20/08/2026
ULASAN HARI KEDUA SUKAN MUAY THAI SUKMA SELANGOR
Hari kedua saingan Sukan Muay Thai SUKMA Selangor berlangsung dengan penuh semangat, debaran dan aksi yang membanggakan. Kontinjen Terengganu tampil dengan seramai 6 orang atlet yang berjuang membawa nama negeri dalam gelanggang pertandingan.
Daripada enam atlet yang beraksi, seorang atlet Terengganu berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas mempamerkan persembahan yang cemerlang, manakala atlet-atlet yang lain terpaksa akur dengan keputusan perlawanan. Namun, setiap perjuangan yang ditampilkan tetap menjadi satu kebanggaan buat kontinjen Terengganu.
Lebih bermakna, para atlet Terengganu turut menerima sokongan daripada adik-adik pasukan sorak yang hadir memberikan sorakan, kata-kata semangat dan motivasi. Kehadiran mereka sedikit sebanyak membakar semangat para atlet untuk terus berjuang dan memberikan yang terbaik di dalam gelanggang.
Hari kedua turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, serta YAB Datoโ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor. Kehadiran kedua-dua pemimpin tertinggi negara dan negeri ini menjadi suntikan semangat kepada para atlet serta menyerlahkan sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan dan atlet muda negara.
๐ฅ Buat yang berjaya melangkah ke pusingan seterusnya:
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Kemenangan hari ini bukan noktah, tetapi amanah untuk memberikan yang lebih baik pada perlawanan seterusnya. Kekalkan fokus, kuatkan semangat dan buktikan bahawa perjuangan anak Terengganu tidak mudah mengalah!
๐ฅ Buat yang belum berjaya:
Jangan anggap kekalahan sebagai kegagalan, tetapi jadikan ia pengalaman untuk bangkit lebih kuat. Anda telah memberikan seluruh kudrat, keberanian dan semangat di gelanggang. Menang atau kalah, keberanian untuk melangkah ke gelanggang dan berjuang sudah menjadi satu kemenangan.
โMenang kita bersyukur, kalah kita belajar. Selagi semangat masih menyala, perjuangan belum berakhir. Teruskan melangkah, kerana setiap tumbukan, setiap peluh dan setiap pengorbanan hari ini adalah langkah menuju kejayaan esok.โ
Terengganu! Teruskan berjuang! ๐ฅ๐ฅ
Kita datang dengan semangat, kita bertanding dengan maruah, kita pulang dengan kebanggaan!