Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu π—œπ—‘π—™π—’π—₯π— π—”π—¦π—œ π—žπ—˜π—•π—’π— π—•π—”π—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯π—žπ—œπ—‘π—œ 𝗗𝗔π—₯π—œπ—£π—”π——π—” π—•π—”π—Ÿπ—”π—œ 𝗕𝗒𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia pada 25 Julai 2026 ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyeru seluruh m...
25/07/2026

Sempena Hari Pencegahan Kelemasan Sedunia pada 25 Julai 2026 ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di sungai, tasik, pantai, kolam dan kawasan banjir.

Gunakan jaket keselamatan apabila perlu, awasi kanak-kanak setiap masa, elakkan berenang bersendirian serta kenal pasti kedalaman dan arus air sebelum memasuki kawasan berair.

Jauhi lokasi berbahaya dan hubungi talian 999 sekiranya berlaku kecemasan. Ingat, air membawa kegembiraan, namun keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

Bersama cegah lemas, lindungi nyawa demi keluarga, rakan-rakan dan komuniti yang lebih selamat sepanjang masa.

Terima kasih atas jemputan dan sokongan pihak Akademi Perikanan Malaysia Chendering dalam menjayakan program Ceramah Kes...
19/07/2026

Terima kasih atas jemputan dan sokongan pihak Akademi Perikanan Malaysia Chendering dalam menjayakan program Ceramah Keselamatan Kebakaran.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta kesiapsiagaan kakitangan dalam mencegah kebakaran dan bertindak dengan betul sekiranya berlaku kecemasan.

"Pencegahan Kebakaran Adalah Tanggungjawab Bersama."



15/07/2026
UCAPAN TAHNIAHKetua Balai dan Seluruh Warga Kerja Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu merakamkan setinggi-tinggi...
15/07/2026

UCAPAN TAHNIAH

Ketua Balai dan Seluruh Warga Kerja Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAS Tuan Haji Nordin bin Pauzi atas kenaikan pangkat sebagai Penguasa Bomba Gred Utama B serta pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Kenaikan pangkat dan pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap komitmen, kepimpinan, dedikasi serta pengalaman luas YAS sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.

Semoga YAS terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta kecemerlangan dalam memimpin organisasi ke arah yang lebih gemilang, sekali gus memperkasakan perkhidmatan JBPM demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Sekalung Tahniah dan Selamat Menjalankan Amanah.

Ikhlas daripada,
Ketua Balai dan Seluruh Warga Kerja
Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu

13 JULAI 2026-ISNINPERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA BALAI PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI TERENGGAN...
13/07/2026

13 JULAI 2026-ISNIN

PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA BALAI PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI TERENGGANU 2026

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Antara Balai Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu 2026.

Pertandingan ini merupakan platform untuk memperkukuhkan disiplin, keseragaman, semangat berpasukan serta profesionalisme dalam kalangan pegawai dan anggota, di samping memupuk nilai kepimpinan, ketahanan fizikal dan jati diri warga JBPM.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh pegawai dan anggota BBP Kuala Terengganu yang telah memberikan komitmen, dedikasi serta semangat yang tinggi sepanjang sesi latihan dan pertandingan.

Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan yang berterusan serta mengharumkan nama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.


πŸš’ PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN DI HOTEL PERMAI 🏨Program Keselamatan Kebakaran telah dilaksanakan di Hotel Permai bagi m...
05/07/2026

πŸš’ PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN DI HOTEL PERMAI 🏨

Program Keselamatan Kebakaran telah dilaksanakan di Hotel Permai bagi meningkatkan kesedaran dan tahap kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan.
Antara pengisian program ialah: πŸ”₯ Pengenalan kepada Sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran di Bangunan.

🧯 Penerangan mengenai fungsi serta penggunaan peralatan keselamatan kebakaran. ❀️ Pendedahan asas Basic Life Support (BLS) termasuk bantuan awal kecemasan dan teknik CPR.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keselamatan di tempat kerja serta memastikan tindakan yang pantas dan tepat dapat diambil sekiranya berlaku kecemasan.

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M πŸŒ™Ucapan Ikhlas daripada Warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu"Semoga kehad...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M πŸŒ™

Ucapan Ikhlas daripada Warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu
"Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik – memperkukuh keimanan, meningkatkan integriti dalam perkhidmatan, serta terus berbakti dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan negara."
Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dengan memperbaharui azam, mempererat ukhuwah dan mempertingkatkan semangat pengorbanan dalam melaksanakan amanah.
Salam Maal Hijrah 1448H.

Daripada:
πŸš’ Warga Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PBK II Wan Mohamad Huzaimeen bin Mohd Yusoff atas segala j...
06/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PBK II Wan Mohamad Huzaimeen bin Mohd Yusoff atas segala jasa, komitmen dan pengorbanan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Segala sumbangan, pengalaman dan dedikasi yang dicurahkan akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga dan dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan selepas persaraan.

06.06.2026 (SABTU )PROGRAM CSR SENTUHAN KASIH JALINAN KOMUNITI ANJURAN UNISZA ( CERAMAH ALAT PEMADAM API DAN  DEMO KEBAK...
06/06/2026

06.06.2026 (SABTU )

PROGRAM CSR SENTUHAN KASIH JALINAN KOMUNITI ANJURAN UNISZA ( CERAMAH ALAT PEMADAM API DAN DEMO KEBAKARAN API DAPUR) DI KAMPUNG BUKIT PETITI, MANIR

ZIARAH KASIH BBP KUALA TERENGGANU6 Jun 2026 (Sabtu) – Warga BBP Kuala Terengganu telah mengadakan Ziarah Kasih dan menzi...
06/06/2026

ZIARAH KASIH BBP KUALA TERENGGANU

6 Jun 2026 (Sabtu) – Warga BBP Kuala Terengganu telah mengadakan Ziarah Kasih dan menziarahi PBK II Mohd Zamri Bin Yunus yang kehilangan ibu mertuanya akibat sakit tua pada 5 Jun 2026.

Kehadiran pegawai dan anggota BBP Kuala Terengganu adalah sebagai tanda sokongan, kebersamaan dan menyampaikan ucapan takziah kepada beliau serta keluarga. Jenazah telah disembahyangkan di Surau Seberang Marang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang.

Seluruh warga BBP Kuala Terengganu merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah

Address

Jalan Kemajuan, Bukit Kecil
Kuala
20648TERENGGANU

Telephone

+6096234444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share