Derma Darah Terengganu Kite

Derma Darah Terengganu Kite Facebook Rasmi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Unit Tabung Darah Hospital Kemaman. Linktree DDTK https://tr.ee/uJkksTT_md

Derma Darah di Aras 1 KTCC MALL bermula jam 12 tengahari sehingga 8 mlm.TERIMA KASIH WAHAI PENDERMA DARAH YANG BUDIMAN 💗...
14/05/2026

Derma Darah di Aras 1 KTCC MALL bermula jam 12 tengahari sehingga 8 mlm.

TERIMA KASIH WAHAI PENDERMA DARAH YANG BUDIMAN 💗


“Setitis darah, sejuta harapan” ❤️Jom bersama-sama menjadi adiwira penyelamat nyawa dengan menyertai Program Derma Darah...
14/05/2026

“Setitis darah, sejuta harapan” ❤️

Jom bersama-sama menjadi adiwira penyelamat nyawa dengan menyertai Program Derma Darah anjuran Kolej Inforana dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sedang berlangsung sekarang. Kehadiran anda mampu memberi sinar harapan kepada mereka yang memerlukan. ✨

📅 Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa : 9.30 pagi hingga 2.30 petang
📍 Tempat : Dewan Al-Safar, Quinara Al-Safir Resort

💉 Hanya 10-15 minit diperlukan, namun sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa insan lain.

Ayuh warga Kuala Terengganu dan sekitarnya, jangan lepaskan peluang untuk berbuat kebaikan hari ini. Kami menanti kehadiran anda semua! 🤝❤️

📢 HEBAHAN OPERASI PUSAT PENDERMAAN DARAH HSNZ📢Dimaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah, HSNZ (Tingkat 1, JPL) Kuala Ter...
14/05/2026

📢 HEBAHAN OPERASI PUSAT PENDERMAAN DARAH HSNZ📢

Dimaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah, HSNZ (Tingkat 1, JPL) Kuala Terengganu TIDAK BEROPERASI pada hari ini, 14 Mei 2026 (Khamis).

Namun begitu, bagi anda yang ingin terus menyumbang darah demi membantu pesakit yang memerlukan, jemput hadir ke Pusat Derma Darah Statik KTCC Mall (Aras 1) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 8.00 malam. ❤️🩸

Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka.
Jom jadi adiwira hari ini! 💪🏻

13/05/2026

Ada ibu ayah yang simpan kad G6PD anak dalam dompet bertahun-tahun, tapi masih tak pasti apa sebenarnya yang perlu dielakkan.

Ada yang ingat kekurangan enzim G6PD ini alahan biasa.

Padahal bukan.

G6PD deficiency ialah keadaan apabila badan kekurangan enzim G6PD yang berfungsi melindungi sel darah merah. Bila seseorang yang ada G6PD terdedah kepada pencetus tertentu, sel darah merah boleh menjadi rapuh dan pecah lebih cepat. Keadaan ini dipanggil hemolisis.

Bila sel darah merah pecah, badan boleh mula menunjukkan tanda-tanda seperti pucat, kuning pada mata atau kulit, cepat letih, sesak nafas, jantung berdebar, dan air kencing menjadi gelap seperti teh pekat.

Sebab itu orang yang ada G6PD tidak boleh ambil mudah dengan makanan, ubat atau bahan tertentu.

Antara 7 perkara yang perlu dielakkan atau dibincang dahulu dengan doktor ialah:

1. Kacang parang atau fava beans

Ini antara pencetus paling terkenal untuk pesakit G6PD. Dalam sesetengah individu, kacang parang boleh mencetuskan hemolisis yang serius. Jangan anggap semua kacang sama, tetapi kacang parang memang perlu dielakkan.

2. Ubat sulfa tertentu

Sesetengah antibiotik dalam kumpulan sulfa boleh menjadi pencetus kepada sel darah merah pecah. Contohnya co-trimoxazole. Jangan ambil antibiotik lama yang ada di rumah tanpa nasihat doktor.

3. Ubat malaria tertentu

Ada ubat malaria seperti primaquine yang boleh menyebabkan masalah kepada individu G6PD. Sebab itu status G6PD penting dimaklumkan sebelum rawatan tertentu diberikan.

4. Dapsone

Ubat ini boleh digunakan untuk beberapa keadaan kulit atau jangkitan tertentu. Namun bagi pesakit G6PD, ia boleh menjadi berisiko dan perlu dielakkan kecuali atas arahan serta pemantauan doktor.

5. Nitrofurantoin

Ini antara ubat yang kadang-kadang digunakan untuk jangkitan saluran kencing. Bagi individu G6PD, penggunaannya perlu dinilai oleh doktor kerana ada risiko hemolisis.

6. Ubat gegat atau mothballs

Ramai tak sangka benda kecil dalam almari pun boleh jadi bahaya. Ubat gegat yang mengandungi naftalena boleh mencetuskan hemolisis, terutama kepada bayi dan kanak-kanak kecil yang ada G6PD.

