D' MANIS

D' MANIS Prihatin Membantu Masyarakat Yang Memerlukan

05/05/2021

Assallammualaikum keluarga DM...Selesai sudah kacau dodol belia assam jawa dimana 2kawah telah menghasilkan 70bekas semua nya.50bekas telah diedarkan di sekitar assam jawa dan 20bekas lagi di bagi ke api²..terima kasih datin maini binti jali dapat hadir bagi memeriahkan dan merasmikan program belia assam jawa..terima kasih pada AJK² DM yang membuat kutipan sumbangan dan ahli² DM yang telah menyumbangkan masa bagi melancarkan program belia assam jawa kacau dodol bersempena ramadhan yang indah dan syawal bakal tiba tidak lama lagi...sekali lagi terima kasih pada semua...allah saja dapat membalas segala nya

Intipati ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja 2021📍PM yakin warga pekerja kekal berdaya tahan, s...
01/05/2021

Intipati ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sempena Hari Pekerja 2021

📍PM yakin warga pekerja kekal berdaya tahan, saling memperkukuh dalam memulihkan ekonomi negara

📍Warga pekerja "frontliners" ekonomi dan pembangunan, pastikan kemakmuran negara

📍Semua pihak diseru ambil bahagian dalam Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2020 yang sedang dijalankan

📍Dasar Pinjaman Boleh Ubah Program Pinjaman Latihan Kemahiran diperkenal bagi tingkatkan pekerja mahir

••••••••

📍Prime Minister wishes workers in Malaysia Happy Workers' Day

📍PM is confident workers will remain resilient and help to revive country's economy

📍Workers as frontliners of economy and development ensure country's prosperity

📍All quarters urged to participate in ongoing 2020 Minimum Wage Order Review

📍Govt introduces convertible loan policy for training programme to enhance skills of workers

Muhyiddin Yassin

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1957661

TAHNIAH : Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021 i...
30/04/2021

TAHNIAH :

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei 2021 ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri.



Renungan 15 Ramadhan."NAJIS ITU ADALAH DIRIMU"Siapa Yang Tidak Kenal Abu Yazid Al-Busthami. Beliau Adalah seorang Syekh ...
26/04/2021

Renungan 15 Ramadhan.

"NAJIS ITU ADALAH DIRIMU"

Siapa Yang Tidak Kenal Abu Yazid Al-Busthami. Beliau Adalah seorang Syekh Atau Pemimpin Kaum Sufi. Namun Siapa Sangka Beliau Pernah Mendapat Ilmu Yang Sangat Berharga Dari Seekor Anjing Di Tepi Jalan.

Seperti Biasa, Abu Yazid Al-Busthami S**a Berjalan Sendiri Pada Malam Hari. Lalu Dia Melihat Seekor Anjing Berjalan Terus Ke Arahnya. Anjing Itu Dengan Bersahaja Berjalan Dan Tidak Menghiraukan Sang Syeikh. Namun Ketika Sudah Hampir Dekat, Al-Busthami Mengangkat Jubahnya Kerana Bimbang Tersentuh Sang Anjing Yang Katanya Najis Itu.

Spontan Anjing Itu Pun Berhenti Dan Terus Memandangnya. Entah Bagaimana Abu Yazid Seperti Mendengar Seakan Anjing Itu Berkata Kepadanya;

"Hai Syekh... Tubuhku Ini Kering Dan Tidak Akan Menyebabkan Najis Padamu. Kalau Pun Engkau Itu Berasa Terkena Najis, Engkau Hanya Basuh 7 Kali Dengan Air Dan Tanah, Maka Najis Itu Akan Hilang. Namun, Jika Engkau Mengangkat Jubahmu Kerana Menganggap Dirimu Yang Berbaju Dan Berbadan Manusia Itu Berasa Lebih Mulia, dan Menganggap Diriku Yang Berbadan Anjing Ini Najis Dan Hina, Maka Najis Yang Menempel Di Hatimu Itu Tidak Akan Dapat Dibersihkan Walaupun Engkau Membasuhnya Dengan Air Dari 7 Lautan."

