JUPEM TERENGGANU

JUPEM TERENGGANU Page Rasmi JUPEM Terengganu

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐑𝐎𝐘𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐃 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐈𝐄𝐒 (𝐑-𝐓𝐈𝐇𝐢𝐋𝐒) 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔  ∣  𝟒 𝐌...
04/05/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐑𝐎𝐘𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐇𝐈𝐒𝐓𝐎𝐑𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐃 𝐋𝐄𝐆𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐔𝐃𝐈𝐄𝐒 (𝐑-𝐓𝐈𝐇𝐢𝐋𝐒) 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ∣ 𝟒 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Satu Kunjungan Hormat telah berlangsung oleh Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHiLS) kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Terengganu bagi membentuk kerjasama dalam aspek sejarah dan kajian perundangan. R-TIHiLS merupakan sebuah Institut Diraja yang berperanan menjalankan kajian berkaitan sejarah dan perundangan khususnya Negeri Terengganu, termasuk isu sempadan wilayah, hak milik dan kedaulatan negeri. Delegasi R-TIHiLS yang diketuai oleh Dr. Hamdan bin Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif telah disambut oleh pihak pengurusan tertinggi JUPEM Terengganu LSr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu bersama barisan pegawai. Turut hadir bersama adalah delegasi daripada Ibu Pejabat JUPEM iaitu Sr Salmah binti Salleh, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan) serta delegasi daripada JUPEM Pahang yang diketuai oleh Sr Ahmad Kamal bin Ariffin, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

Program dimulakan dengan Taklimat Pengenalan JUPEM yang memberi gambaran ringkas peranan Jabatan dalam pengukuran, pemetaan dan pengurusan data geospatial. Seterusnya, diikuti Taklimat Ringkas Status Sempadan Darat dan Penentuan Sempadan Maritim Negeri Terengganu dengan Negeri-Negeri Jiran. Taklimat tersebut memberi penekanan kepada proses penentuan dan pengesahan sempadan, serta isu-isu teknikal dan perundangan yang berkaitan. Perkongsian ini amat penting dalam memastikan kefahaman yang jelas terhadap kepentingan pengurusan sempadan yang tepat, terutamanya dalam konteks kedaulatan negeri dan pengurusan sumber data rujukan.

Agenda diakhiri dengan sesi perbincangan yang berlangsung secara interaktif dan dua hala antara semua pihak yang terlibat. Sesi ini membuka ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian kepakaran serta cadangan penambahbaikan berkaitan sejarah dan kajian. Perbincangan yang konstruktif ini turut memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara agensi teknikal dan institusi penyelidikan demi mencapai matlamat bersama dalam pengurusan sempadan yang lebih efisien dan holistik.

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐔𝐏𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇 | 𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔Seluruh warga JUPEM Terengganu merakam...
03/05/2026

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐔𝐏𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇 | 𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Seluruh warga JUPEM Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala khidmat bakti dan pengorbanan Encik Mohd Zulkupli bin Mohd Salleh kepada Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah khususnya dan JUPEM Terengganu amnya yang telah bersara wajib pada 1 Mei 2026.

Encik Mohd Zulkupli bin Mohd Salleh telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Penjawat Awam di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah sebagai Pekerja Rendah Awam (PRA) R11 pada 16 Mei 1993. Beliau setia berkhidmat selama lebih 32 tahun di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah sehingga bersara wajib pada 1 Mei 2026 dengan jawatan terakhir sebagai Pembantu Khidmat Am H1.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya buat Encik Mohd Zulkupli bin Mohd Salleh dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan. Selamat bersara dan sehingga jumpa lagi di lain waktu dan masa.

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐀'𝐀𝐅𝐀𝐑 | 𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔Seluruh warga JUPEM Terengganu merakamkan ...
30/04/2026

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐀'𝐀𝐅𝐀𝐑 | 𝟏 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔

Seluruh warga JUPEM Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala khidmat bakti dan pengorbanan Puan Siti Rohani binti Ja'afar kepada Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah khususnya dan JUPEM Terengganu amnya yang telah bersara pilihan pada 1 Mei 2026.

