Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus kualanerustourism.my (Pelancongan dan Kebudayaan Kuala Nerus) Government organisation

π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€Pejabat Tanah Kuala Nerus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat ...
03/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„π‘π“π”πŠπ€π‘ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€

Pejabat Tanah Kuala Nerus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat maju jaya kepada

𝐏𝐔𝐀𝐍 π„π‘πŒπ€ π’π”π™πˆπ€ ππˆππ“πˆ 𝐀𝐁𝐃 π‘π€π‡πŒπ€π

𝐏𝐞𝐧𝐨π₯𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 π“πšππ›π’π« 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐧
(ππžπ§π­πšππ›π’π«πšπ§ 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧)

atas pertukaran beliau ke Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

Sekalung penghargaan diucapkan atas segala komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di Pejabat Tanah Kuala Nerus.

Semoga Puan Erma Suzia terus maju jaya, cemerlang dan dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.

𝟏 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | π‡π€π‘πˆ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ„πŒππ€π“π€π/π€π“π“π€π‚π‡πŒπ„ππ“ πŠπƒπ˜πŒπŒ ππ„πŒπ€ππ†πŠπ” 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πƒπˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀...
01/09/2026

𝟏 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | π‡π€π‘πˆ π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ„πŒππ€π“π€π/π€π“π“π€π‚π‡πŒπ„ππ“ πŠπƒπ˜πŒπŒ ππ„πŒπ€ππ†πŠπ” 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πƒπˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒

Tanggal 1 September 2026 merupakan hari terakhir warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu setelah baginda menyempurnakan Program Penempatan/Attachment yang telah bermula pada 23 Februari 2026 yang lalu.

Sebagai tanda kenangan, baginda berkenan untuk merakamkan sesi fotografi bersama Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus serta seluruh warga kerja PDTKN mengikut unit.

Baginda turut berkenan menandatangani plak kenangan serta menerima persembahan cendera kenangan sebelum menyempurnakan sesi clock out hari terakhir di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus serta seluruh warga kerja PDTKN dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu atas kesudian mencemar duli turun padang bagi menimba pengetahuan dan pengalaman terutama dari aspek pentadbiran di peringkat daerah sepanjang tempoh penempatan. Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua jabatan dan agensi yang turut berganding bahu dalam menjayakan Program Penempatan/Attachment KDYMM Pemangku Raja Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Daulat Tuanku

𝟏 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ†π”π‘ππˆπ€π€π πƒπŽπŠπ”πŒπ„π π‡π€πŠπŒπˆπ‹πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππŽπ‘π€ππ† πŸ“π€ 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ„π‹πŽπŒππŽπŠ (𝐑𝐓𝐁) 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇...
01/09/2026

𝟏 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ†π”π‘ππˆπ€π€π πƒπŽπŠπ”πŒπ„π π‡π€πŠπŒπˆπ‹πˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π ππŽπ‘π€ππ† πŸ“π€ 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ„π‹πŽπŒππŽπŠ (𝐑𝐓𝐁) 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu, telah berkenan berangkat dan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Dokumen Hakmilik bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mengabang Bakong, Batu Rakit serta penyerahan Borang 5A bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Bukit Berangan, Tepoh, Daerah Kuala Nerus.

Majlis penuh bermakna tersebut telah berlangsung di Dewan Cenderawasih, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Turut hadir ialah:

β€’ YB Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh;

β€’ YBM Sahibus Samahah Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Dato’ M***i Negeri Terengganu;

β€’ YB Haji Khazan bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir;

β€’ YB Sr. Haji Zaharudin bin Zahid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal;

β€’ YB Haji Mohd Shafizi bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit;

β€’ YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak, Ahli Parlimen Kuala Nerus;

β€’ YBrs. Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pentadbir Tanah Kuala Nerus; dan

β€’ YBrs. Encik Nasran bin Abd Halim, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus.

Seramai 53 orang peserta bagi RTB Bukit Berangan telah menerima Borang 5A, dan seramai 100 orang peserta bagi RTB Mengabang Bakong telah menerima Dokumen Hakmilik.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyelesaikan urusan pemilikan tanah serta menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Setinggi-tinggi menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu untuk berangkat dan menyempurnakan majlis ini.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima serta setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.