Abu Yazid Tersentak Dan Meminta Maaf Kepada Sang Anjing. Sebagai Tanda Permohonan Maafnya Yang Ikhlas, Dia Pun Lantas Mengajak Sang Anjing Itu Untuk Bersahabat Dan Berjalan Bersama-sama. Tetapi Si Anjing Itu Menolak Dan Seraya Berkata :

"Engkau Tidak Patut Berjalan Denganku Kerana Mereka Yang Memuliakanmu Akan Mencemuhmu Dan Melempari Aku Dengan Batu. Aku Tidak Tahu Mengapa Mereka Menganggapku Begitu Hina, Padahal Aku Berserah Diri Pada Sang Pencipta Atas Wujudku Yang Seperti Ini. Lihatlah..... !! Aku Juga Tidak Menyimpan Dan Tidak Membawa Seketul Tulang Pun, Sedangkan Engkau Masih Menyimpan Sekarung Gandum." Lalu Anjing Itu Pun Berjalan Meninggalkan Abu Yazid Yang Masih Terpinga-pinga.

Abu Yazid Masih Terdiam. Di Dalam Hatinya Dia Mengadu Kepada Allah : "Duhai Allah.., Untuk Berjalan Dengan Seekor Anjing Ciptaan-Mu Saja Aku Tidak Layak, Bagaimana Aku Berasa Layak Berjalan Bersama-sama Dengan-Mu. Ampunilah Aku Dan Sucikan Hatiku Daripada Najis Hatiku Ini Ya Allah."

Sejak Peristiwa Itu, Syeikh Abu Yazid Sentiasa Memuliakan Dan Mengasihi Semua Makhluk Tuhan Tanpa Syarat.

"Janganlah Menganggap Dirimu Lebih Suci Daripada Yang Lain, Sesungguhnya Tuhanmu Lebih Mengetahui Siapa Yang Paling Suci Di Antara Hamba-hamba-Nya."
(Surah an-Najm).

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera...
26/04/2021

Sebuah enjin kapal gergasi rosak dan tidak ada yang boleh memperbaikinya, maka mereka membawanya kepada seorang Jurutera Mekanik berpengalaman lebih 40 tahun.

Dia memeriksa enjin tersebut dengan sangat teliti, dari atas ke bawah. Setelah melihat semuanya, jurutera itu selongkar begnya dan mengeluarkan tukul kecil.

Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup kembali. Enjin telah diperbaiki!

7 hari kemudian jurutera itu menyebut kos jumlah harga pembaikan kapal gergasi tersebut ialah $ 10,000 kepada pemilik kapal

"Apa?!" kata pemiliknya.
"Anda hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan bil terperinci kepada kami."

Jawapannya mudah:
Mengetuk dengan tukul: $ 2
Mengetahui di mana hendak mengetuk & berapa banyak untuk mengetuk: $ 9,998

sumber: Penemuan Kejuruteraan Awam

Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang ... Sehingga
Kata -kata "senang je", "cuma itu je ", seharusnya diketepikan. Kenapa? Kerana mungkin pengalaman itu adalah terhasil daripada perjuangan, eksperimen dan juga air mata.

Seperti gambar diatas:
If i do a job in 30 minutes it's because i spent 10 years learning how to do that in 30 minutes. You owe me for the years, not the minutes.

(Sekiranya saya dapat menyelesaikan pekerjaan dalam 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 10 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam 30 minit. Anda membayar saya selama 10 tahun itu, bukan 30 minit).

Kalimat ini mengingatkan saya kepada nasihat seseorang tentang menghormati dan bijak menghormati hasil kerja orang lain.

Di sana saya juga belajar melihat orang ...
Apabila mereka tidak menghormati orang lain, dalam masa yang sama dia telah merendahkan dirinya sendiri.

Kepakaran dan pengalaman, itu mahal.
Sayang, orang kita masih memandang rendah tentang perkara itu.

credit : mohd nazlee mohamad

Simpati atas kemalangan yang berlaku terhadap kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia (TNI). Kami warga DM Malaysia...
25/04/2021

Simpati atas kemalangan yang berlaku terhadap kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia (TNI). Kami warga DM Malaysia ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga atau waris anak-anak kapal selam NANGALA 402.Semoga roh anak - anak kapal selam NANGALA 402 di tempat bersama para syuhada serta orang- orang yang BERIMAN. AL FATIHAH (di baca)

Datin Maini Binti Jali
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan D'manis Malaysia


24/4/2021- Program bubur lambuk DM cawangan Assam Jawa dan program bersahur bersama Belia DM Assam Jawa di Ketuai oleh Y...
23/04/2021

