Terengganu Contact Centre

Terengganu Contact Centre https://linktr.ee/tecc.trg

TeCC, saluran untuk berhubung dengan kerajaan negeri, pertanyaan, aduan dan informasi negeri.

KUNJUNGAN HORMAT KE JMM PERKUKUH KERJASAMA BIDANG PERMUZIUMANKUALA LUMPUR, 3 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, ...
04/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE JMM PERKUKUH KERJASAMA BIDANG PERMUZIUMAN

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Muzium Malaysia di Muzium Negara.

Kunjungan tersebut telah disantuni oleh Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kasim bersama pengurusan tertinggi jabatan.

Pertemuan itu memberi ruang perbincangan berkaitan usaha pemerkasaan institusi permuziuman, pemeliharaan warisan negara serta potensi kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Muzium Malaysia.



ROJEK SOLAR TERAPUNG HHFS KENYIR JADI TUMPUAN DI ETCON26Kuala Lumpur, 3 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Da...
04/06/2026

ROJEK SOLAR TERAPUNG HHFS KENYIR JADI TUMPUAN DI ETCON26

Kuala Lumpur, 3 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham hadir menyaksikan pertukaran perjanjian pemegang saham dan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan serta pentauliahan (EPCC) bagi Projek Solar Terapung Hidro Hibrid (HHFS) di Kenyir sempena Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26), hari ini.

Pertukaran dokumen tersebut melibatkan TNB Power Generation Sdn. Bhd., Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TI), Cypark Renewable Energy Sdn. Bhd. dan Fabulous Sunview Sdn. Bhd. yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Projek HHFS Kenyir menggabungkan kapasiti penjanaan solar terapung berjumlah 785 MWp dengan sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 1,190 MWh, sekali gus menyokong pembangunan tenaga boleh baharu dan memperkukuh jaminan bekalan tenaga negara untuk jangka panjang.

Kehadiran YB Dato’ SUK mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyokong pelaksanaan projek strategik berimpak tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri serta memperkukuh kedudukan Terengganu sebagai hab tenaga negara.



PERSIAPAN TIBW 2026 JADI FOKUS KUNJUNGAN ECMCKUALA TERENGGANU, 2 Jun 2026 – Pengasas East Coast Motorcycle Club (ECMC), ...
04/06/2026

PERSIAPAN TIBW 2026 JADI FOKUS KUNJUNGAN ECMC

KUALA TERENGGANU, 2 Jun 2026 – Pengasas East Coast Motorcycle Club (ECMC), YAM Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham di Wisma Darul Iman.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan penganjuran Terengganu International Bike Week (TIBW) 2026 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026 di Dataran Shahbandar. Dalam pertemuan itu, YAM Tengku Sri Temenggung turut menyampaikan jersi rasmi TIBW 2026 kepada YB Dato’ SUK sebagai cenderahati.



KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMATKUALA TERENGGANU, 2 Jun 2026 – Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (...
04/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

KUALA TERENGGANU, 2 Jun 2026 – Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan Teknologi Maklumat) merangkap Pengerusi Persatuan Pegawai Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Encik Mohd Azhar bin Bidin mengetuai delegasi mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham di Bilik Tamu, Tingkat 15, Wisma Darul Iman.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan perkembangan semasa serta perancangan inisiatif pendigitalan ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri Terengganu.



KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH i-MITSKUALA TERENGGANU, 2 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi M...
04/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH i-MITS

KUALA TERENGGANU, 2 Jun 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham menerima kunjungan hormat daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) yang diketuai oleh Pengarah i-MITS, Tuan Haji Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Wisma Darul Iman.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan negeri, kebajikan rakyat dan agenda kemajuan Terengganu demi kesejahteraan masyarakat.



SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H DIIMARAHKAN DI MASJID AL-MUKTAFI BILLAH SHAHKUALA TERENGGANU, 27 Mei 2026 - KDYMM Tengku Muh...
04/06/2026

SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H DIIMARAHKAN DI MASJID AL-MUKTAFI BILLAH SHAH

KUALA TERENGGANU, 27 Mei 2026 - KDYMM Tengku Muhammad Ismail, Pemangku Raja Terengganu berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha 1447H yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Dato’ M***i Terengganu, YBM Profesor Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.

Hadir sama, Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham bersama isteri masing-masing.

Usai solat sunat, baginda berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja bagi mendoakan kesejahteraan serta mengenang jasa mereka yang telah kembali ke rahmatullah.



