AADK Daerah Kuala Terengganu

AADK Daerah Kuala Terengganu

Laman Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu
(1)

18/08/2026
18/08/2026

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.
Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Memang betul, kafein boleh bantu kita pusing sekejap untuk bagi tumpuan. Tapi kalau dah hari-hari 'bergantung' nyawa dengan kopi, kesannya akan terbalik.

Malam kita mula susah nak lelap, badan rasa gelisah, hujung-hujung fokus pun makin melayang. Kadang-kadang, badan kita bukan nak kafein sangat, dia cuma minta rehat yang cukup, air kosong dengan pemakanan yang betul. Sayangi badan dulu, baru kerja pun jalan.

๐Ÿ“Œ Anda p**a macam mana? Jenis 'pantang nampak kopi' atau sekadar minum sekali-sekala?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Program i-PulihPada 17 Ogos 2026 (Isnin), AADK Daerah Kuala Terengganu telah meneruskan pelaksanaan Program i-Pulih deng...
17/08/2026

Program i-Pulih

Pada 17 Ogos 2026 (Isnin), AADK Daerah Kuala Terengganu telah meneruskan pelaksanaan Program i-Pulih dengan memberi penekanan kepada semangat patriotik, gaya hidup sihat serta aktiviti rekreasi sebagai sebahagian daripada proses pemulihan klien.

Bagi pengisian hari ini, aktiviti Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan telah dijalankan bagi menyemai semangat cintakan negara, membina jati diri serta meningkatkan rasa tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

Seterusnya, aktiviti Sukan dan Riadah dilaksanakan bagi menggalakkan gaya hidup aktif serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan klien.

Program diteruskan dengan Early Recovery: Aktiviti Rekreasi bertajuk โ€œRehlah Kepulihanโ€ di Pulau Kapas bersama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) AADK Daerah Kuala Terengganu. Aktiviti ini memberi peluang kepada klien menikmati suasana rekreasi yang positif di samping mengukuhkan hubungan sosial, semangat kerjasama dan sokongan dalam kalangan peserta.

Pelaksanaan aktiviti yang menggabungkan elemen patriotik, kecergasan dan rekreasi ini diharap dapat membantu klien membina keyakinan diri, meningkatkan daya tahan serta kekal positif dalam meneruskan perjalanan kepulihan.

๐Ÿ“ž Sebarang aduan dan pertanyaan:
1-800-22-2235 (AADK Hotline)
019-626 2233 (WhatsApp)
09-631 6126 (AADK Daerah Kuala Terengganu)
https://skuad.aadk.gov.my (Skuad Antidadah)
www.aadk.gov.my




17/08/2026
17/08/2026

1 Hari Lagi!

Ayuh bersama-sama mengikuti Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

๐Ÿ—“๏ธ 18 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•— 8.30 pagi
๐Ÿ“ Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya

Perhimpunan bulanan ini menjadi platform memperkukuh komunikasi, penyampaian amanat serta semangat kebersamaan.




SATU LANGKAH UNTUK BERUBAHKadangkala, perubahan bermula dengan keberanian untuk mengakui masalah dan meminta pertolongan...
16/08/2026

SATU LANGKAH UNTUK BERUBAH

Kadangkala, perubahan bermula dengan keberanian untuk mengakui masalah dan meminta pertolongan. Jangan biarkan rasa takut, malu atau bimbang menghalang anda daripada mendapatkan bantuan. Meluahkan apa yang terbuku di hati adalah langkah pertama untuk memahami masalah dan mencari jalan penyelesaian.

Setiap individu berhak mendapat peluang untuk berubah dan membina kehidupan yang lebih baik. Dapatkan bimbingan serta sokongan daripada pihak yang boleh membantu. Ingatlah, satu langkah kecil hari ini mungkin menjadi permulaan kepada perubahan besar dalam hidup anda.

Sebarang aduan dan pertanyaan:
1-800-22-2235 (AADK Hotline)
019-626 2233 (WhatsApp)
09-631 6126 (AADK Daerah Kuala Terengganu)
https://skuad.aadk.gov.my (Skuad Antidadah)
www.aadk.gov.my




16/08/2026

2 Hari Lagi!

Seluruh warga Kementerian Dalam Negeri dijemput hadir ke Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

๐Ÿ—“๏ธ 18 Ogos 2026 (Selasa)
๐Ÿ•— 8.30 pagi
๐Ÿ“ Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat kebersamaan dan memperkukuh iltizam dalam meneruskan tanggungjawab demi negara.




16/08/2026

Nak tidur nyenyak dan poket sentiasa penuh? Rahsianya mudah, jauhi barang terlarang ๐Ÿšซ Tak ada kos bayaran, tak ada kesan sampingan yang memusnahkan, yang ada cuma masa depan yang lebih cerah. โœจ

Ramai yang ingat jalan pintas (dadah) boleh bagi kebahagiaan, tapi hakikatnya ia cuma 'scam' yang merugikan diri dan keluarga. Jom amalkan gaya hidup bebas dadah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN , DAERAH KUALA TERENGGANU, LOT PT 1857, , Jalan BUKIT KECIL, , KUALA
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096316126

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share