24/4/2021- Program bubur lambuk DM cawangan Assam Jawa dan program bersahur bersama Belia DM Assam Jawa di Ketuai oleh YBhg Datin Maini.
Alhamdulillah.... Tahun ni kita dapat bersama dgn team DM utk sama-sama gotong royong memasak bubur lambuk dan bersahur bersama Belia dan penduduk kampung Assam Jawa. Seramai 30 orang Belia DM Assam Jawa bertungkus lumus memasak bubur lambuk. Kerjasama dan sepakat antara Belia DM dan pengurusan DM amat baik semoga ia menjadi acara tradisi setiap tahun.
Sebanyak 3 periuk akan di edarkan pada penduduk kampung dan di bazaar sekitar kawasan K. Selangor pada petang ini.

Unit Media DM

Pepatah Melayu berkata "Berat sama dipikul ringan sama dijinjang" - Alhamdulillah.. Majlis berbuka puasa di MadrasahSeko...
20/04/2021

Pepatah Melayu berkata "Berat sama dipikul ringan sama dijinjang" - Alhamdulillah.. Majlis berbuka puasa di Madrasah
Sekolah Menengah Islam Addimyati Tahfiz & Turath Kg Assam Jawa kuala selangor. Seramai 69 orang anak-anak tahfiz diraikan dalam majlis terszbut bersama DM Malaysia di Ketuai oleh Datin Maini Bt. Jali selaku pengerusi. Sedikit sumbangan dihulur bagi membantu pengurusan madrasah... "hati nyamuk sama di lapah, hati kuman sama di cicah" begitulh hendaknya. Semoga anak-anak tahfiz ini berjaya dunia dan akhirat....

LUKISAN MURAL TIDAK BERMORAL DI KAMPUNG SUNGAI BULOH PERLU DI PADAM DEMI KESEJAHTERAAN SETEMPATKami dari pihak pertubuha...
19/04/2021

LUKISAN MURAL TIDAK BERMORAL DI KAMPUNG SUNGAI BULOH PERLU DI PADAM DEMI KESEJAHTERAAN SETEMPAT

Kami dari pihak pertubuhan kebajikan DM Malaysia memohon pihak berwajib yang bertanggungjawab di Kuala Selangor untuk memadam lukisan tidak bermoral yang tidak membawa makna kepada penduduk setempat. Lukisan tersebut tidak melambangkan bahawa Kuala Selangor sebagai tempat bersejarah di bumi Selangor.

Kami menentang kelulusan gambar itu ditayang walaupun telah diberi baju ke atas figura tersebut atas sebab :

1)Melanggar prinsip rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan

2)Masih menyentuh sensitiviti setempat yang mana majoriti penduduk Kuala Selangor beragama islam

3)Bertentangan dengan slogan Mdks iaitu Kuala Selangor indah dan bersejarah, yang mana gambar itu tidak melambangkan keindahan

Oleh itu, pihak kami berharap agar pihak berwajib meminta orang yg bertanggungjawab untuk memadam gambar itu untuk digantikan dengan foto yang lebih bermanfaat dan melambangkan kebanggaan Kuala Selangor.

Assalamualaikum, ayuh kita support bersama program imunisasi covid 19
15/04/2021

Assalamualaikum, ayuh kita support bersama program imunisasi covid 19

25/03/2021

Saya selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan D'Manis Malaysia manzahirkan setinggi penghargaan kepada PDRM kerana menjaga keamanan negara.
Pelbagai cabaran telah diharungi pasukan ini dalam menjamin kesejahteraan negara.
“Jika dulu menentang ancaman komunis, kini era jenayah siber p**a. Ketika negara diancam Pendemik Covid 19, pihak polislah yang berkorban menjadi barisan hadapan. Polis sentiasa memantau dan menjaga keselamatan masyarakat, satu perkhidmatan yang sangat mulia dan semoga diberkati Allah SWT.
“Terima kasih para pegawai dan anggota PDRM diatas jasa anda menjaga keamanan negara kita.
Semoga warga PDRM terus kental dan bersemangat memberi khidmat mereka. Selamat Menyambut Hari Polis Ke- 214 pada tahun ini. Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,”

Ikhlas daripada
Datin Maini Binti Jali
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan D'manis Malaysia

Address

Lot 113 Jalan Insaf Belakang Masjid Assam Jawa. . 45700 Bukit Rotan
Kuala
45700

Telephone

+60182658367

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D' MANIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share