22/08/2026
๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐, ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐. ๐
โRondaan malam?โ
Terus terbayang pak cik-pak cik pegang lampu suluh? ๐
Sebenarnya tidak semestinya.
Keselamatan kawasan tempat kita tinggal bukan urusan satu generasi sahaja.
Orang muda pun ada peranan.
Kita mungkin balik kerja lewat.
Kita mungkin sibuk belajar.
Kita mungkin lebih banyak kenal jiran melalui group WhatsApp daripada bersembang depan pagar. ๐
Tapi rumah yang kita balik setiap malam itu tetap berada dalam sebuah komuniti.
Di situlah adanya Skim Rondaan Sukarela (SRS) โ ruang untuk penduduk bersama-sama membantu menjaga keselamatan dan kesejahteraan kawasan kejiranan.
Dan ada satu perkara menarik bila kita turun meronda.
Kita mula kenal orang.
โOh, abang ni rupanya duduk lorong belakang.โ
โEh, awak rumah hujung sana ya?โ
Daripada sekadar nampak mukaโฆ
jadi kenal nama.
Daripada sekadar jiranโฆ
jadi kawan yang sama-sama menjaga kawasan.
Sebab SRS bukan hanya tentang berjaga malam.
Ia juga tentang membina komuniti yang saling mengenali, saling peduli dan saling menjaga. โค๏ธ
Jadi orang mudaโฆ
kalau selama ini kita fikir rondaan malam โbukan benda kitaโ โ
mungkin sudah sampai masa kita ubah tanggapan itu.
๐ Kenali SRS di kawasan kejiranan anda.
๐ Dekati KRT setempat dan tanya bagaimana anda boleh bersama-sama menyumbang.
Malam ni siapa jaga kawasan kita?
Apa kataโฆ kita.