01/09/2026
๐ฉ๏ธ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐/๐๐๐๐๐โจ
_โ๐๐๐ซ๐๐ง๐ญ๐๐ฎ ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐ฆ๐ฆ๐๐กโ_๐๐คฒ๐ป
Seramai 35 orang mahasiswa Terengganu telah berangkat ke Mesir bagi meneruskan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing serta menimba ilmu dan pengalaman di bumi perantauan.๐ซ๐
Majlis Perlepasan Mahasiswa Terengganu ke Timur Tengah bagi sesi 2026/2027 telah berlangsung pada Jumaat, 28 Ogos 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai tanda sokongan dan doa buat para mahasiswa yang bakal memulakan perjalanan menuntut ilmu jauh dari tanah air.๐ช๐ฌโ๏ธ
Majlis diserikan dengan kehadiran *YB Ustaz Ahmad Shah bin Muhamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu,* serta *Sahibus Samahah Profesor Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar, M***i Terengganu,* yang turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada para mahasiswa sebelum berangkat ke bumi Mesir.
Turut hadir memberikan sokongan, *YBRS. Haji Mohd Zaini Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT).*
Perjalanan ini bukan sekadar meninggalkan keluarga dan tanah air, tetapi merupakan satu langkah besar untuk menimba ilmu, pengalaman dan membina masa depan.
Di mana sahaja kalian berada, jagalah nama baik keluarga, negeri dan negara serta peliharalah adab dan akhlak sebagai penuntut ilmu.๐ค๐
Semoga Allah SWT memelihara perjalanan kalian, memberikan kekuatan dalam menghadapi setiap cabaran serta melimpahkan kemudahan dan keberkatan sepanjang berada di perantauan.
Semoga ilmu yang ditimba menjadi ilmu yang bermanfaat dan suatu hari nanti kalian kembali dengan kejayaan untuk menyumbang kepada agama, ummah dan negeri tercinta.๐๐
Selamat berangkat dan selamat menuntut ilmu, anak-anak Terengganu. Doa dan harapan kami sentiasa mengiringi setiap langkah kalian.๐ชป๐ค