Terengganu State Museum

Terengganu State Museum Antara muzium terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai 9 galeri hebat untuk diterokai.Lawati dan hayati sendiri satu pengalaman berharga bersama keluarga
(1)

PENEMUAN BATU NISAN ACHEH DI TAPAK KUBUR LAMA PULAU KAMBINGSatu sesi lawatan dan penelitian tapak telah diadakan susulan...
09/06/2026

PENEMUAN BATU NISAN ACHEH DI TAPAK KUBUR LAMA PULAU KAMBING

Satu sesi lawatan dan penelitian tapak telah diadakan susulan penemuan sebuah batu nisan Acheh jenis pipih yang dipercayai mempunyai nilai sejarah tinggi di kawasan tapak kubur lama, Jalan Syed Zin, Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Batu nisan berukir halus ini menampilkan ciri-ciri seni Islam Nusantara seperti motif pohon hayat, sulur flora, kaligrafi serta bingkai geometri yang lazim ditemui pada batu nisan golongan pembesar, bangsawan dan ulama pada zaman Kesultanan Melayu.

Lawatan ini dihadiri oleh empat (4) pegawai Muzium Negeri Terengganu termasuk jurufoto, diketuai oleh Ketua Bahagian Sejarah, En. Aisamudin bin Embong, bersama Penolong Pengarah Muzium Negeri Terengganu, En. Azuan bin Harun. Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Tuan Haji M. Rozi bin Bidin, wakil daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Tanah Kuala Terengganu serta Pengerusi JPKK Pulau Kambing.

Penemuan ini dijangka dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai sejarah perkembangan Islam, hubungan perdagangan dan warisan budaya yang pernah berkembang di Kuala Terengganu suatu ketika dahulu.

Pasukan manakah yang layak di gelar JUARA KOLEK?!!
09/06/2026

Pasukan manakah yang layak di gelar JUARA KOLEK?!!

08/06/2026

Saksikan jeritan semangat serta adu tenaga antara jaguh-jaguh kolek dari seluruh Malaysia!!

12-13 Jun 2026
Kampung Jeram Hulu, Kuala Nerus

*12 Jun
Pertandingan akan bermula jam 3 petang - 6 petang

*13 Jun
Pertandingan akan bermula jam 9 pagi - 5 petang

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah setinggi-tinggi tahniah————————————————————————Galeri kami dibuka seperti biasa :Sabtu - ...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah

————————————————————————

Galeri kami dibuka seperti biasa :
Sabtu - Khamis
9 Pagi hingga 5 Petang

Wajah & CeritaMuzium Negeri Terengganu
31/05/2026

Wajah & Cerita
Muzium Negeri Terengganu

JAGUH BEYBLADE AYUH BERADU!!!Kalau rasa Beyblade anda dah cukup padu, ini tempat untuk buktikan!!Bukan sekadar tournamen...
27/05/2026

JAGUH BEYBLADE AYUH BERADU!!!

Kalau rasa Beyblade anda dah cukup padu, ini tempat untuk buktikan!!

Bukan sekadar tournament biasa, ini tempat jumpa blader lain, test combo, lawan skill dan tengok siapa paling tahan dalam arena. Confirm meriah bila semua dah mula launch nanti.

BEYBLADE X TOURNAMENT – INFINITY STADIUM
31 Mei 2026
10:00 pagi
Muzium Negeri Terengganu
Yuran RM15

Format 3 VS 3 knockout dengan upper & lower bracket.
Jadi kalah awal pun masih ada peluang untuk comeback

Bawa combo terbaik korang.
Mana tahu kali ni nama anda p**a jadi sebutan dalam arena

Tag member yang selalu claim bey dia paling kuat tu!!

Untuk maklumat lanjut klik pautan dibawah :

https://wa.link/exooqk

Selamat Hari Raya Aidiladha..Kunjungi kami pada Sabtu ini❤️
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha..
Kunjungi kami pada Sabtu ini❤️

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 Alhamdulillah, program Pertandingan Permainan Tradis...
24/05/2026

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

Alhamdulillah, program Pertandingan Permainan Tradisional Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung di Muzium Permainan Rakyat, Dungun telah selesai dengan jayanya.

Program ini berjaya menghimpunkan penyertaan belia dari seluruh negeri dalam usaha menghidupkan kembali warisan permainan tradisional serta memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan jati diri dalam kalangan generasi muda.

