Fama Negeri Terengganu

Fama Negeri Terengganu PEJABAT FAMA NEGERI TERENGGANU PAGE

03/09/2026
03/09/2026
Senario Harga Agromakanan Negeri Terengganu 3 Sept 2026( Sayur - Sayuran Utama, Buah - Buahan Utama, Ternakan & Barang K...
03/09/2026

Senario Harga Agromakanan Negeri Terengganu 3 Sept 2026

( Sayur - Sayuran Utama, Buah - Buahan Utama, Ternakan & Barang Kering )

Sumber: Unit Maklumat Pasaran Negeri Terengganu Fama

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Faisal Iswardi
Muhamad Fadlee
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Malaysia









01 September 2026 | Selasa | Pejabat FAMA Daerah Marang| Perjumpaan dan Intervensi bersama Pengumpul Buah-Buahan Bermusi...
02/09/2026

01 September 2026 | Selasa | Pejabat FAMA Daerah Marang
| Perjumpaan dan Intervensi bersama Pengumpul Buah-Buahan Bermusim (Duku)

Perjumpaan melibatkan 4 orang pengumpul iaitu 2 orang pengumpul dari Daerah Hulu Terengganu (Kg Sekayu & Durian Bador), seorang dari Daerah Marang (Kg Jerung) dan seorang dari Daerah Kuala Terengganu (Kg Beladau).

Turut hadir mempengerusikan perjumpaan En. Zulfadhli bin Ismail, Pengurus Pusat Operasi FAMA Chendering, Wakil Pegawai FAMA daerah Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu dan Pembantu Ehwal Ekonomi Pusat Operasi FAMA Chendering

Perbincangan melibatkan Anggran pengeluaran, pengurusan masa, harga belian & harga lantai, bayaran, greding, isian kg bakul dan jadual pengungkutan.

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
Muhamad Fadlee
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan











ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π ππ„πŒπ€π“π”π‡π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐏𝐋 πƒπˆ πŠπ”π€π‹π€ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔2 SEPTEMBER 2026 | RABU | KUALA TERENGGANUFAMA Negeri Terengganu ...
02/09/2026

ππ„πŒπ„π‘πˆπŠπ’π€π€π ππ„πŒπ€π“π”π‡π€π 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐆𝐏𝐋 πƒπˆ πŠπ”π€π‹π€ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

2 SEPTEMBER 2026 | RABU | KUALA TERENGGANU

FAMA Negeri Terengganu telah melaksanakan Pemeriksaan Pematuhan Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (GPL) di PTK Chendering, Agro Bazaar Chendering dan Agro Bazaar Permint Jaya, Kuala Terengganu.

Pemeriksaan di PTK Chendering melibatkan pelbagai komoditi antaranya sayur-sayuran, buah-buahan, ulam-ulaman, barangan runcit, ayam proses, daging tempatan, ikan air tawar serta hasil laut.

Sebanyak 5 premis telah diperiksa dan Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) telah dikeluarkan kepada peniaga yang terlibat. Bagi peniaga yang didapati mematuhi peraturan GPL, kenyataan pemeriksaan turut diberikan sebagai tanda pematuhan, di samping peringatan agar peraturan GPL terus dipatuhi secara berterusan.

Bagi KPP yang dibuka, seorang peserta telah diarahkan untuk melengkapkan maklumat yang ditetapkan pada label GPL pada masa pemeriksaan dijalankan.

Selain itu, penerangan dan nasihat turut diberikan kepada para peniaga berkaitan keperluan mempamerkan gred komoditi iaitu Gred Premium, Gred 1 atau Gred 2 bagi memastikan pengguna memperoleh maklumat yang jelas dan tepat mengenai produk yang dipasarkan.

Unit IP Negeri turut memberikan kerjasama dan galakan agar pemeriksaan pematuhan GPL dilaksanakan dengan lebih kerap. Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan bersama di Pasar Tani, PTK dan outlet-outlet FAMA bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan GPL sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan FAMA dalam memastikan kualiti, ketelusan pelabelan serta pematuhan peraturan GPL dipatuhi oleh para peniaga demi melindungi kepentingan pengguna dan memperkukuh integriti rantaian pemasaran hasil pertanian.

"πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 πˆππŠπ‹π”π’πˆπ•πˆπ“πˆ : ππ„πŒπ€π‚π” πŠπ„π‰π€π˜π€π€π"

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
Muhamad Fadlee
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
FAMA Malaysia










31/08/2026

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan memaklumkan pasar tani yang tular itu di Kuala Besut dan tidak melibatkan pasar tani kendalian agensi tersebut.

30/08/2026

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri mengesahkan tidak ada warga asing termasuk etnik Rohingya mendapat tapak perniagaan di pasar tani di seluruh Terengganu.

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fama Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Fama Negeri Terengganu:

Shortcuts

Share