Secara ringkas Puan Siti Rohani binti Ja'afar telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Penjawat Awam di Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan jawatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11 pada 22 Februari 1997. Beliau telah bertukar ke Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah dari Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) Kuala Terengganu pada 26 Mei 2025 dan bersara pilihan pada 1 Mei 2026 sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N2 (TBK 1).

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya buat Puan Siti Rohani binti Ja'afar dan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berpanjangan. Selamat bersara dan sehingga jumpa lagi di lain waktu dan masa.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ∣ 𝟐𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔LSr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah U...
21/04/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
∣ 𝟐𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

LSr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu dengan diiringi oleh Sr Mohd Ridwan bin Latif, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, bersama-sama pegawai dan kakitangan JUPEM Terengganu telah menziarahi Encik Ahmad Mudzir bin Ramli, Juruukur Daerah Terengganu Utara yang telah kematian isteri pada 10 April 2026 (Jumaat) bersamaan bersamaan 21 Syawal 1447H . Dalam lawatan tersebut, Puan Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu turut menyampaikan salam takziah kepada Encik Ahmad Mudzir bin Ramli dan seluruh ahli keluarga serta memberikan kata-kata semangat agar beliau diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian tersebut. Seluruh warga kerja JUPEM Terengganu mengucapkan takziah atas kehilangan isteri beliau dan mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi waktu sukar ini.

Al-Fatihah :-

ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ۞ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Program Ziarah Kasih diteruskan dengan menziarahi Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Penerbitan Peta Kadaster), Sr Suraya Hani binti Jaafar yang sedang dalam pemulihan selepas menjalani pembedahan berkaitan masalah sinus. Puan Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu merakamkan rasa syukur atas kelancaran pembedahan sinus yang dijalani serta mengharapkan agar segera kembali pulih. Semasa lawatan tersebut, Sumbangan Tabung Khas daripada seluruh warga JUPEM Terengganu dan Kelab Sukan & Kebajikan JUPEM Terengganu serta PUSPANITA JUPEM Terengganu turut disampaikan kepada pegawai-pegawai berkenaan.

𝐍𝐨𝐭𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐆𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐞𝐊𝐚𝐝𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐋𝐎𝐓 𝐝𝐢 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM T...
16/04/2026

𝐍𝐨𝐭𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐆𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐞𝐊𝐚𝐝𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐲𝐋𝐎𝐓 𝐝𝐢 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮
Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Terengganu iaitu JUPEM2U/CSRS dan Aplikasi MyLot akan mengalami gangguan capaian bermula pada 17 April 2026 pukul 5.00 petang sehingga 18 April 2026 pukul 6.00 petang bagi memberi laluan kerja-kerja selenggara elektrik di Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ∣ 𝟏𝟔 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔Ja...
16/04/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ∣ 𝟏𝟔 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Terengganu pada 16 April 2026 bagi tujuan memperkasa kerjasama strategik berkepentingan bersama serta penyelarasan teknikal dua hala yang lebih berkesan.

Delegasi JKPTG Negeri Terengganu telah diketuai oleh Puan Siti Salmi binti Mohd, Pengarah JKPTG bersama Encik Muhammad Syafiq bin Safiain, Penolong Pengarah Unit Tanah Persekutuan serta Encik Sabri bin Zakaria, Ketua Pembantu Tadbir Unit Khidmat Pengurusan.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh LSr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu bersama barisan pegawai yang terdiri daripada Penolong Pengarah Ukur, Ketua Seksyen dan Ketua Cawangan JUPEM Terengganu.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni ini telah membuka ruang kepada perbincangan yang konstruktif antara JUPEM Terengganu dan JKPTG Negeri Terengganu khususnya dalam memperkukuh kerjasama strategik berkaitan urusan pengambilan ganti hakmilik tanah.

Selain itu, sesi perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek penyelarasan teknikal, perkongsian maklumat serta penambahbaikan prosedur kerja bagi memastikan pelaksanaan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan mematuhi kehendak perundangan semasa.

Kunjungan ini juga mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara jabatan di samping meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efektif, efisien dan berintegriti kepada rakyat serta pemegang taruh.

