22/07/2026
JPKKP Kampung Cina telah menerima aduan daripada penduduk berhubung masalah kebocoran paip air di kawasan tersebut. Susulan aduan yang diterima, Kita segera mengemukakan aduan kepada pihak SATU untuk tindakan lanjut. Alhamdulillah, pihak SATU telah memberikan maklum balas yang pantas dan berjaya menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh yang terdekat.
Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada SATU atas tindakan yang cekap dan komitmen dalam menyelesaikan aduan demi kesejahteraan penduduk bagi perkhidmatan yang cemerlang. 👏🇲🇾