13/08/2026
πππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ πππππππ ππππππππππ ππ πππππππ πππππ ππππππππ ππππππ ππππππππππ
13 Ogos 2026, Khamis β Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) telah mengadakan Lawatan Ilmiah ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu bertempat di Bilik Alamanda.
Ketibaan delegasi JKSTR dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat oleh YAA Tuan Haji Wan Abd Malik bin Wan Sidek, Ketua Hakim Syarie Terengganu, disusuli dengan taklimat keselamatan sebelum majlis rasmi bermula.
Majlis diteruskan dengan:
* Ucapan Aluan daripada YBrs. ChM. Pn. Norhaya binti Jaafar, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu.
* Ucapan daripada YAA Tuan Haji Wan Abd Malik bin Wan Sidek, Ketua Hakim Syarie Terengganu.
* Taklimat & Perkongsian Teknikal Sains Forensik daripada ChM. En. Mohd Zawawi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu / Ketua Bahagian Analisis Sains Forensik.
Antara perkongsian penting daripada ChM. En. Mohd Zawawi bin Yusoff termasuklah penjelasan mengenai rantaian bukti (chain of custody) dalam kes-kes narkotik/toksikologi, di mana pegawai yang mengendalikan pengambilan sampel urin hendaklah sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan ke atas bagi menjamin integriti serta keabsahan sampel sewaktu dikemukakan di mahkamah.
Perkhidmatan & Peranan Kimia Malaysia yang Berkaitan Mahkamah Syariah:
* Pusat Analisis Sains Forensik:
* Bahagian DNA Forensik: Membantu pengesahan nasab, hubungan kekeluargaan, serta kes jenayah Syariah.
* Bahagian Toksikologi & Narkotik: Membantu analisis Ujian Kesahihan Cecair/Bahan & sampel urin bagi kes kesalahan berkaitan minuman memabukkan (khamar) serta bahan terlarang mengikut prosedur pengambilan sampel yang sah (pegawai berpangkat Sarjan dan ke atas).
* Bahagian Pemeriksaan Dokumen: Membantu menentukan kesahihan dokumen seperti sijil nikah, dokumen tuntutan harta, hibah, wasiat, dan tulisan tangan yang diragui.
* Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam:
* Bahagian Analisis Halal: Menganalisis dan mengesahkan kandungan produk/makanan bagi kes-kes berkaitan pematuhan Halal.
Pakar-pakar Jabatan Kimia Malaysia sentiasa bersedia untuk menganalisis bahan bukti dan bertindak sebagai saksi pakar yang bebas serta berkecuali di Mahkamah Syariah bagi membantu pihak mahkamah menegakkan keadilan.
Semoga perkongsian ilmu ini memantapkan lagi sinergi antara aplikasi sains forensik dan institusi Kehakiman Syariah di Negeri Terengganu.