JPKK Ladang Hospital

JPKK Ladang Hospital Dun Batu Burok

(08/03/2026)  - Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:ثَلاَثَةٌ لا...
13/03/2026

(08/03/2026) - Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. (Hadith Riwayat Tirmizi).

Berkesempatan bersama team ajk jpkk membuat agihan lauk berbuka di sekitar Kampung Ladang Hospital. Terima kasih Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan lauk berbuka yang diberikan.

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa untuk berqiamullail dan bertadarrus di 10 malam terakhir, ambil peluang yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.



(18/02/2026) - Pihak JPKK Ladang Hospital telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok buluh serta se...
18/02/2026

(18/02/2026) - Pihak JPKK Ladang Hospital telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok buluh serta semak samun di kawasan tepi jalan dan sekitar longkang.

Tujuan kerja ini dijalankan adalah bagi memastikan laluan penduduk lebih selamat, persekitaran lebih bersih serta mengelakkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan masalah aliran air.

Walaupun kami tidak ramai, tetapi kami ada — sentiasa komited dan berusaha menjaga kebajikan serta keselamatan komuniti Ladang Hospital.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan kerjasama.



Khamis ini, kita akan memulakan puasa  bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih hati agar lebih tunduk dan...
17/02/2026

Khamis ini, kita akan memulakan puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi melatih hati agar lebih tunduk dan jiwa agar lebih bersih.

Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar rutin tahunan, tetapi titik kembali kepada Tuhan dengan air mata taubat dan harapan yang baru.

Kami dipihak Ajk JPKK mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga Kampung Ladang Hospital.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَت...
17/02/2026

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
(-Al baqarah ayat 183)

Petang ini berkesempatan bersama jawatankuasa jpkk membuat agihan kurma di sekitar Kampung Ladang Hospital. Terima kasih Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi atas sumbangan kurma yang diberikan.

Selamat berpuasa semua. Jangan lupa untuk berqiamullail dan bertadarrus, ambil peluang yang berlipat kali ganda di bulan yang mulia ini.



Address

Kuala

Telephone

+60129591089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Ladang Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share