KDYMM PEMANGKU RAJA TERENGGANU BERANGKAT KE MAJLIS TAKBIR RAYA AIDILADHA 1447H/2026MKUALA TERENGGANU, 27 Mei 2026 - KDYM...
04/06/2026

KDYMM PEMANGKU RAJA TERENGGANU BERANGKAT KE MAJLIS TAKBIR RAYA AIDILADHA 1447H/2026M

KUALA TERENGGANU, 27 Mei 2026 - KDYMM Tengku Muhammad Ismail, Pemangku Raja Terengganu berkenan mencemar duli ke Majlis Takbir Raya Aidiladha Tahun 1447H/2026M di Balai Islam, Istana Syarqiyyah bersama barisan kepimpinan negeri.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham.



MALAM LAMBAIAN ARAFAH IMARAH SAMBUTAN HARI ARAFAH 1447H/2026MMARANG, 25 Mei 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Da...
04/06/2026

MALAM LAMBAIAN ARAFAH IMARAH SAMBUTAN HARI ARAFAH 1447H/2026M

MARANG, 25 Mei 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham mewakili Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Perasmian Malam Lambaian Arafah Peringkat Negeri Terengganu 1447H/2026M di Masjid Bukit Payong, Marang.

Majlis tersebut menjadi wadah untuk umat Islam menghayati kelebihan Hari Arafah melalui pengisian kerohanian, doa dan munajat di samping memperkukuh ukhuwah serta nilai keinsafan.

Kerajaan Negeri Terengganu akan terus komited memperkukuh syiar Islam, budaya ilmu dan pembangunan modal insan berteraskan nilai Islam demi melahirkan masyarakat yang berakhlak serta bersatu padu.

Majlis turut diserikan dengan Kuliah Maghrib Khas oleh penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi yang menyentuh mengenai kelebihan Hari Arafah serta kepentingan memperbanyakkan doa dan amal ibadah.



DAERAH KUALA TERENGGANU PENUTUP SIRI LAWATAN KERJA YB SUKKUALA TERENGGANU, 25 Mei 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu,...
04/06/2026

DAERAH KUALA TERENGGANU PENUTUP SIRI LAWATAN KERJA YB SUK

KUALA TERENGGANU, 25 Mei 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham telah mengakhiri siri Lawatan Kerja YB SUK di daerah kelapan dan terakhir iaitu Daerah Kuala Terengganu, yang juga merupakan pusat pentadbiran negeri.

Lawatan dimulakan di Kompleks Seri Iman dengan kehadiran YB Dato’ bersama isteri, YBhg. To’ Puan Hajah Sharifah binti Man ke Jualan Agro Madani, sesi uji rasa buah-buahan serta gimik pelancaran Kempen “Lebihkan Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Tempatan” di Parkir Solar.

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu (PDTKT) meliputi Kaunter SPOC, Kaunter Pendaftaran, Bilik Penyaksian serta Kaunter Hasil. YB Dato’ turut meninjau operasi Puncak Tegap Sdn. Bhd. di Tingkat 2 serta menandatangani buku pelawat di Bilik Pegawai Daerah, Tingkat 4 PDTKT.

Sesi lawatan turut diserikan dengan ramah mesra bersama Pegawai Tadbir PDTKT dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Bilik Mesyuarat Kristal, sebelum diakhiri dengan Taklimat Pembangunan Daerah Kuala Terengganu bersama Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPDKT) di Bilik Gerakan PDTKT.



MAJLIS APRESIASI MTHQK 1447H/2026M HARGAI URUS SETIA, PETUGAS DAN PESERTA TERENGGANUKUALA TERENGGANU, 24 Mei 2026 – Majl...
04/06/2026

MAJLIS APRESIASI MTHQK 1447H/2026M HARGAI URUS SETIA, PETUGAS DAN PESERTA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 24 Mei 2026 – Majlis Apresiasi Urus Setia, Petugas dan Peserta Negeri Terengganu sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026M telah diadakan di Primula Beach Hotel bagi menghargai sumbangan semua pihak yang menjayakan penganjuran program tersebut.

Terengganu kembali menjadi tuan rumah MTHQK selepas 18 tahun, dengan kali terakhir pada tahun 2007, selain pernah menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) pada tahun 2008.

Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham merakamkan penghargaan kepada semua jawatankuasa, agensi serta petugas yang terlibat atas komitmen menjayakan penganjuran tersebut, selain menzahirkan tahniah kepada peserta negeri Terengganu yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.



Address

Kuala
20000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096006000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Contact Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Terengganu Contact Centre:

Share