27/04/2026
AGM APRIL
🗓️ 23.04.2026 | Khamis
📌 Aktiviti : Jom Baca Bersama 10 Minit 2026📚
Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Perpustakaan Desa Seberang Takir dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kuala Terengganu & Kuala Nerus.
Pihak perpustakaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, para guru serta 50 murid-murid Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Seberang Takir atas kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah:
• Pertandingan Mewarna
• Pertandingan Dekorasi Apollo Coklat
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan generasi muda.