05/08/2026
Diucapkan selamat bersara kepada Encik Mohd Rosli bin Harun yang bersara wajib berkuat kuasa mulai 05 Ogos 2026 selepas berkhidmat selama 16 tahun 11 bulan 1 hari di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Seluruh warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada universiti. Semoga Encik Mohd Rosli bin Harun dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Kredit : Unit Perkhidmatan dan Kebajikan, Pusat Pengurusan Bakat, Jabatan Pendaftar, UMPSA.