Polis Daerah Kuala Terengganu

Polis Daerah Kuala Terengganu "POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"
Laman ini merupakan page Rasmi IPD Kuala Terengganu

20/08/2026
20/08/2026
MAJLIS PERJUMPAAN “GENERAL ROLL CALL” KETUA POLIS DAERAH KUALA TERENGGANU BERSAMA WARGA BPJKKKuala Terengganu, 17 Ogos 2...
17/08/2026

MAJLIS PERJUMPAAN “GENERAL ROLL CALL” KETUA POLIS DAERAH KUALA TERENGGANU BERSAMA WARGA BPJKK

Kuala Terengganu, 17 Ogos 2026 – Majlis Perjumpaan “General Roll Call” Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama warga Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Syed Zakaria bin Syed Idris dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA).

Majlis dipengerusikan oleh YDH ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dan turut dihadiri oleh DSP Abd Rahman bin Ahmad @ Awang Ahmad, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti; ASP Abdul Hadi bin Mohamad, Ketua Cawangan Kepolisan Am dan Kepolisan Komuniti; ASP Ahmad Fadly bin Ramli, Ketua Cawangan Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan serta pegawai dan anggota BPJKK.

Dalam amanatnya, YDH KPD menekankan kepentingan setiap pegawai dan anggota melaksanakan tugas dengan penuh amanah, dedikasi, disiplin dan tanggungjawab. Beliau turut mengingatkan warga BPJKK agar sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai anggota pasukan keselamatan.

YDH KPD turut memberi penekanan terhadap aspek kekemasan dan penampilan diri, memandangkan warga BPJKK merupakan antara anggota barisan hadapan yang sentiasa berhadapan secara langsung dengan masyarakat. Penampilan yang kemas, segak dan berdisiplin bukan sahaja mencerminkan identiti serta imej pasukan, malah dapat meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.

Selain itu, aspek disiplin, kesiapsiagaan serta semangat kerja berpasukan turut diberi perhatian bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Warga BPJKK juga diingatkan supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta menjaga imej dan nama baik pasukan.

Majlis turut memberi ruang kepada YDH KPD untuk berinteraksi secara langsung bersama pegawai dan anggota serta mendengar permasalahan, pandangan dan cadangan yang dikemukakan. Perjumpaan seumpama ini menjadi medium komunikasi dua hala yang penting dalam memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan dan warga kerja.

Dalam majlis yang sama, YDH KPD turut menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota yang menunjukkan prestasi kerja yang baik serta komitmen dalam melaksanakan tugas. Pengiktirafan tersebut diharap dapat menjadi dorongan kepada warga BPJKK untuk terus meningkatkan prestasi dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Majlis “General Roll Call” ini turut mencerminkan komitmen pihak pengurusan IPD Kuala Terengganu dalam memastikan aspek disiplin, kebajikan, prestasi dan profesionalisme warga kerja sentiasa diberi perhatian.

Semoga perjumpaan ini terus memperkukuh semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga BPJKK serta meningkatkan komitmen bersama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”


MAJLIS LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA MINGGUAN PERINGKAT IPD KUALA TERENGGANUKuala Terengganu, 17 Ogos 2026 – Majlis Lafaz Ikr...
17/08/2026

MAJLIS LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA MINGGUAN PERINGKAT IPD KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 17 Ogos 2026 – Majlis Lafaz Ikrar Rukun Negara Mingguan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Kuala Terengganu.

Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta meningkatkan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan warga kerja IPD Kuala Terengganu.

Majlis telah dihadiri oleh YDH ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu serta YDH Supt Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu. Turut hadir ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai kanan serta anggota IPD Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azri Hazwan bin Mohd Khalid dari Cawangan BAKA bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis. Seterusnya, Lafaz Ikrar Rukun Negara Mingguan telah dipimpin oleh Insp Mohd Fakhri bin Hashim dari Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Kuala Terengganu dan diikuti oleh para pegawai serta anggota yang hadir.

