31/05/2023
27/05/2023 - Sabtu
Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu 2023 telah melabuhkan tirai yang berlangsung selama 3 hari di Arena square, Dataran Dewan Merdeka . Daerah Dungun diberikan tanggungjawab menjadi tuan rumah kali ini. Pejabat Perpaduan dna intergrasi Daerah Dungun dan dibantu oleh KRT kawasan Dungun diberikan mandat bagi menjayakan program tersebut.
Majlis Perasmian juga turut dihadiri oleh YB Cikgu Haji Alias bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Rantau Abang, YB Cikgu Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, ADUN Sura, YB Haji Roslee bin Daud, Encik Mohdrosli Alias Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu, Tuan Haji Abd Hadi bin Mohd Salleh Pengarah Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), JPNIN, Encik Baitiyamin bin Mamat Ketua Penolong Setiausaha KPN, Encik Ahmad Nazif bin Mohamad Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Encik Fairul Hisyam wakil Pegawai Daerah Dungun, Pegawai-pegawai dan Penolong-penolong Pegawai Perpaduan Negeri dan Daerah, Ketua-ketua Jabatan/wakil, Pengerusi-pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga serta semua pengunjung yang hadir.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Hanafiah Mat, berkata perhubungan yang baik antara masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya membolehkan kehidupan yang selesa dan makmur dapat dikecapi hari ini.
Tambah beliau, masyarakat perlu menegakkan kepentingan nasional berbanding keperluan sesama sendiri dan yakin rakyat negeri Terengganu cintakan perpaduan dan benci perpecahan.
“Diharapkan semangat muafakat yang diamalkan perlu dipraktikkan dalam setiap diri individu supaya dapat dicontohi oleh golongan muda pelbagai kaum,” katanya.
'Minggu Perpaduan Platform Terbaik Eratkan Hubungan Kaum'
Terima kasih dan tahniah semua atas komitmen yang diberikan.
"𝙋𝙚𝙧𝙥𝙖𝙙𝙪𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙆𝙚𝙥𝙚𝙡𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞𝙖𝙣"