Cuepacs Negeri Terengganu

Cuepacs Negeri Terengganu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam

alhamdulillah.. terima kasih PMX
20/07/2026

alhamdulillah.. terima kasih PMX

Oleh: Farah Nabilah Wazer KAJANG: Kerajaan akan meneliti semula proses kenaikan pangkat penjawat awam, khususnya bagi kategori yang mengambil masa terlalu lama bagi memastikan kebajikan golongan berkenaan terus diperkasa dan dipelihara. Perdana Me...

Primula Beach Resort : 12 Julai 2026. CUEPACS Negeri Terengganu diberi peluang dalam pelaksanaan Program Pemantapan Prof...
12/07/2026

Primula Beach Resort : 12 Julai 2026. CUEPACS Negeri Terengganu diberi peluang dalam pelaksanaan Program Pemantapan Profesionalisme & Tadbir Urus Pegawai Kastam 2026 anjuran Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Cawangan Terengganu. CUEPACS Negeri Terengganu telah diwakili oleh Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS Negeri dan En. Saufian bin Ngah, Setiausaha CUEPACS Negeri. Program telah dirasmikan oleh En. Rosli bin Zakaria, Pengarah JHEKS Terengganu/ Kelantan.

Majlis diteruskan dengan Program Sahsiah Diri JKDM Terengganu bertempat di Paya Bunga Square yang turuh dihadiri oleh En. Mohd Hafizzuddin Fahmi bin Abdullah, Ketua Belia, CUEPACS Negeri.

Tahniah kepada kepimpinan KPKSM Cawangan Terengganu yang berjaya menjalankan program tersebut dengan jaya dan cemerlang.



UMT : 11 Julai 2026. Cuepacs Negeri Terengganu diberi peluang dalam pelaksanaan Seminar Pendidikan Kejururawatan sempena...
11/07/2026

UMT : 11 Julai 2026. Cuepacs Negeri Terengganu diberi peluang dalam pelaksanaan Seminar Pendidikan Kejururawatan sempena Mesyuarat Agung TriTahunan MNU Cawangan Terengganu. CUEPACS Negeri Terengganu telah diwakili oleh Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS Negeri dan En. A. Razak bin Mamat, Bendahari CUEPACS Negeri. Tahniah kepada kepimpinan MNU Cawangan Terengganu yang berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Sesi 2026 - 2029 dengan jaya dan cemerlang.



Cuepacs Negeri Terengganu  telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tri Tahunan KKUUiTM Cawangan Terengganu Kal...
01/07/2026

Cuepacs Negeri Terengganu telah menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tri Tahunan KKUUiTM Cawangan Terengganu Kali Ke-31. Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi dan TC Mohamad Kamal Izani bin Sulaiman, Timbalan Pengerusi telah hadir ke majlis yang telah disempurnakan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Ermeey Abd. Kadir, Rektor UiTM Cawangan Terengganu. Turut hadir ialah Sdr Shahizan bin Said, Presiden KKUUiTM serta pegawai utama KKUUiTM.


25/06/2026

Terbaik

25/06/2026

Tahniah Anak Terengganu mengharumkan Malaysia di mata dunia....

Cuepacs Terengganu mengucapkan TAHNIAH kepada semua kesatuan yang berjaya menerima Geran PHEKS, Tahniah semula
23/06/2026

Cuepacs Terengganu mengucapkan TAHNIAH kepada semua kesatuan yang berjaya menerima Geran PHEKS, Tahniah semula


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana ...
15/06/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama menyambut Maal Hijrah 1448H pada tahun ini.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini, iaitu "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati" amat bertepatan dengan peranan kita sebagai penjawat awam. Hijrah bukanlah sekadar mengubah kalendar, tetapi menuntut satu transformasi minda, integriti, dan lonjakan paradigma dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.

Sebagai nadi penggerak pentadbiran, CUEPACS Terengganu sentiasa komited dalam membela nasib dan memperjuangkan kebajikan warga kerja perkhidmatan awam. Semangat hijrah ini harus kita terjemahkan melalui peningkatan disiplin diri, memantapkan nilai integriti, dan bekerja dengan penuh dedikasi tanpa mengira cabaran.

Marilah kita jadikan peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai sumber inspirasi untuk terus berhijrah ke arah yang lebih positif, cemerlang, dan berdaya saing. Semoga tahun 1448H ini membawa seribu keberkatan, kesejahteraan, dan kejayaan yang berterusan buat kita semua.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pengerusi dan Barisan Kepimpinan
CUEPACS Negeri Terengganu

CUEPACS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua JK dan kesatuan gabungan yang terlibat. ...
25/05/2026

CUEPACS Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua JK dan kesatuan gabungan yang terlibat. Semoga perayaan kali ini dipermudahkan segala urusan dan sahabat yang terlibat mendapat Haji Mabrur. Aminnnn

Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua pekerja-pekerja yang ti...
30/04/2026

Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua pekerja-pekerja yang tidak jemu mencurahkan khidmat bakti kepada majikan masing-masing.



Address

Kuala

Telephone

+60179289106

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuepacs Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cuepacs Negeri Terengganu:

Shortcuts

Share