𝟏 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | π’π„π’πˆ ππ„π‘π’π„πŒππ€π‡π€π π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ”πŒππ”π‹π€π πˆππŽπ•π€π“πˆπ… & πŠπ‘π„π€π“πˆπ… (𝐊𝐈𝐊) 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒KDYMM Tengku Mu...
01/09/2026

𝟏 π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” | π’π„π’πˆ ππ„π‘π’π„πŒππ€π‡π€π π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ πŠπ”πŒππ”π‹π€π πˆππŽπ•π€π“πˆπ… & πŠπ‘π„π€π“πˆπ… (𝐊𝐈𝐊) 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒

KDYMM Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu telah berkenan mencemar duli bagi mendengar persembahan taklimat daripada pasukan KIK Pejabat Daerah Kuala Nerus yang telah disampaikan oleh YM Tengku Mohd Hafiz bin Tengku Heng selaku Ketua Kumpulan.

Dalam sesi taklimat tersebut, baginda telah diberikan penerangan berkenaan inovasi SPARKIT yang telah dibangunkan oleh ahli kumpulan bertujuan meningkatkan kecekapan pelaksanaan proses kerja di lapangan dengan kaedah kerja yang lebih selamat serta menjimatkan masa, tenaga dan kos. Selain itu, baginda dipersembahkan simulasi kaedah kerja secara konvensional dan penambahbaikan setelah inovasi di samping keberhasilan utama yang telah dicapai.

Seterusnya, KDYMM Pemangku Raja Terengganu juga berkenan melihat dengan lebih dekat tatacara pengoperasian produk inovasi SPARKIT dan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada ahli kumpulan atas inovasi yang telah dibangunkan.
Turut hadir bersama dalam sesi taklimat tersebut ialah Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli serta pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Daerah Kuala Nerus.

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu atas perkenan dan sokongan berterusan terhadap inisiatif meningkatkan produktiviti dan memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

01/09/2026
πŸ‘πŸ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“...
31/08/2026

πŸ‘πŸ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒 π’π„πŒππ„ππ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Sekitar suasana Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu yang telah berlangsung dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus turut serta dalam perarakan bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform (Bertanding).

Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan urus setia PDTKN!




πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡ΎMarilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperku...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ€π‹πˆ πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai keamanan serta kemakmuran yang telah kita kecapi.

Semoga Malaysia terus maju, aman dan sejahtera, dengan rakyat yang bersatu hati serta sentiasa menjunjung semangat cintakan negara.

π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚ 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑡𝑰: 𝑲𝒆𝒔𝒆𝒋𝒂𝒉𝒕𝒆𝒓𝒂𝒂𝒏 π‘«π’Šπ’π’Šπ’Œπ’Žπ’‚π’•π’Š".

Ikhlas daripada
Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli
Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus
serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus

πŸ‘πŸŽ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒Majlis Amanat dan Sesi Peny...
30/08/2026

πŸ‘πŸŽ πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ”π€π‹π€ 𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒

Majlis Amanat dan Sesi Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus. Majlis ini dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan PDTKN, peserta perbarisan dan urus setia perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Nerus. Seterusnya sesi penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen PDTKN, Encik Mohamad Rhadzzil bin Razali dan gimik penyampaian pakaian perarakan kepada Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus.

Marilah bersama-sama hadir menyaksikan sambutan sebenar pada *31 Ogos 2026* esok di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.



πŸπŸ— πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | π‘π€ππ“π€πˆ ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔Sekitar suasana Raptai Perarak...
29/08/2026

πŸπŸ— πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” | π‘π€ππ“π€πˆ ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Sekitar suasana Raptai Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus turut serta dalam perarakan bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform (Bertanding).

Marilah bersama-sama hadir menyaksikan sambutan sebenar pada *31 Ogos 2026* di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.



26/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING | PENUTUPAN SEMENTARA BAYARAN ONLINE

Dimaklumkan bahawa bayaran online bagi urusan yang terlibat dengan pelaksanaan Kadar Baharu Bayaran Pejabat (Office Fee) – Fasa 2 akan ditutup buat sementara waktu bermula 25 sehingga 31 Ogos 2026.

πŸ’³ Kadar baharu bayaran pejabat (Office Fee) Fasa 2 akan berkuat kuasa pada 1 September 2026.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai urusan berkaitan pembayaran adalah dinasihatkan untuk merancang dan membuat urusan pembayaran lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penutupan sementara bayaran online.

πŸ“Œ Sila rujuk infografik untuk maklumat lanjut mengenai urusan yang terlibat.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Address

Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah Kuala Nerus
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

096664000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share