03/09/2026
πππππππππ ππππππ β πππππππ ππππππππππππ πππ, πππ πππ ππππππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππ ππ πππππππ ππππππ πππππ
Kuala Terengganu, Khamis, 3 September 2026 β Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu telah turun padang menyantuni keluarga Puan Wan Suri binti Wan Ahmad yang ditimpa musibah ribut di Kampung Gelong Gajah.
Kejadian berlaku pada 26 Ogos 2026 lebih kurang jam 6.00 petang itu menyebabkan dahan pokok menghempap bumbung rumah mangsa, sekali gus mengakibatkan kerosakan pada bahagian ruang makan dan bilik air.
Sumbangan kebajikan serta sokongan moral telah disampaikan kepada keluarga mangsa sebagai tanda keprihatinan bagi meringankan beban yang ditanggung, selain memastikan kebajikan serta keperluan mereka terus diberi perhatian sewajarnya.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Terengganu akan terus komited memperkukuhkan usaha mendekati rakyat melalui pendekatan yang prihatin, responsif dan berterusan dalam membantu mereka yang berdepan musibah serta kesukaran hidup. Semoga semua ahli keluarga yang terlibat dikurniakan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.