Adalah diharapkan agar jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh pada masa hadapan demi menyokong pembangunan negara yang mampan dan berdaya saing.

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐈𝐍𝐊 (𝐌𝐑𝐋) 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌) 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 | 𝟏𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓Malays...
15/04/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐑𝐀𝐈𝐋 𝐋𝐈𝐍𝐊 (𝐌𝐑𝐋) 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌) 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 | 𝟏𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟓

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) telah mengadakan kunjungan hormat ke JUPEM Terengganu bagi membincangkan perkara berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada 15 April 2026.

Delegasi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) diketuai oleh Ir. Yusni bin Shahadan, Ketua Jabatan Perhubungan & Tanah diiringi oleh Encik Khairudin bin Aman, Penasihat Teknikal;, Encik Azrin bin Ahmad, Pengurus Jabatan Perhubungan & Tanah dan Encik Mohd Subri bin Abdul Wahab, Penolong Pengurus Jabatan Perhubungan & Tanah. Turut hadir Juruukur Tanah Berlesen dari Syarikat Mahyuddin & Siew serta kakitangan CCCC ECRL.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh LSr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu bersama Penolong Pengarah Ukur, Ketua Seksyen dan Ketua Cawangan JUPEM Terengganu.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni ini membuka ruang kepada perbincangan yang konstruktif antara pihak JUPEM Terengganu dan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL). Antara isu utama yang dibincangkan ialah Progress semasa ukur halus di Negeri Terengganu bagi Projek ECRL dan Progress kelulusan oleh JUPEM bagi nombor lot dan Pelan Akui.

Diharapkan kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama serta menyokong kelancaran pelaksanaan Projek ECRL di Negeri Terengganu.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮Semoga kehadiran ini membawa bersama pengalaman, idea serta semangat baharu seterusnya...
15/04/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮

Semoga kehadiran ini membawa bersama pengalaman, idea serta semangat baharu seterusnya memberi sumbangan bermakna dalam memperkukuh pasukan serta memacu kecemerlangan jabatan. Bersama kita terus menjunjung integriti dan profesionalisme dalam setiap amanah. Selamat menjalankan tugas dan maju jaya! 💼✨

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐀𝐋𝐈𝐀𝐒 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁 | 𝟏𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, k...
15/04/2026

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐀𝐋𝐈𝐀𝐒 𝐁𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐇𝐀𝐁 | 𝟏𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Alias bin Wahab atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Beliau memulakan kerjaya pada 1 November 1994 sebagai Pekerja Awam di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Utara dan seterusnya disahkan dalam perkhidmatan pada 1 November 1997.

Sepanjang lebih tiga dekad berkhidmat di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Utara, Encik Alias bin Wahab telah menunjukkan komitmen, ketekunan dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan. Pengalaman, sumbangan dan dedikasi beliau bukan sahaja memberi nilai besar kepada organisasi, malah menjadi contoh dan inspirasi kepada rakan-rakan sekerja.

Segala usaha, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang serta dihargai oleh seluruh warga pejabat. Kehadiran dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan merupakan satu legasi yang amat bermakna.
Menjelang persaraan wajib pada 15 April 2026, kami mendoakan agar Encik Alias bin Wahab sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan dalam menikmati fasa kehidupan yang baharu selepas persaraan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa Encik Alias bin Wahab akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌  𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 (𝐒𝐏𝐊) 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐃𝐈 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟓 - 𝟗 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐...
09/04/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 (𝐒𝐏𝐊) 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎 𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟏𝟓 𝐃𝐈 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟓 - 𝟗 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Terengganu telah menjalankan Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2026 yang dilaksanakan pada 5 hingga 9 April 2026.

Sesi Pembukaan audit ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Terengganu, LSr Siti Zainun binti Mohamad bersama Timbalan Pengarah Ukur I dan Timbalan Pengarah Ukur II, manakala pasukan juruaudit yang terlibat terdiri daripada Sr Norhanini binti Mamat, Encik Mohd Fathil bin Mohd Mustafa dari JUPEM Pahang dan Encik Mohd Nazli bin Yaacob dari JUPEM Kelantan.

