Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu Laman Facebook rasmi bagi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu Laman facebook rasmi bagi Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

05/09/2026

๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—จ๐—”๐—œ, ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ฅ

Sebelum hadir untuk urusan pasport, pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai bagi mengelakkan keperluan menukar pakaian dan kelewatan proses permohonan.

๐Ÿ‘” ๐—Ÿ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ถ
Pakaian berwarna gelap, tidak bercorak dan berkolar.

๐Ÿ‘š ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ
Pakaian berwarna gelap, tidak bercorak dan menutup dada.

๐Ÿง• ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด
Tudung berwarna gelap, tidak bercorak serta tidak mempunyai manik atau hiasan.

Persediaan kecil sebelum hadir membantu urusan pasport anda berjalan dengan lebih cepat dan lancar.

05/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ ๐—๐—œ๐—  ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—š๐—›๐—ง๐—ฆ ๐—˜๐—ฃ.๐Ÿฌ๐Ÿฎ | ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ: ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐˜๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—บ๐—ถ๐—ด๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ป?

Bagaimana aduan berkaitan PATI boleh dibuat? Mengapa isu tinggal lebih masa masih berlaku? Bagaimana p**a tindakan terhadap warga asing yang menyalahgunakan pas dan majikan yang menggaji PATI?

๐ŸŽฅ Ikuti JIM INSIGHTS EP.02 untuk mengetahui bagaimana Jabatan Imigresen Malaysia menangani isu-isu ini dari sudut penguatkuasaan.

https://www.facebook.com/share/v/1D1tV9C272/

๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—”๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—Ÿ, ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Mahkamah Sesyen Khas PATI Ajil, Hulu Terengganu telah mendakwa seramai 34 Ora...
04/09/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—”๐—ก

๐—”๐—๐—œ๐—Ÿ, ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Mahkamah Sesyen Khas PATI Ajil, Hulu Terengganu telah mendakwa seramai 34 Orang Kena Tuduh (OKT) yang terdiri daripada 28 lelaki dan enam perempuan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Prosiding di hadapan YA Puan Nazlyza binti Muhammad Nazri dikendalikan oleh pasukan pendakwaan Unit Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh TPPI Nur Ainul Sathilah binti Ahmad, bersama PIT Hafzan binti Mt Daud, PI Mohamad Azmer bin Alias dan PI Hafizah binti Mansor.

Daripada jumlah tersebut, seramai 13 warga Indonesia, 12 warga Bangladesh, tujuh warga Myanmar dan dua warga China telah didakwa atas pelbagai kesalahan imigresen.

Seramai 16 OKT didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah, manakala 17 OKT didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal lebih masa. Seorang lagi OKT didakwa di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara antara tiga hingga 12 bulan terhadap 28 OKT. Seramai enam OKT lagi dikenakan denda antara RM8,000 hingga RM10,000, menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dijatuhkan sebanyak RM58,000.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan pendakwaan secara tegas dan berterusan terhadap mana-mana individu yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.


04/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—œ!

Program Pengurusan Tinggal Lebih Masa Sektor Kawalan (PTSK) membolehkan warganegara asing yang tinggal lebih masa tidak melebihi 90 hari ditawarkan kompaun tanpa pendakwaan di mahkamah, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, individu yang pernah menyertai PTSK sebelum ini dan kembali melakukan kesalahan tidak layak menyertai program ini sekali lagi.

PTSK bukan jalan keluar berkali-kali. Patuhi tempoh sah pas dan undang-undang imigresen Malaysia.

03/09/2026

๐—”๐—œ๐—ฅ ๐— ๐—”๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐— ๐—”๐—ก, ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š-๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ ๐——๐—œ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก

Dua gadis warga Thailand berusia 18 dan 19 tahun tidak dapat menahan sebak selepas masing-masing dijatuhi hukuman tiga bulan penjara kerana melanggar syarat pas yang diberikan.

Mereka antara 10 warga asing yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, Kuala Terengganu pada 18 Ogos 2026 atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam prosiding pendakwaan kali ini, hukuman yang dijatuhkan terhadap kesemua tertuduh berbeza mengikut kesalahan masing-masing, melibatkan hukuman penjara antara tiga hingga 11 bulan, manakala seorang tertuduh dijatuhi denda RM1,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. Denda tersebut kemudiannya dijelaskan.

Setiap pas yang diberikan datang bersama syarat dan tanggungjawab. Patuhi tempoh, patuhi syarat dan hormati undang-undang negara.

Kedaulatan dan keselamatan tanpa kompromi.






03/09/2026

๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก, ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—œ๐—ก๐—™๐—ข ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ!

Jangan ketinggalan hebahan, informasi perkhidmatan dan aktiviti terkini JIM Terengganu.

Imbas kod QR dan ikuti kami di semua platform media sosial rasmi. Jangan lupa Follow, Like & Share!






Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan

02/09/2026

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata sebanyak 31 warga Indonesia terdiri daripada 27 wanita dan empat lelaki yang bekerja sebagai pekerja pembersihan dan pengangkut serta tiga rakyat tempatan yang juga pemilik syarikat berkenaan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, ditahan dalam operasi itu.

โ€œSiasatan awal mendapati syarikat berkenaan dipercayai menggaji pekerja asing serta mengambil dan menyimpan pasport milik pekerja terbabit. Selain itu, pekerja berkenaan dipercayai menerima gaji minimum di bawah RM1,500, berdepan pemotongan gaji tanpa alasan yang munasabah, dikenakan denda serta penalti tanpa persetujuan, diarahkan bekerja lebih masa dan pergerakan mereka dikawal pihak syarikat.

Berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jim-tumpas-syarikat-pembersihan-disyaki-eksploitasi-pekerja-asing

02/09/2026

Seramai 31 warga Indonesia terdiri daripada 27 wanita dan empat lelaki ditahan yang mana mereka dipercayai bekerja sebagai pekerja pembersihan dan pengangkut....

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu tela...
02/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ

๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan p**ang tahanan warganegara Thailand ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan pada 30 Ogos 2026.

Operasi pemindahan ini telah dilaksanakan oleh Unit Pemindahan dengan dibantu oleh Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil. Pemindahan melibatkan seramai 13 orang tahanan warganegara Thailand dengan lingkungan umur antara 16 hingga 47 tahun.

Pecahan tahanan terdiri daripada tiga lelaki dan 10 wanita.

Kesemua tahanan telah selesai melalui proses perundangan dan menjalani hukuman masing-masing serta dikenakan tindakan senarai hitam mengikut kesalahan di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa sebelum dihantar p**ang ke negara asal.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan tugas pemindahan tahanan secara teratur, selamat dan berhemah demi menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.

Address

Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share