11/06/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ญ๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐ง ๐๐๐ก๐ง๐จ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐๐๐ก
HULU TERENGGANU, 10 Jun 2026 - MARA Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat MARA Daerah Hulu Terengganu terus komited dalam memperkasa usahawan Bumiputera melalui penganjuran Program BizStart : Permulaan Strategik Usahawan Kompeten Siri 04/2026 pada 9 hingga 10 Jun 2026 bertempat di Serai Cottage Kuala Berang.
Program intensif selama dua hari ini telah disertai oleh 15 orang usahawan daripada pelbagai industri. Antara objektif program ini adalah untuk membina asas perniagaan yang kukuh, mampan dan berdaya tahan dalam menghadapi landskap ekonomi yang semakin mencabar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan elemen penting dalam pengurusan perniagaan merangkumi tadbir urus perniagaan, pengurusan kewangan strategik, pendigitalan perniagaan serta kawalan kredit yang efektif sebagai persediaan membangunkan perniagaan yang lebih tersusun dan kompetitif.
Program ini dikendalikan oleh Encik Mohd Tajul Rizal bin Ab Aziz, Ketua Penolong Pengarah (Pembiayaan Perniagaan), Encik Mohd Yaziddi bin Mat Amin, Pegawai MARA Daerah Besut, Encik Mohd Firman bin Mohd Fakri, Pegawai MARA Daerah Marang, Encik Mohamad Syafiq bin Mohamad, Pegawai MARA Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd Asri bin Mohd Azhar, Pensyarah Keusahawanan TVETMARA Kemaman serta Encik Wan Azrul bin Wan Mahmud, Penolong Pegawai Kawalan Kredit dan Penguatkuasaan, Unit Kawalan Kredit.
Sesi Libat Urus telah disempurnakan oleh Puan Norharyati binti Saat, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Usahawanan) MARA Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Mohd Rahim bin Hamat, Ketua Unit Infrastruktur Komersial MARA Negeri Terengganu, Puan Nur Aini binti Ahmad dan Encik Mukhlis bin Abdul Aziz.