Pelaksanaan lafaz ikrar ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh nilai integriti, disiplin dan tanggungjawab dalam kalangan warga IPD Kuala Terengganu, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan warga Polis Diraja Malaysia yang berintegriti, berdisiplin dan sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan negara.



LAWATAN KERJA KETUA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM, IPK TERENGGANU KE IPD KUALA TERENGGANUKUALA ...
16/08/2026

LAWATAN KERJA KETUA JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI DAN KETENTERAMAN AWAM, IPK TERENGGANU KE IPD KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah menerima Lawatan Kerja daripada YDH ACP Amran bin Dollah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Lawatan kerja tersebut turut diiringi oleh YDH DSP Mohd Shahrizan bin Abdullah dan telah disambut oleh YDH P/DSP Mohd Hafis bin Zamri, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, IPD Kuala Terengganu.

Ketibaan delegasi turut disusuli dengan Kunjungan Hormat YDH ACP Amran bin Dollah kepada YDH ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu di Pejabat Ketua Polis Daerah.

Seterusnya, sesi perjumpaan dan taklimat bersama pegawai, anggota serta pegawai awam IPD Kuala Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat IPD Kuala Terengganu. Sesi tersebut menjadi platform bagi menyampaikan amanat, pandangan serta penekanan berkaitan aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, di samping memperkukuh kefahaman serta komitmen warga kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Lawatan kerja ini juga mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan dalam memperkukuh hubungan kerja, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga lawatan kerja ini dapat terus memperkukuh kerjasama, semangat berpasukan dan profesionalisme dalam kalangan warga PDRM, khususnya dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.








MAJLIS PERJUMPAAN YDH KPD KUALA TERENGGANU BERSAMA WARGA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH DAERAH BIL. 2/2026Kuala Terengganu, 1...
12/08/2026

MAJLIS PERJUMPAAN YDH KPD KUALA TERENGGANU BERSAMA WARGA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH DAERAH BIL. 2/2026

Kuala Terengganu, 12 Ogos 2026 – Majlis perjumpaan YDH Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu bersama warga BSJD telah diadakan di bilik Mesyuarat, IPD Kuala Terengganu dengan kehadiran pegawai dan anggota seramai 32 orang.

YDH ACP Azli bin Mohd Nor menekankan kepentingan siasatan berkualiti, pematuhan etika, pengklasifikasian kes yang tepat, penyampaian keputusan repot yang disiasat dan pengurusan barang kes yang teratur. Anggota bertugas 24 jam turut diingatkan agar sentiasa dalam keadaan bersedia.Turut disampaikan surat penghargaan kepada sebelas (11) warga BSJD atas prestasi cemerlang.

Majlis ini dapat memperkukuh kerjasama, disiplin dan profesionalisme warga BSJD dalam memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara.

MAJLIS LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA MINGGUAN PERINGKAT IPD KUALA TERENGGANUKuala Terengganu, 10 Ogos 2026 – Majlis Lafaz Ikr...
10/08/2026

MAJLIS LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA MINGGUAN PERINGKAT IPD KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu, 10 Ogos 2026 – Majlis Lafaz Ikrar Rukun Negara Mingguan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat IPD Kuala Terengganu.

Majlis ini telah dihadiri oleh YDH ACP Azli bin Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu serta YDH Supt Wan Mohd Zaki bin Wan Ismail, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, bersama ketua-ketua bahagian, ketua-ketua polis balai, pegawai kanan serta anggota IPD Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Syed Zakaria bin Syed Idris dari Cawangan BAKA bagi memohon keberkatan serta kelancaran majlis.

Seterusnya, Lafaz Ikrar Rukun Negara Mingguan telah dipimpin oleh DSP Abd Rahman bin Ahmad @ Awang Ahmad, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kuala Terengganu dan diikuti oleh para pegawai serta anggota yang hadir.

Lafaz ikrar ini menjadi simbol komitmen warga IPD Kuala Terengganu dalam menzahirkan semangat patriotisme, cintakan negara serta menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi agama, bangsa dan negara.


Address

Jalan Sultan Omar
Kuala
20918

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share