Jpkk Ladang Flat

Jpkk Ladang Flat Pages Rasmi Jpkk Ladang Flat

18/08/2026
19/07/2026

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN MINI KARNIVAL KESEJAHTERAAN RAKYAT TERENGGANU 2026 – DUN LADANG! πŸŽ‰

Ayuh warga DUN Ladang dan seluruh rakyat Terengganu hadir memeriahkan Mini Karnival Kesejahteraan Rakyat Terengganu 2026 yang menghimpunkan pelbagai agensi bagi memberikan perkhidmatan, khidmat nasihat serta manfaat kepada masyarakat.

πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna Bukit Kecil

✨ Pelbagai agensi turut serta antaranya:
βœ… KWSP
βœ… AKPK
βœ… MCMC
βœ… Tabung Pendidikan
βœ… YAPEIM
βœ… Tabung Haji
βœ… TNB
βœ… CelcomDigi
βœ… Takaful Malaysia
βœ… PERKESO
βœ… THRDC dan banyak lagi!

🎁 Istimewa buat pengunjung!
πŸŽ‰ Hadiah menarik untuk 50 peserta terawal
🎁 Cabutan bertuah serta pelbagai hadiah istimewa menanti anda.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai maklumat, khidmat konsultasi dan perkhidmatan secara terus daripada agensi-agensi yang terlibat dalam satu lokasi.

πŸ“’ Jumpa anda di Dewan Serbaguna Bukit Kecil pada 22 Julai 2026!

12/07/2026
Kuliah Maghrib Khas Awal Muharam 1448 disampaikan oleh Yb Tuan Ibrahim Tuan Man
19/06/2026

Kuliah Maghrib Khas Awal Muharam 1448 disampaikan oleh Yb Tuan Ibrahim Tuan Man

16/06/2026

Setiap kali tibanya Maal Hijrah, hati pasti tersentuh untuk melihat kembali perjalanan hidup yang telah dilalui.

Bukan sekadar bertukar angka tahun, tetapi menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperbaharui niat dan melangkah dengan jiwa yang lebih dekat kepada Allah SWT.

Hijrah bukan hanya tentang perpindahan tempat, tetapi hijrah hati daripada lalai kepada sedar, daripada putus asa kepada harapan, dan daripada biasa-biasa kepada insan yang lebih baik daripada semalam.

Semoga tahun baru 1448H membawa keberkatan, ketenangan dan kekuatan buat kita semua untuk terus istiqamah dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Maal Hijrah 1448H.

27/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita sekali lagi diberi kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sesama insan.

Semoga semangat pengorbanan ini terus menyatukan ukhuwah, mengeratkan kasih sayang dan membawa keberkatan buat seluruh masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga DUN Ladang dan seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

26/05/2026

Hari Arafah mengajar kita tentang doa, pengharapan dan pengampunan.

Di saat jutaan dhuyufurrahman sedang bermunajat di Padang Arafah, marilah kita sama-sama mengambil peluang memperbanyakkan doa, istighfar dan amalan terbaik.

Sabda Rasulullah SAW, puasa pada Hari Arafah menjadi asbab penghapusan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengurniakan keampunan serta menjadikan hati-hati kita sentiasa dekat kepada-Nya.

Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H.

12/05/2026

Di sebalik senyuman dan layanan penuh lembut seorang jururawat, ada pengorbanan, kesabaran dan kekuatan yang tidak semua mampu lihat.

Terima kasih kepada seluruh warga jururawat yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam dunia kesihatan, tidak kira siang atau malam, sentiasa setia menjaga dan merawat pesakit dengan penuh kasih sayang dan dedikasi.

Kalian bukan sekadar menjalankan tugas, tetapi membawa harapan dan semangat buat mereka yang sedang diuji.

Semoga segala jasa dan pengorbanan para jururawat sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

Address

17/04 Pangsapuri Ladang Gemilang Fasa II
Kuala
20000

Telephone

+60187634966

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jpkk Ladang Flat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share