20/08/2026
πππππππππ ππππ ππππππππ ππππππ ππππππ πππππππ πππππ-πππππ ππππππππ πππ πππππ ππππππ ππππ ππππππππππ
KUALA TERENGGANU, 18.8.2026 β Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Khas Pengarah Kastam Negeri bersama Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua Stesen JKDM Terengganu sebagai platform untuk memperkenalkan barisan kepimpinan serta mengeratkan hubungan kerja antara Pengarah Kastam Negeri dengan ketua-ketua bahagian dan ketua stesen di seluruh negeri. Sesi ini turut memberi kesempatan kepada Pengarah Kastam Negeri Terengganu, Ybrs. Tuan Hj. Ahmad Rusdi bin Hj. Hussain, untuk beramah mesra dan berinteraksi secara langsung bersama barisan pengurusan JKDM Terengganu, selain mendapatkan gambaran awal mengenai fungsi, peranan serta tanggungjawab setiap bahagian dan stesen. Mesyuarat khas ini telah dihadiri oleh PKPK I Tuan Zainal Abidin bin Abdullah, Ketua Bahagian Pematuhan, PKPK I Tuan Arman Sabri bin Ahmad Anuar, Ketua Bahagian Perkastaman, PKPK I Mohd Fauzi bin Ismail, Ketua Bahagian Cukai Dalam Negeri, PKPK I Sham huzaimi bin Nasarudin, Ketua Kastam Daerah Kemaman, PKPK I Mohd Azizi bin Yazid, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, PKPK II Puan Emy Mastura binti Mohd Maharudin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik, PPK Muhammad Adam bin Zahid, Ketua Stesen Kerteh, dan PiKT Nik Mohd Ramzu Nasri bin Nik Ibrahim dari Stesen ZB Tasik Kenyir.
Dalam sesi tersebut, Pengarah Kastam Negeri turut berharap hubungan komunikasi yang baik antara pihak pengurusan negeri dengan ketua-ketua bahagian dan ketua stesen dapat terus diperkukuhkan. Sesi perkenalan ini turut memberi ruang kepada ketua-ketua bahagian dan ketua stesen untuk memperkenalkan diri serta berkongsi secara ringkas mengenai bidang tugas, fungsi dan operasi bahagian atau stesen masing-masing. Sesi yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan kerja yang lebih kukuh antara Pengarah Kastam Negeri bersama seluruh barisan kepimpinan JKDM Terengganu.Kerjasama erat yang terjalin antara pihak pengurusan, ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua stesen diyakini dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta membantu JKDM Terengganu mencapai visi, misi dan sasaran yang telah ditetapkan.
ππ’π π£ππ§ππ‘ β’ ππ‘π§πππ₯ππ§π β’ π§ππππ¦
Β© 2026 Cawangan Latihan & Korporat | JKDM Terengganu