Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri,

Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
Official Portal at https://www.trglib.gov.my

17/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2026

๐Ÿ”Ž Sedia untuk cabaran? Kumpulkan rakan, jelajah 'checkpoint' dan buktikan kehebatan pasukan anda!

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu menjemput anda menyertai Pertandingan Jejak Maklumat yang penuh dengan cabaran, ilmu dan semangat patriotik!

๐Ÿ“ Tarikh : 22 Ogos 2026 ( Sabtu )
โฐ Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
๐Ÿ“Œ Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

โœจ Apa yang menanti anda?
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 5 'checkpoint' penuh cabaran
๐Ÿ“š Uji pengetahuan kemerdekaan & literasi maklumat
๐Ÿค Kerjasama berpasukan yang menyeronokkan
๐Ÿ† Hadiah Hamper + Sijil menanti para pemenang!

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran atau klik pada pautan ini : https://forms.gle/uTozuqoS57ju28sZ9

โ˜Ž๏ธ Sebarang pertanyaan :
Puan Nur Aziemah binti Ibrahim
๐Ÿ“ž 09-6221100

Jom sertai, buktikan semangat patriotik anda dan jadilah juara Jejak Maklumat 2026!







16/08/2026
๐ŸŒบ SENTUHAN PATRIOTIK : KOLAJ BUNGA RAYA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAktiviti Sabtu PPAT pada 15 Ogos 2026 dimeriahkan dengan Program Sentuhan Patr...
16/08/2026

๐ŸŒบ SENTUHAN PATRIOTIK : KOLAJ BUNGA RAYA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Aktiviti Sabtu PPAT pada 15 Ogos 2026 dimeriahkan dengan Program Sentuhan Patriotik : Kolaj Bunga Raya yang disertai seramai 30 orang peserta.

Penuh warna, kreativiti dan semangat patriotik! ๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil bakat peserta, malah menyemai rasa cinta dan bangga terhadap negara sempena Bulan Kebangsaan.

Terima kasih kepada semua yang turut serta! โค๏ธ







15/08/2026

๐Ÿ“šโœจPILIHAN NOVEL MENARIK | CINTA SELALU MENANG โœจ๐Ÿ“š

๐Ÿ“– Judul : Cinta Selalu Menang
โœ๏ธ Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Ada waktunya cinta hadir dengan senyuman.
Ada waktunya cinta datang bersama ujian. โค๏ธโ€๐Ÿฉน

โ€œCinta Selalu Menangโ€ mengajak pembaca melihat cinta bukan sekadar tentang perasaan, tetapi juga tentang pilihan, perjuangan, kesabaran dan bagaimana kita membawa cinta ke arah yang lebih baik.

๐Ÿ’ญ Benarkah cinta sentiasa menang?

Mungkin jawapannya bukan pada siapa yang kita miliki, tetapi bagaimana cinta itu mendidik hati dan menjadikan kita insan yang lebih matang.

๐Ÿ“š Kalau anda sukakan bacaan yang menyentuh hati, mengajak berfikir dan dekat dengan kehidupan, novel ini boleh menjadi pilihan untuk bacaan santai anda.

๐Ÿ“ Nak baca novel ini?
Naskhah โ€œCinta Selalu Menangโ€ boleh didapati di Galeri Penulis, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).

Jom singgah, pilih buku dan luangkan masa bersama bacaan yang memberi makna. โค๏ธ๐Ÿ“–

โœจ Baca. Hayati. Rasai.
Kerana setiap buku mempunyai cerita, dan setiap cerita mungkin menyimpan sesuatu yang sedang kita cari.









๐Ÿ“š LIBRARY SMART READING ROADSHOW @ SK PUSAT CHABANG TIGA ๐Ÿ“–โœจ 12 Ogos 2026 (Rabu) menyaksikan Perbadanan Perpustakaan Awam...
12/08/2026

๐Ÿ“š LIBRARY SMART READING ROADSHOW @ SK PUSAT CHABANG TIGA ๐Ÿ“–

โœจ 12 Ogos 2026 (Rabu) menyaksikan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) berjaya melaksanakan Library Smart Reading Roadshow di SK Pusat Chabang Tiga dengan penuh meriah dan bertenaga.

Sepanjang program berlangsung, para murid berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan sarat dengan ilmu, antaranya :
๐Ÿ“– Taklimat Perkhidmatan PPAT & u-Pustaka serta Kuiz Interaktif
๐ŸŽฎ Permainan Interaktif yang mencabar minda
๐Ÿงฉ Crossword u-Pustaka yang menguji pengetahuan
๐Ÿ“š Pinjaman Berkelompok bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah

Terima kasih kepada pihak SK Pusat Chabang Tiga atas kerjasama yang diberikan serta kepada semua guru dan murid yang memberikan komitmen dan sambutan yang begitu menggalakkan.

Semoga program ini terus menyemarakkan budaya membaca, memperkenalkan kemudahan digital u-Pustaka, dan menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran yang menyeronokkan untuk semua.

๐Ÿ“– Membaca Membina Minda, Ilmu Membentuk Masa Depan!














