06/04/2026
Kenyataan MB Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa kononnya UMNO sudah dijemput tapi tak hadir jelas mengelirukan.
Fakta sebenar:
✔️ Surat jemputan hanya ditujukan kepada YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
✔️ Jemputan bersifat eksklusif
✔️ Tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana pihak
Jadi persoalannya—
👉 Bila hanya seorang individu dijemput dan tak boleh wakil, macam mana boleh disimpulkan “UMNO tak hadir”?
Ini bukan isu hadir atau tidak.
Ini soal cara naratif dibentuk untuk mempengaruhi persepsi rakyat.
Inikah semangat perpaduan yang ingin ditunjukkan oleh Pengerusi PN yang baru? Pada malam yang sama, YAB DS Ahmad Zahid sedang meraikan Syawal bersama rakyat di kawasan beliau.