Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
NEGERI TERENGGANU Dikemaskini 5 Januari 2021

AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969 PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO 2) 2004 seperti WARTA KERAJAAN Jilid 48, no. 13 bertarikh 24 Jun 2004

menyenaraikan tanggungjawab JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN (kini dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar)


1) Mengawal, mencegah, dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
2) Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
3)

Pemeriksaan daging, susu, telur, makanan haiwan,rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
4) Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil haiwan dan perkhidmatan kuarantin.
5) Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
6) Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan awam veterinar.
7) Penyelidikan penyakit haiwan, dan sumber genetik haiwan.
8) Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐”๐’๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐ˆ๐๐€๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”YB Dato' Dr. A...
05/08/2026

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐”๐’

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ˆ๐๐Ž๐•๐€๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐ˆ๐๐€๐‘ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

YB Dato' Dr. Azman bin Ibrahim - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu meluangkan masa meraikan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pertandingan Inovasi Veterinar Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Turut hadir sama YBrs. Dr. Anun binti Man - Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Pasukan Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu kembali membawa piala Anugerah Kecemerlangan Inovasi Veterinar Peringkat Kebangsaan buat kali ketiga tahun berturut-turut.

Dua daripada projek inovasi jabatan dianugerahkan Johan (Smart Portable Travis For Goat) dan Naib Johan (Felisave-X: Sistem Kekangan dan Timbangan Kucing Pintar).

UKK DVS TERENGGANU

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐”๐“๐‚๐‡๐„๐‘๐˜ (๐’๐„๐๐ˆ ๐Š๐„๐‘๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐†๐ˆ๐๐†)Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah be...
05/08/2026

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐”๐“๐‚๐‡๐„๐‘๐˜
(๐’๐„๐๐ˆ ๐Š๐„๐‘๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐†๐ˆ๐๐†)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Butchery (Seni Keratan Daging) yang disertai oleh 20 orang peserta Program Agropreneur NextGen.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Asyif bin Azlan daripada HAQIQAT, yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan teknik asas seni keratan daging. Para peserta didedahkan kepada penggunaan peralatan yang betul, teknik menghasilkan keratan komersial, pengendalian daging yang selamat dan bersih, serta amali pemotongan bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam bidang pemprosesan daging.

Melalui kursus ini, peserta berpeluang menambah ilmu dan kemahiran praktikal yang dapat diaplikasikan dalam perusahaan masing-masing, sekali gus membantu menghasilkan produk bernilai tambah serta meningkatkan daya saing dalam industri agromakanan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Muhammad Asyif bin Azlan di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Diharapkan jalinan kerjasama seperti ini akan terus diperkukuh dalam usaha melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan sektor penternakan negara.

UKK DVS TERENGGANU

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐–๐ˆ๐’๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐ˆ๐Œ๐€๐๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐—๐—๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabatan Per...
05/08/2026

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐–๐ˆ๐’๐Œ๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‹ ๐ˆ๐Œ๐€๐

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐—๐—๐ˆ๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah dilantik sebagai Jabatan Angkat Sukan Petanque bagi Kontinjen SUKMA Terengganu sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Di Dewan Besar, Wisma Darul Iman pada hari ini telah berlangsung majlis penyerahan bendera kontinjen kepada semua pengurus pasukan. YBrs Dr. Anun binti Man - Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu bersama pegawai jabatan turut hadir sama memberikan sokongan dan berpeluang beramah mesra dengan atlet-atlet dan pengurusan pasukan petanque.

Pasukan petanque menyasarkan sekurang-kurangnya pingat 1 emas , 2 perak dan 3 gangsa pada edisi kali ini. "Pergi dengan harapan, pulang membawa kejayaan" , bersama-sama kita doakan agar adik-adik semua dapat memberikan semangat juang yang tinggi demi nama Negeri Terengganu Darul Iman ! Terengganu Nelang !

UKK DVS TERENGGANU

๐Ÿ’ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐‹๐€๐’๐€)๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐‡๐€๐Œ๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐€๐๐†-๐”๐๐ƒ๐€๐๐† ๐„๐๐€๐Š๐Œ๐„๐ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐๐†๐†๐€๐’ (๐„๐๐”)Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri...
04/08/2026

๐Ÿ’ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐„๐‹๐€๐’๐€)

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐‡๐€๐Œ๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐€๐๐†-๐”๐๐ƒ๐€๐๐† ๐„๐๐€๐Š๐Œ๐„๐ ๐๐„๐‘๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐”๐๐†๐†๐€๐’ (๐„๐๐”)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu pada hari ini telah mengadakan satu kursus khas untuk pegawai dan kakitangan jabatan yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seluruh Negeri Terengganu.

Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah sebagai langkah memperkasakan lagi pemahaman dikalangan pegawai dan kakitangan jabatan berhubung Undang-Undang Enakmen Perladangan Unggas. Turut hadir bersama YBrs. Dr. Anun binti Man - Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Untuk makluman Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Terengganu) 2015 mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

UKK DVS TERENGGANU

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pavilion Terengganu Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr. Azman bin Ibrahim, Pe...
03/08/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pavilion Terengganu Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu pada hari ini di Maeps, Serdang.

Jumpa kami di Pavilion Terengganu sempena MAHA 2026 !

๐Ÿ“ Hari Ketiga (30/7/2026) | Hari Inovasi DVS 2026Hari terakhir Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) 2026 me...
03/08/2026

๐Ÿ“ Hari Ketiga (30/7/2026) | Hari Inovasi DVS 2026

Hari terakhir Hari Inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, menampilkan kemuncak kepada tiga hari perkongsian idea, kreativiti dan kecemerlangan inovasi.

Sesi pagi diteruskan dengan pembentangan terakhir bagi *Kategori Industri (Produk)* yang melibatkan 4 kumpulan daripada pihak industri. Pembentangan ini melengkapkan keseluruhan pertandingan inovasi yang menghimpunkan pelbagai penyelesaian dan produk inovatif bagi menyokong pembangunan sektor veterinar dan industri penternakan.

Pada sebelah petang, berlangsung *Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi DVS 2026* yang telah disempurnakan oleh:

*YBhg. Dato' Sri Norazman bin Ayob*
*Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan*

Majlis turut menyaksikan:
๐Ÿ† Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi lima kategori pertandingan inovasi.
๐ŸŒŸ Penyampaian Anugerah Khas Pesona Bitara, Tokoh Inovator Cemerlang dan Pengkomersialan Inovasi Veterinar.
๐ŸŽฌ Tayangan montaj yang merakamkan sorotan sepanjang Hari Inovasi DVS 2026.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang telah diraih. Syabas juga kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan dan berkongsi idea serta inovasi masing-masing. Penyertaan dan komitmen anda mencerminkan semangat untuk terus memperkasa budaya inovasi dalam bidang perkhidmatan veterinar.

Semoga Hari Inovasi DVS terus menjadi platform yang menyemarakkan budaya penyelidikan, kreativiti dan inovasi ke arah merealisasikan tema "Inovasi Bersama, Perkhidmatan Diperkasa."

๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€ Tahniah dan syabas kepada semua ahli pasukan inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Ter...
30/07/2026

๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐๐”๐“๐‘๐€๐‰๐€๐˜๐€

Tahniah dan syabas kepada semua ahli pasukan inovasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu yang berjaya membawa kembali piala Anugerah Kecemerlangan Inovasi Veterinar buat kali ketiga tahun berturut-turut.

Dua daripada projek inovasi jabatan dianugerahkan Johan (Smart Portable Travis For Goat) dan Naib Johan (Felisafe-X:Sistem Kekangan & Timbangan Kucing Pintar) bagi Kategori Teknologi.

Manakala bagi Kategori Inovasi Industri (Produk):Susu Kambing UHT Herba daripada syarikat Tenox Agrobusiness (M) Sdn. Bhd. mendapat tempat ketiga.

UKK DVS TERENGGANU

๐‰๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ค๐ž๐ง๐š๐ง๐ Sekalung penghargaan dan ucapan selamat bersara kepada YB Datoโ€™ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak  yang me...
30/07/2026

๐‰๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ค๐ž๐ง๐š๐ง๐ 

Sekalung penghargaan dan ucapan selamat bersara kepada YB Datoโ€™ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak yang menamatkan khidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu.

Warga kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' di atas segala khidmat bakti selama ini. Kami sentiasa mendoakan YB Dato' dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T.

Selamat Bersara YB Dato'.

30/07/2026

Tema: Inovasi Bersama, Perkhidmatan Diperkasa Saksikan secara langsung Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi DVS 2026 yang menghimpunkan inovasi, kreativiti dan penyelidikan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan veterinar negara. Majlis akan disempurnakan oleh: YBhg. Dato' Sri Norazman bin Ayob Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Sepanjang majlis, turut diadakan: ๐Ÿ† Penyampaian hadiah kepada pemenang setiap kategori pertandingan inovasi. ๐Ÿ… Penyampaian Anugerah Khas. ๐ŸŽฌ Tayangan montaj sorotan Hari Inovasi DVS 2026. Terima kasih kepada semua peserta, panel penilai, urus setia serta rakan strategik yang telah menjayakan Hari Inovasi DVS 2026. "Inovasi Bersama, Perkhidmatan Diperkasa."

Sekalung tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Rosli bin Latif atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu. Ikh...
29/07/2026

Sekalung tahniah kepada YBhg. Dato' Haji Rosli bin Latif atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu. Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

UKK DVS TERENGGANU

Address

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu, Peti Surat 203
Kuala
20720

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu:

Shortcuts

Share