๐Ÿ“š HARI KEDUA PENJURIAN! ๐ŸกโœจPERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026๐Ÿ—“๏ธ Isnin | 3 Ogos 2026Hari ...
12/08/2026

๐Ÿ“š HARI KEDUA PENJURIAN! ๐Ÿกโœจ

PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

๐Ÿ—“๏ธ Isnin | 3 Ogos 2026

Hari kedua penjurian diteruskan dengan lawatan ke kediaman peserta bagi menyaksikan sendiri kreativiti serta usaha yang dicurahkan dalam membina ruang bacaan keluarga yang selesa, menarik dan penuh inspirasi.

Setiap ruang yang dizahirkan bukan sekadar tempat membaca, malah menjadi lambang komitmen ibu bapa dalam menyemai minat membaca, mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan membentuk generasi yang cintakan ilmu.

Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi kepada lebih ramai keluarga untuk menjadikan membaca sebagai amalan harian di rumah.

๐Ÿ“– Budaya membaca bermula dari rumah, membina keluarga berilmu untuk masa depan yang gemilang.










๐Ÿ“š HARI KETIGA PENJURIAN! ๐ŸกโœจPERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026๐Ÿ—“๏ธ Selasa | 4 Ogos 2026Har...
12/08/2026

๐Ÿ“š HARI KETIGA PENJURIAN! ๐Ÿกโœจ

PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

๐Ÿ—“๏ธ Selasa | 4 Ogos 2026

Hari ketiga penjurian diteruskan dengan semangat yang sama dalam menilai ruang bacaan keluarga yang dihasilkan oleh para peserta dari seluruh negeri Terengganu.

Setiap kunjungan membuka lembaran baharu yang mempamerkan kreativiti, kesungguhan serta komitmen keluarga dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk memupuk minat membaca sejak usia muda.

Terima kasih kepada semua peserta atas sambutan mesra dan usaha luar biasa yang telah dipersembahkan. Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan budaya membaca dan melahirkan lebih ramai keluarga yang menjadikan ilmu sebagai amalan sepanjang hayat.

๐Ÿ“– Sebuah ruang bacaan yang bermakna mampu melahirkan generasi yang berilmu dan berdaya saing.










๐Ÿ“š HARI PERTAMA PENJURIAN! ๐ŸกโœจPERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026๐Ÿ—“๏ธ Ahad | 2 Ogos 2026Hari...
12/08/2026

๐Ÿ“š HARI PERTAMA PENJURIAN! ๐Ÿกโœจ

PERTANDINGAN RUANG BACAAN KELUARGA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

๐Ÿ—“๏ธ Ahad | 2 Ogos 2026

Hari Pertama Penjurian bagi Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Pasukan juri memulakan sesi penilaian ke rumah-rumah peserta bagi menilai kreativiti, susun atur ruang, kepelbagaian bahan bacaan serta usaha setiap keluarga dalam membudayakan amalan membaca di rumah.

Semoga semua peserta berjaya mempamerkan ruang bacaan terbaik dan terus menjadi inspirasi dalam menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

๐Ÿ“– Membaca Membina Keluarga Berilmu, Melahirkan Generasi Gemilang.










11/08/2026

๐Ÿ“šโœจ NAK CARI RUJUKAN? PANGKALAN DATA ALKEM ADA JAWAPANNYA!

Tak perlu pening mencari bahan rujukan! Dengan Pangkalan Data ALKEM, anda boleh mengakses pelbagai sumber maklumat yang sahih, berkualiti dan mudah dicapai, semuanya di hujung jari.

๐ŸŽ“ Sesuai untuk :
๐Ÿ“– Pelajar
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Guru & Pensyarah
๐Ÿ”ฌ Penyelidik
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Orang Awam

๐Ÿ’ก Antara kelebihannya :
โœ… Carian pantas dan mudah
โœ… Pelbagai artikel, jurnal dan bahan ilmiah
โœ… Menjimatkan masa mendapatkan maklumat
โœ… Menyokong pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan ilmu

๐ŸŽฅ Tonton video ini dan ketahui cara menggunakan Pangkalan Data ALKEM dengan lebih mudah.

๐Ÿ“ Kunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan manfaatkan kemudahan digital yang disediakan.

โค๏ธ Jangan lupa Like, Follow & Share Facebook PPAT supaya anda tidak terlepas pelbagai info, program dan perkhidmatan menarik!










11/08/2026

๐Ÿ“š Nak baca buku tanpa keluar rumah? Kami poskan kepada anda! ๐Ÿ“ฎโœจ

Tak sempat singgah ke perpustakaan? Jangan risau! Dengan Perkhidmatan Pinjaman Buku Secara Pos PPAT, buku pilihan anda akan dihantar terus ke pintu rumah.

โœ… Mudah
โœ… Cepat
โœ… Jimat masa
โœ… Baca di mana-mana sahaja

Jadikan membaca sebahagian daripada gaya hidup anda. Pilih buku, kami uruskan penghantarannya!

๐Ÿ“– Pinjam dari rumah, baca dengan tenang!








Address

Jalan Kemajuan, Padang Hiliran
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096221100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu:

Share

Category