22/05/2026
Tilapia Dagu Hitam (Sarotherodon melanotheron) merupakan spesies ikan invasif yang sangat agresif, cepat membiak dan mampu hidup dalam pelbagai habitat termasuk air tawar, paya bakau serta muara sungai. Kehadirannya boleh mengganggu keseimbangan ekosistem dengan menyaingi spesies ikan tempatan dari segi makanan, habitat dan ruang hidup sehingga menjejaskan biodiversiti serta sumber perikanan negara.
Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap kelestarian alam, elakkan pelepasan spesies asing ke perairan umum dan laporkan kehadiran Tilapia Dagu Hitam kepada pihak berkuasa sekiranya dikesan. Bersama kita lindungi ekosistem akuatik dan khazanah perikanan negara untuk generasi akan datang.