Pelaksanaan audit dimulakan di Ibu Pejabat JUPEM Terengganu pada 5 April 2026, diikuti dengan Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah pada 6 April 2026, Pejabat Ukur Daerah Terengganu Utara pada 7 April 2026 seterusnya Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan pada 8 April 2026. Sesi penutup dijalankan di Ibu Pejabat JUPEM Terengganu pada 9 April 2026.

Pihak JUPEM Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat sepanjang pelaksanaan audit ini.

Semoga pelaksanaan audit ini dapat mengenal pasti kelemahan atau ketidakpatuhan jika ada dalam usaha memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan JUPEM yang berkualiti, cekap dan berintegriti.

:2015

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 | 𝟕 – 𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔Sesi liba...
09/04/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 | 𝟕 – 𝟖 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sesi libat urus dan gerak kerja pelaksanaan aktiviti pemetaan di JUPEM Negeri bagi zon timur telah selesai dilaksanakan pada 7 hingga 8 April 2028 di Tingkat 8, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu. Seramai 18 orang Peserta dari JUPEM Negeri Zon Timur iaitu JUPEM Pahang, JUPEM Kelantan, JUPEM Terengganu telah menghadiri sesi kali ini.

Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan selaku urusetia. Pada sesi kali ini, Bahagian Kadaster telah menyampaikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti Pemetaan yang telah dan akan dijalankan di Jupem Negeri. Selain itu, Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung juga telah menyampaikan taklimat aktiviti UAS dan Pelaksanaan GDAS, Bahagian Pemetaan Utiliti telah menyampaikan taklimat aktiviti Utiliti, Bahagian Ukur Geodetik telah menyampaikan taklimat Penyelenggaraan Tanda Rujukan dan Cerapan Hilal, dan Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara telah menyampaikan Penerangan berkenaan MyGeoserve. Peserta telah didedahkan tentang maklumat pelaporan aktiviti pemetaan dan fungsi MyGeoserve.

Tahniah kepada peserta yang telah menunjukkan kesungguhan dan fokus yang tinggi dalam mempertingkatkan kefahaman berkaitan Sesi Libat Urus dan Gerak Kerja. Pameran MyGeoserve juga diadakan sepanjang taklimat ini iaitu di pintu masuk utama Bangunan Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 (𝐉𝐓𝐁) | 𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔Satu Sesi Perbincangan teknikal Bersama Juruuk...
06/04/2026

𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 (𝐉𝐓𝐁) | 𝟓 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔

Satu Sesi Perbincangan teknikal Bersama Juruukur Tanah Berlesen (JTB) telah diadakan pada 5 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 8 Wisma Pesekutuan Kuala Terengganu.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh LSr Siti Zainun binti Mohamad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu, dan turut melibatkan kedua-dua Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, Penolong Pengarah Ukur Seksyen Pangkalan Data Ukur Kadaster serta tiga orang kakitangan Cawangan Semakan Kualiti. Pihak Juruukur Tanah Berlesen (JTB) p**a diwakili oleh YB Senator Dato’ LSr Haji Mohd Apandi bin Haji Mohamad, Pengerusi Jurukur Teguh Sdn. Bhd. dan LSr Haji Abd. Razak bin Muda, Pengerusi, East Coast Surveyors (M) Sdn. Bhd.

Perbincangan ini diadakan bagi mencari penyelesaian isu fail kerja pengukuran yang dilaksanakan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB), mengenal pasti punca permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kerja ukur dan merangka penyelesaian yang komprehensif, praktikal dan tuntas bagi memastikan pematuhan kepada spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan.

Perbincangan dijalankan dalam suasana profesional, harmoni dan konstruktif. Kedua-dua pihak telah memberikan komitmen tinggi bagi menyelesaikan isu teknikal yang dibangkitkan. Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan meliputi aspek prosedur kerja, dokumentasi serta pematuhan teknikal. Diakhir perbincangan, kata sepakat telah dicapai bagi tindakan susulan yang akan dilaksanakan secara bersama antara JTB dan JUPEM Terengganu.

Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala
20578

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096221144

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUPEM TERENGGANU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share