30/08/2026
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2026.
BESUT, 28 OGOS 2026 - Telah berlangsung Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2026 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Besut, Terengganu. Program yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah bermula pada 26 hingga 28 Ogos 2026 dan disertai seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar dari sekolah daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Program ini berupaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negara. Selain itu, program ini juga diharap dapat membendung gejala sosial serta kes jenayah dalam kalangan belia. Penceramah yang dijemput dikalangan Pejabat Kesihatan Daerah Besut, AADK Daerah Besut dan unit E8 PDRM dari IPK Kuala Terengganu.
Pelaksanaan program ini juga adalah bagi merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi, berpengetahuan, prihatin serta bertanggungjawab.
Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terutamanya Pihak Pejabat Pendidikan Daerah KualaTerengganu dan Kuala Nerus yang banyak membantu serta memberi sokongan dalam penganjuran program kali ini.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
PBSDKT/KN
belia.my