Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pendakwaan, di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Pada 1 Januari 2018, ia telah diasingkan dan bergerak sendiri menjadi sebuah jabatan baru.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 6931 OGOS 2026Kemerdekaan adalah nikmat keamanan yang wajib kita syukuri dan peliha...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE 69
31 OGOS 2026

Kemerdekaan adalah nikmat keamanan yang wajib kita syukuri dan pelihara bersama.

Kami daripada Pengarah dan Warga Kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu dengan penuh rasa bangga menzahirkan ucapan Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69 buat seluruh citra rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT terus merahmati bumi bertuah ini dengan kedamaian yang berpanjangan, keadilan yang teguh, dan kesejahteraan yang menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.

🎳 MAJLIS JPSNT STRIKE CHALLENGE 2026 🏆Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta Pertandingan Bowling "JPSNT St...
27/08/2026

🎳 MAJLIS JPSNT STRIKE CHALLENGE 2026 🏆

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta Pertandingan Bowling "JPSNT Strike Challenge" yang berlangsung dengan meriah sekali di PB Square, Kuala Terengganu!. Turut sama memeriahkan acara pertandingan oleh Tuan Pengarah JPSNT dan barisan pegawai.

Kemuncak program hari ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah, Tuan Haji Kamalruazmi bin Ismail. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah atas kesudian hadir menyokong dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Semoga ukhuwah yang terjalin dan semangat kesukanan ini terus membara dalam diri kita semua. Syabas buat semua pasukan! 👏💥




Salam Maulidur Rasul 1448H / 25 Ogos 2026 🕌Kami daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Neg...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 25 Ogos 2026

🕌Kami daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam, khususnya warga Terengganu.

Semoga sambutan pada tahun ini menghidupkan lagi rasa cinta kita kepada perjuangan Baginda Nabi Muhammad SAW serta menguatkan perpaduan sesama kita. Insya-Allah.

Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Khas Sempena Maulidur Rasul 1448HAlhamdulillah, pada 20 Ogos 2026, Jabatan Pendakwaan Sya...
23/08/2026

Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah Khas Sempena Maulidur Rasul 1448H

Alhamdulillah, pada 20 Ogos 2026, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu telah mengadakan Program Bacaan Yasin dan Tazkirah bertempat di jabatan ini.

Program penuh keberkatan ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Fadzli bin Mohd Yusof. Majlis kali ini diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah bagi menyuburkan rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Semoga penghayatan daripada tazkirah yang disampaikan dapat meningkatkan azam kita untuk terus mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

Terima kasih kepada semua warga jabatan yang hadir menjayakan majlis ini.

Selesai berlangsung! ✨Pada 12 hingga 13 Ogos 2026, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu telah mengadakan Bengkel...
18/08/2026

Selesai berlangsung! ✨

Pada 12 hingga 13 Ogos 2026, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu telah mengadakan Bengkel Elemen Kesalahan Jenayah Syariah Bil.1/2026.

Bengkel penting ini turut dihadiri bersama oleh pengarah merangkap Ketua Pendakwa Syarie Negeri Terengganu bagi memperhalusi serta membincangkan elemen-elemen penguatkuasaan undang-undang syariah negeri secara lebih mendalam demi memelihara keadilan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pendakwa syarie, dan penolong pendakwa syarie serta urusetia yang terlibat.

Semoga segala input yang diperoleh dapat terus memantapkan lagi institusi perundangan dan pendakwaan syariah di Terengganu.



31/07/2026
PROGRAM KESEJAHTERAAN WARGA JABATAN – BRISK WALK JPSNT 3.0 Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Brisk...
30/07/2026

PROGRAM KESEJAHTERAAN WARGA JABATAN – BRISK WALK JPSNT 3.0
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Brisk Walk Jpsnt 3.0 bertempat di Taman Rekreasi Batu Buruk, Kuala Terengganu pada pagi tadi, Khamis, 30 Julai 2026. Program kesejahteraan korporat ini telah menerima penyertaan dan komitmen yang amat menggalakkan daripada seluruh warga jabatan. Kehadiran para peserta bukan sahaja mencerminkan kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan kendiri, malah menjadi platform terbaik dalam memperkukuh budaya kerja berpasukan (teamwork) serta mengeratkan silaturrahim merentas sektor.
Kesihatan optimum pemangkin produktiviti organisasi. Dalam usaha berterusan memperkasakan agenda kesejahteraan warga kerja dan memupuk amalan gaya hidup sihat, pihak Jabatan dengan kerjasama Kelab K'DAKWA JPSNT berjaya menganjurkan program Brisk Walk Jpsnt 3.0.
Program ini diadakan khas sebagai inisiatif serampang dua mata—memelihara kesihatan fizikal sekali gus mengukuhkan nilai kerja berpasukan (teamwork) dalam persekitaran yang kondusif.
Melalui aktiviti berimpak tinggi ini, jabatan memfokuskan kepada empat teras utama:
Kelestarian Kesihatan Kardiovaskular – Mengurangkan risiko penyakit kronik menerusi aktiviti kecergasan konsisten.
Peningkatan Prestasi & Stamina – Membina ketahanan fizikal warga kerja demi mendepani cabaran tugasan harian.
Pengukuhan Budaya Korporat – Menyediakan platform interaksi tidak formal bagi merapatkan hubungan strategik dan silaturrahim antara sektor.
Keseimbangan Kerja-Kehidupan – Menyokong ekosistem kerja yang seimbang demi kesejahteraan mental dan emosi yang harmoni.
Melalui inisiatif ini, jabatan berharap agar amalan gaya hidup sihat seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten demi melahirkan tenaga kerja yang cergas, produktif, dan berdaya saing tinggi dalam mendepani tugasan harian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi, jawatankuasa pelaksana, serta semua warga jabatan yang telah memberikan kerjasama padu dalam menjayakan program ini.
"Ayuh Bersama, Hidup Lebih Sihat!"

Selamat Maju Jaya ENCIK MOHD AZROL FAISAL BIN MOHD SAUFIANSeluruh warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu men...
23/07/2026

Selamat Maju Jaya ENCIK MOHD AZROL FAISAL BIN MOHD SAUFIAN
Seluruh warga Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai PEMBANTU SYARIAH di jabatan ini.
Tahniah atas pertukaran ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Semoga terus cemerlang, berdedikasi, dan dipermudahkan segala urusan dalam menggalas amanah di tempat baharu.
Terima kasih dan selamat maju jaya

Program Bacaan Yasin dan Kuliah Dhuha Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu23 Julai 2026 – Jabatan Pendakwaan Sya...
23/07/2026

Program Bacaan Yasin dan Kuliah Dhuha Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu

23 Julai 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT) telah menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Kuliah Dhuha bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 4, JPSNT.

Program kerohanian yang bermula jam 9:00 pagi ini dihadiri oleh para pegawai dan seluruh kakitangan jabatan.

Program berkala ini diadakan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni, memperkukuhkan aspek spiritual warga kerja, serta memohon keberkatan dalam melaksanakan amanah dan tugas seharian demi memartabatkan perundangan Syariah di Negeri Terengganu.

Pentadbiran JPSNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan atas kerjasama serta kehadiran dalam menjayakan program ini.

Address

Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Aras 3 Lot PT60265 Unit 15 , Dataran Alamanda , Kuala Terengganu Darul Iman
Kuala
20000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096229935

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu - JPSNT:

Shortcuts

Share