🔸Senarai Pemenang Pertandingan:

Congkak
🥇 Kuala Terengganu
🥈 Kuala Nerus
🥉 Hulu Terengganu
🏅 Dungun

Selambut
🥇 Marang
🥈 Setiu
🥉 Dungun
🏅 Hulu Terengganu

Sepak Raga Ratus
🥇 Dungun
🥈 Marang
🥉 Hulu Terengganu
🏅 Kemaman

Tinting Bulu Ayam
🥇 Hulu Terengganu
🥈 Marang
🥉 Kemaman
🏅 Dungun

Bola Tin
🥇 Kuala Terengganu
🥈 Marang
🥉 Kemaman
🏅 Besut

Bola Beracun
🥇 Kuala Terengganu
🥈 Kuala Nerus
🥉 Besut
🏅 Kemaman

Rampai Tradisi
🥇 Kuala Terengganu
🥈 Hulu Terengganu
🥉 Kemaman
🏅 Marang

Dam Aji
🥇 Dungun
🥈 Kuala Terengganu
🥉 Kemaman
🏅 Hulu Terengganu

Tarik Tali
🥇 Kemaman
🥈 Hulu Terengganu
🥉 Kuala Nerus
🏅 Besut

👕 Pakaian Kontinjen Terbaik: Setiu
🏆 Juara Keseluruhan: Kuala Terengganu

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, urus setia, agensi terlibat serta para pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga warisan tradisi terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

MAJLIS PERASMIAN UJANA TENAGASatu lagi detik bersejarah tercipta di Kompleks Muzium Negeri Terengganu menerusi Majlis Pe...
19/05/2026

MAJLIS PERASMIAN UJANA TENAGA

Satu lagi detik bersejarah tercipta di Kompleks Muzium Negeri Terengganu menerusi Majlis Perasmian UJANA TENAGA yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu di Dewan Mandalika.

UJANA TENAGA hadir sebagai wajah baharu daripada Galeri Petroleum, sebuah transformasi yang membawa pengalaman lebih segar, moden dan interaktif dalam memperkenalkan dunia tenaga kepada masyarakat.

Berinspirasikan evolusi ilmu, inovasi dan teknologi, galeri ini dibangunkan sebagai ruang yang bukan sahaja mendidik, malah memberi pengalaman lebih imersif kepada pengunjung untuk memahami perkembangan industri tenaga serta peranannya terhadap pembangunan negeri dan masa hadapan.

Selepas majlis perasmian berlangsung, KDYMM Pemangku Raja Terengganu turut berkenan melawat Galeri UJANA TENAGA bagi meninjau sendiri ruang pameran yang menampilkan elemen interaktif, pendidikan dan kelestarian.

Transformasi ini melambangkan komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan, menyemai inspirasi serta mendekatkan masyarakat dengan evolusi dunia tenaga dalam suasana yang lebih kontemporari dan bermakna.

UJANA TENAGA di Muzium Negeri Terengganu adalah sebuah galeri baru yang mengetengahkan perjalanan pembangunan industri t...
18/05/2026

UJANA TENAGA di Muzium Negeri Terengganu adalah sebuah galeri baru yang mengetengahkan perjalanan pembangunan industri tenaga negeri Terengganu bersama PETRONAS.

Ia sebagai simbol penghargaan terhadap peranan industri tenaga dalam memacu kemajuan negeri.

Ujana Tenaga dibangunkan pada tapak asal Galeri Petroleum yang pernah anda kunjungi dulu.

Galeri ini membawa pengunjung menyusuri sejarah, evolusi dan transformasi sektor tenaga negeri melalui pelbagai pengisian menarik yang merangkumi warisan industri, pembangunan ekonomi, inovasi teknologi, kelestarian alam sekitar serta impaknya terhadap masyarakat dan masa depan Terengganu.

UJANA TENAGA akan disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu pada 19 Mei 2026 dan anda boleh menjadi antara pengunjung terawal yang meneroka sendiri galeri ini.

Ayuh bersama meneroka kisah tenaga yang membentuk Terengganu dimana bermula dari kearifan silam yang menjadi aspirasi masa hadapan.

Address

Bukit Losong
Kuala
20566

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096321200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu State Museum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu State Museum:

Share