7. Methylene blue

Bahan ini boleh digunakan dalam keadaan rawatan tertentu, tetapi boleh menjadi berbahaya kepada pesakit G6PD. Sebab itu maklumat G6PD perlu diberitahu kepada anggota kesihatan sebelum apa-apa rawatan diberikan.

Yang penting, G6PD bukan bermaksud anak tidak boleh hidup normal.

Mereka boleh membesar, makan dengan baik, bermain dan menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma mereka perlukan perlindungan daripada pencetus tertentu.

Ibu ayah jangan panik, tetapi jangan juga terlalu sambil lewa.

Simpan maklumat G6PD anak. Maklumkan kepada doktor, jururawat, ahli farmasi, pengasuh, guru taska dan ahli keluarga yang menjaga anak.

Jika selepas makan sesuatu, mengambil ubat, atau terdedah kepada bahan tertentu anak kelihatan pucat, kuning, sangat lemah, sesak nafas, atau air kencing menjadi gelap, jangan tunggu lama.

Bawa segera untuk pemeriksaan.

Kadang-kadang perlindungan paling besar untuk anak bermula daripada satu perkara kecil.

Iaitu ibu ayah tahu apa yang perlu dielakkan.




Makluman untuk wira-wira sekalian, temui team kami di lokasi-lokasi yang berikut ya 🤩..Team kami sentiasa menantikan keh...
13/05/2026

Makluman untuk wira-wira sekalian, temui team kami di lokasi-lokasi yang berikut ya 🤩..

Team kami sentiasa menantikan kehadiran anda di setiap kempen derma darah yang diadakan.. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami..

Sokongan daripada anda sedikit sebanyak menjadi penguat semangat kami untuk terus memberikan bakti kepada mereka yang memerlukan.. Admin salute anda semua 🫡🫡🫡..




Terima kasih warga IBU PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANUSYABAS  &  TAHNIAH 🩸🩸❤️❤️
13/05/2026

Terima kasih warga IBU PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU

SYABAS & TAHNIAH 🩸🩸❤️❤️

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua wira penderma darah sekalian..Makluman untuk warga Kuala Nerus dan warga Du...
12/05/2026

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua wira penderma darah sekalian..

Makluman untuk warga Kuala Nerus dan warga Dungun, temui team kami di :

1) Dewan Al Safar, Quinara Al Safir Resort bermula dari jam 9.30 pagi sehingga jam 2.30 petang

&

2) Dewan Badminton TNB Dungun, bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari..

Jangan lupa temui team kami nanti ya warga Kuala Nerus dan warga Dungun.. Kami tunggu anda sampai 🫡🫡🫡..




Sedikit perkongsian daripada Pusat Pendermaan Darah Statik KTCC hari ini 🥰..Seperti biasa, team kami akan berada di sini...
12/05/2026

Sedikit perkongsian daripada Pusat Pendermaan Darah Statik KTCC hari ini 🥰..

Seperti biasa, team kami akan berada di sini sehingga jam 8.00 malam nanti.. Jika anda tak sempat nak derma darah kerana sedang bekerja, datanglah ke sini.. Kami sedia membantu anda untuk menderma darah ☺️..

Jangan malu jangan segan ya, datang je 🫣..





✨ Setitis Darah, Sejuta Harapan ✨Jom sama-sama meriahkan Program Derma Darah Sempena Hari Polis anjuran IPD Hulu Terengg...
11/05/2026

✨ Setitis Darah, Sejuta Harapan ✨

Jom sama-sama meriahkan Program Derma Darah Sempena Hari Polis anjuran IPD Hulu Terengganu! ❤️💉

📅 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Dewan Kelah, Perumahan PDRM Hulu Terengganu

Setiap titisan darah anda mampu menyelamatkan nyawa. Jom jadi sebahagian daripada kebaikan hari ini! ❤️🙏

❤️Siapalah kami tanpa sokongan daripada anda, adiwira penderma darah❤️Di sebalik satu beg darah, tersimpan harapan, doa ...
11/05/2026

❤️Siapalah kami tanpa sokongan daripada anda, adiwira penderma darah❤️

Di sebalik satu beg darah, tersimpan harapan, doa dan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

Kempen derma darah sedang berlangsung sekarang di KTCC Mall (Aras 1), Pusat Derma Darah Statik KTCC Mall bermula jam 12.00 pm - 8.00 pm setiap hari.

Kami menanti kehadiran anda hari ini. Ayuh hadir menderma darah dan jadilah sebab seseorang masih diberi peluang untuk terus tersenyum.

Pakat Mari derma di sini yer.Warga Besut yang berhampiran 🩸❤️📅11 Mei 2026 - ISNIN🚩 WISMA PERSEKUTUAN BESUT⏰ 10 AM - 2.30...
11/05/2026

Pakat Mari derma di sini yer.
Warga Besut yang berhampiran 🩸❤️

📅11 Mei 2026 - ISNIN
🚩 WISMA PERSEKUTUAN BESUT
⏰ 10 AM - 2.30 PM



Address

Jalan SULTAN MAHMUD
Kuala Terengganu
20400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6096212121

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Terengganu Kite posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Darah Terengganu Kite:

Share