Amanah Kuala Selangor

Amanah Kuala Selangor Parti Amanah Negara Kawasan Kuala Selangor

Pakatan Harapan (PH) dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga bekerjasama dengan PH untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang kuat. Amanah Kuala Selangor berfungsi sebagai barisan hadapan Pakatan Harapan untuk membela rakyat berdepan dengan kepincangan kerajaan dan memberi

harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang. Amanah Kuala Selangor akan terus meningkatkan gerak kerja dan aktiviti untuk mempromosikan Parti Amanah Negara (AMANAH) di daerah Kuala Selangor (khususnya) dan Malaysia (amnya)

31/07/2026

Menjawab Dr. Akmal: Skim Ponzi Dinaungi UMNO-BN Adalah Bentuk ‘Sakau’ Paling Pahit Dalam Sejarah Tabung Haji

“Siapa orang politik UMNO yang terlibat dan dikatakan sakau?”

Itu soalan Dr. Akmal.

Mungkin bagi Dr. Akmal, ‘sakau’ hanya berlaku kalau ada ahli politik keluar dari pejabat Tabung Haji (TH) sambil memegang guni berisi wang tunai.

Tetapi dalam tadbir urus kewangan, kita tak boleh lihat soal amanah semudah itu. Meletakkan masa depan simpanan umat Islam dalam bahaya demi kelangsungan politik juga satu bentuk ‘sakau’ yang jahat dan tidak bertanggungjawab.

Jadi, mari kita jawab satu persatu dengan fakta.

1. Bayar Dividen Guna Duit Deposit Adalah ‘Skim Ponzi Berlesen’

Dr. Akmal tanya, adakah pemberian dividen tinggi dianggap sakau?

Ya, apabila dividen itu dibayar menggunakan duit simpanan pendeposit sendiri demi kepentingan PRU.

Di bawah Seksyen 22(3) Akta Tabung Haji 1995, TH dilarang mengagihkan hibah atau dividen sekiranya nilai asetnya lebih rendah daripada jumlah liabiliti.

Tetapi pada 2017, beberapa bulan sebelum PRU-14, dividen tinggi tetap diumumkan sedangkan TH berada dalam keadaan defisit liabiliti.

Jadi persoalannya bukan sama ada rakyat dapat dividen atau tidak. Persoalannya, duit itu datang dari mana?

Apabila duit simpanan rakyat digunakan untuk dibayar semula kepada rakyat sebagai “untung” sehingga memberi gambaran bahawa TH berada dalam keadaan baik, itulah perakaunan kreatif (creative accounting).

Itu bukan sedekah atau murah hati. Itu Skim Ponzi yang menggadaikan ketahanan kewangan TH demi undi.

2. Pusingan Hujah Audit: Mengadu Domba JAN vs PwC

Kemudian Dr. Akmal tanya:

“Kita nak percaya audit yang mana satu?”

Jangan alihkan isu dengan melagakan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan PwC atau EY.

JAN mengaudit penyata kewangan berdasarkan dokumen dan kaedah yang disajikan oleh pentadbiran TH ketika itu, berdasarkan kos sejarah.

Apabila audit forensik dilakukan oleh pengaudit antarabangsa PwC dan EY mengikut piawaian kewangan MFRS, didedahkan bahawa pentadbiran TH ketika itu menyembunyikan kerugian susut nilai aset (impairment losses) bernilai berbilion ringgit.

JAN tidak salah. Yang menjadi persoalan ialah pentadbiran TH zaman UMNO-BN yang memanipulasi cara perakaunan untuk menutup lubang defisit.

Itu dua perkara yang berbeza. Jangan dicampuradukkan untuk mengelirukan rakyat.

3. “Siapa Orang Politik Terlibat?”

RCI sendiri dah jawab.

Dr. Akmal bertanya seolah-olah ahli politik UMNO-BN langsung tidak mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku.

Kalau benar orang politik langsung tidak bersalah dan masalahnya hanya kelemahan pegawai TH, kenapa antara syor utama dan paling kritikal dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ialah:

MENGHARAMKAN AHLI POLITIK DARIPADA DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH TABUNG HAJI.

Dan siapa yang mempengerusikan Lembaga Pengarah TH ketika keputusan perakaunan kreatif dan agihan dividen tidak mampan ini diluluskan?

Ahli Parlimen UMNO-BN.

RCI sendiri mengiktiraf bahawa campur tangan dan kepentingan politik adalah akar umbi kepada malapetaka kewangan TH.

Hentikan Spin. Hentikan perbuatan mengelirukan rakyat. Hormati Duit Jemaah Haji.

Jangan samarkan kegagalan tadbir urus dan manipulasi akaun TH zaman UMNO-BN sebagai “kebajikan untuk jemaah”.

Tabung Haji dibina daripada simpanan jutaan umat Islam yang mengumpul duit ringgit demi ringgit untuk menunaikan rukun Islam kelima. Bukan untuk dijadikan tabung gula-gula pilihan raya mana-mana parti.

Curi duit secara fizikal itu sakau cara lama.

Gali lubang, tutup lubang akaun TH demi PRU? Itu ‘Sakau 2.0’.

Berhentilah memutar belit kenyataan, Dr. Akmal. Laporan RCI dah terbentang, dan sejarah telah merakamkan UMNO-BN yang menggadaikan amanah umat Melayu Islam.


27/07/2026
25/07/2026


20/07/2026
18/07/2026
11/07/2026
10/07/2026
09/07/2026

𝐆𝐫𝐚𝐧𝐝 𝐅𝐢𝐧𝐚𝐥𝐞

𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗘 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡, 𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡

📅 Jumaat | 10 Julai 2026
🕢 07:45 Malam
📍 Tempat : Bersebelahan KWSP Pasir Gudang
https://maps.app.goo.gl/QWmEvqS3J81Xn47s6

🎤 𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒓𝒂𝒎𝒂𝒉 𝑼𝒕𝒂𝒎𝒂
* YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim
* ⁠YB Datuk Seri Mohamad Sabu
* ⁠YB Anthony Loke

𝐓𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐦𝐩𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧-𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧



Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Kuala Selangor:

Shortcuts

Share