, SIMS bertindak sebagai penyelesai
masalah tekanan air (water stress) pada struktur pokok, sekali gus memastikan hasil pengeluaran kekal stabil.
Keberhasilan ini adalah komponen penting dalam mengekalkan produktiviti pulangan dan memperkasa sasaran Tahap Sara Diri (SSL) bagi komoditi tanaman strategik negara.
Bagi para petani, usahawan tani dan pengusaha yang ingin memanfaatkan teknologi ini bagi melindungi kebun masing-masing daripada ancaman cuaca panas, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web rasmi: https://sims-doa.my/landing.
Pengguna hanya perlu mendaftar maklumat profil, memilih geo-lokasi plot kebun serta jenis tanaman yang diusahakan sebelum dapat mengakses jadual pengairan serta data keperluan
air secara langsung.
Jabatan Pertanian meletakkan sasaran luasan penggunaan sistem ini kepada kira-kira 200,000 petani di seluruh negara secara berperingkat, dengan unjuran 20,000 pengguna aktif bagi fasa awal pelaksanaan.
Langkah penyerapan teknologi ini diharap dapat memacu peralihan pantas sektor pertanian ke arah era komersial moden berteraskan pendigitalan, demi menjamin keterjaminan makanan yang berdaulat untuk seluruh rakyat Malaysia.



YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

03/08/2026

52 Penolong Pegawai Pertanian G5 Terima Penempatan, Perkukuh Barisan Hadapan Sektor Agromakanan
PUTRAJAYA, 3 Ogos – Seramai 52 Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 menerima surat lapor diri dan penempatan dalam Majlis Penyerahan Surat Lapor Diri dan Penempatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 Siri 2 Tahun 2026 di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), hari ini.
Ketua Pengarah Pertanian, Dato’ Nor Sam Alwi berkata, pengambilan Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 tahun ini melibatkan seramai 156 pegawai baharu yang dilantik secara berperingkat menerusi tiga kumpulan, dengan 50 pegawai telah melapor diri pada 6 Julai lalu, manakala baki 54 pegawai dijadualkan melapor diri pada 18 Ogos ini.
Beliau berkata, pegawai baharu merupakan barisan hadapan Jabatan Pertanian yang bertanggungjawab menterjemahkan dasar dan inisiatif kerajaan di lapangan dalam usaha memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
“Hari ini, lembaran surat penempatan yang bakal berada di tangan saudara dan saudari bukan sekadar dokumen rasmi, tetapi merupakan satu amanah negara. Sebagai Penolong Pegawai Pertanian, anda adalah barisan hadapan Jabatan Pertanian yang akan menterjemahkan dasar dan inisiatif kerajaan kepada petani, usahawan serta komuniti tani,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.
Dato’ Nor Sam turut menggariskan tiga prinsip utama yang perlu dijadikan pegangan setiap pegawai baharu iaitu mengamalkan integriti tanpa kompromi, meningkatkan kompetensi dalam bidang pertanian pintar, teknologi digital, mekanisasi dan automasi, serta memupuk komitmen serta semangat kebersamaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Beliau turut menggesa pegawai baharu menjadi ejen perubahan yang membawa idea segar dan inovasi bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian serta kemakmuran negara.

25/07/2026
25/07/2026

Bagaimana sesuatu racun makhluk perosak itu bekerja? Paling mustahak adalah untuk anda kenalpasti dan kaji sifat makhluk perosak yang menyerang tanaman anda.

*video dihasilkan menggunakan a.i*
~~~
Lembaga Racun Makhluk Perosak Official
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK DAN PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK BIL 1/26Semakan keputusan...
21/07/2026

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK DAN PEMBANTU PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK BIL 1/26

Semakan keputusan boleh dibuat di laman sesawang e-Lesen LRMP. Terima kasih.

Lembaga Racun Makhluk Perosak Official
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

ANDA GUNA RACUN PEROSAK? PATUHI TIPS DI BAWAH❗️“Bijak guna racun, bukan banyak guna racun.” 🌿5 langkah mudah:✅ Baca labe...
16/07/2026

ANDA GUNA RACUN PEROSAK? PATUHI TIPS DI BAWAH❗️

“Bijak guna racun, bukan banyak guna racun.” 🌿

5 langkah mudah:
✅ Baca label
✅ Pakai PPE
✅ Patuhi PHI & REI
✅ Bilas bekas 3 kali
✅ Simpan dengan selamat

Keselamatan hari ini menjamin hasil tuaian esok.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
Lembaga Racun Makhluk Perosak Official

Penamatan pendaftaran racun perosak Chlorpyrifos di Malaysia telah bermula pada 1 Julai 2026.
13/07/2026

Penamatan pendaftaran racun perosak Chlorpyrifos di Malaysia telah bermula pada 1 Julai 2026.

07/07/2026

📢 𝗝𝗢𝗠 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥! 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗠𝗠𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗥 🍈

Sempena 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗠𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟲, anda dijemput menghadiri sesi perkongsian ilmu yang menampilkan panel-panel berpengalaman dalam industri **Melon Manis Terengganu (MMT)**.

🎤 𝙈𝙤𝙙𝙚𝙧𝙖𝙩𝙤𝙧:
👩‍💼 Pn. Nur Shazwani binti Mohd Salleh
Pegawai Pertanian Daerah Kemaman

👥 𝙋𝙖𝙣𝙚𝙡 𝙅𝙚𝙢𝙥𝙪𝙩𝙖𝙣:
✅ Dr. Sukati bin Sakka
Pengarah Pertanian Negeri Terengganu

✅ Encik Halmi bin Hamzah
Ketua Unit Dasar & Perancang Strategik, FAMA Terengganu

✅ Encik Zaruddin bin Manaf
Usahawan Melon Manis Terengganu

📅𝙏𝙖𝙧𝙞𝙠𝙝: 11 Julai 2026 (Sabtu)
🕘𝙈𝙖𝙨𝙖: 9.00 pagi
📍𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩: TKPM Peradong, Manir, Kuala Terengganu

✨ Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkongsian mengenai pembangunan industri Melon Manis Terengganu, strategi pemasaran, pengalaman usahawan serta peluang dalam sektor agromakanan.

📌Masuk adalah 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔

𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗻𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗠𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶






Address

BAHAGIAN KAWALAN RACUN PEROSAK DAN BAJA, JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU, KM. 7 Jalan KUALA BERANG
Kuala
20050

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6096301140

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share