Pejabat Motac Perlis

Pejabat Motac Perlis

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Te...
06/06/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis pada hari ini, 6 Jun 2026 (20 Zulhijjah 1447H).

​Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan, kebahagiaan, dan penuh kedaulatan.

​Sembah takzim daripada seluruh warga Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis.

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-53 Yang Amat Mulia Dato' S...
05/06/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-53 Yang Amat Mulia Dato' Seri Diraja Datin Paduka Hajah Sharifah Fazira Binti DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tengku Puteri Mahkota Perlis.

Semoga Yang Amat Mulia Tengku senantiasa berada di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Sembah Takzim Daripada,
Pengarah serta seluruh warga MOTAC Perlis.

DIRGAHAYU TUANKU!Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan serta kedaulatan.

Selamat Menyambut Hari Wesak! 🪷✨Semoga hari yang penuh bermakna ini dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan, dan kedamaia...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak! 🪷✨

Semoga hari yang penuh bermakna ini dilimpahi dengan keamanan, kebahagiaan, dan kedamaian buat semua yang menyambutnya.

Salam tulus ikhlas daripada kami di MOTAC Perlis. Mari kita terus kekalkan keharmonisan dan semangat perpaduan rakyat Malaysia! 🇲🇾

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Perlis telah bersama-sama menjayakan Program Nilai-Nilai Murni ...
29/05/2026

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Perlis telah bersama-sama menjayakan Program Nilai-Nilai Murni sempena Ibadah Korban, sebuah inisiatif murni yang bermatlamat memupuk semangat perpaduan, kerjasama, dan keprihatinan tinggi dalam kalangan masyarakat.

​Melalui pelaksanaan program seperti ini, hubungan silaturahim antara agensi kerajaan, komuniti setempat, dan seluruh rantaian masyarakat dapat diperkukuh demi melahirkan komuniti yang prihatin dan bersatu padu.

​Program ini telah dilaksanakan melalui kolaborasi strategik melibatkan beberapa agensi iaitu:

- ​Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis
- ​Pejabat MOTAC Perlis
- ​Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis
- ​Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Perlis

​Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Perlis atas sumbangan lembu korban yang telah disampaikan melalui YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis. Kehadiran beliau ke JKKN Perlis bagi menyaksikan program ini serta menyantuni para peserta menyerikan lagi suasana dan menyuntik semangat kebersamaan yang amat bermakna.

​Semoga nilai-nilai murni yang diterjemahkan melalui program ini terus subur dalam kehidupan seharian demi kemakmuran bersama.

Address

No. 51 & 53, Persiaran Putra Timur
Kuala
02000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Motac Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Motac Perlis:

Share