13/08/2026
π£π₯π’ππ₯ππ ππ’π π π¨π‘ππππ§ππ’π‘, πππ¨πππ§ππ’π‘ ππ‘π π£π¨ππππ ππͺππ₯ππ‘ππ¦π¦ (πππ£π) π¦ππ π£ππ‘π π£π₯π’ππ₯ππ π¦ππ§π¨ π£π’ππ’π π¦ππ§π¨ π ππ‘ππππ§ ππ π¦πππ’πππ π ππ‘ππ‘πππ πππππ‘ππ¦πππ‘ π§π’π πππ πππ, ππ¨πππ π‘ππ₯π¨π¦
Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah berjaya melaksanakan Program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) sempena Program Satu Pokok : Satu Manfaat bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus pada 13 Ogos 2026 (Khamis).
Program ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang celik alam sekitar, berilmu, bertanggungjawab dan berdaya saing demi memastikan kelestarian alam sekitar di negeri Terengganu. Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kepentingan penanaman pokok serta penglibatan mereka dalam aktiviti penghijauan di kawasan persekitaran sekolah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En. Abu Hasmadi bin A. Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Turut hadir ialah Cikgu En. Mohd Fadli bin Sidik, Pengetua SMK Tok Jembal dan En. Azuan bin Mohd Sukri, wakil Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Sebagai simbolik perasmian, tiga (3) batang pokok rhu pantai telah ditanam bagi melambangkan komitmen pihak sekolah dalam memelihara dan memulihara alam sekitar, di samping mewujudkan kawasan teduhan yang lebih kondusif di persekitaran sekolah.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 230 orang murid dan 30 orang guru SMK Tok Jembal. Sebanyak 920 batang pokok telah ditanam di sekitar kawasan sekolah yang melibatkan pelbagai spesies, antaranya rhu pantai Casuarina equisetifolia), ketapang (Terminalia catappa) dan kelat paya (Eugenia papilosa).
Pelaksanaan Program Satu Pokok Satu Manfaat diharapkan dapat menjadi platform kolaborasi yang berterusan antara SMK Tok Jembal dengan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dalam memperkasakan pendidikan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat sekolah.
Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Program Penghijauan Malaysia 2.0 dalam usaha melahirkan generasi yang lebih prihatin, bertanggungjawab mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar.