Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Majlis Perbandaran Kuala Selangor SELAMAT DATANG KE LAMAN SOSIAL MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR. Kuala Selangor Indah dan Bersejarah

SESI PERSIAPAN AKHIR SUKARELAWAN SUKMA XXII SELANGOR 2026Sesi persiapan akhir bersama sukarelawan SUKMA XXII, Selangor 2...
15/08/2026

SESI PERSIAPAN AKHIR SUKARELAWAN SUKMA XXII SELANGOR 2026

Sesi persiapan akhir bersama sukarelawan SUKMA XXII, Selangor 2026 telah diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor sebagai persediaan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan perjalanan acara sepanjang temasya berlangsung.

Turut hadir TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS dan Encik Puspanath Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS.

Warga MPKS mengucapkan selamat bertugas kepada semua sukarelawan SUKMA. Semoga terus komited, bersemangat dan memberikan khidmat terbaik dalam memastikan kelancaran temasya serta memberikan pengalaman terbaik kepada para atlet, pegawai dan pengunjung.

Selamat bertugas dan terima kasih atas komitmen serta dedikasi anda semua!

15/08/2026

Today is the day!

Jom ramai-ramai meriahkan Majlis Perasmian SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026 malam ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam!

Bawa keluarga dan kawan-kawan, sama-sama kita berikan sokongan kepada perarakan kontinjen negeri, saksikan persembahan istimewa barisan artis, nikmati pelbagai pilihan jualan makanan, aktiviti menarik seisi keluarga dan paling penting β€” jangan lepaskan peluang sertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik!

πŸ“ Dataran Kemerdekaan Shah Alam
πŸ“… Sabtu, 15 Ogos 2026
⏰ 8.00 malam

Malam gemilang Selangor menanti anda. Datang tau!

Rentak Kita, Aksi Kita!

15/08/2026
15/08/2026
TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII, SELANGOR 2026Aksi bertenaga atlet pasukan Berbasikal (MTB Downhill) dalam saingan S...
14/08/2026

TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII, SELANGOR 2026

Aksi bertenaga atlet pasukan Berbasikal (MTB Downhill) dalam saingan SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Lembah Peladang Agro Park, Saujana Utama.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang kategori Downhill Individu yang telah memberikan aksi terbaik:

πŸ₯‡ EMAS – Zane Aydeen (Negeri Sembilan)
πŸ₯ˆ PERAK – Tengku Mukhriz (Pahang)
πŸ₯‰ GANGSA – Brenjen Bon (Sabah)

Bagi kategori Downhill Individu Wanita p**a:

πŸ₯‡ EMAS – Nur Syaza (Terengganu)
πŸ₯ˆ PERAK – Nurul Azlina (Kelantan)
πŸ₯‰ GANGSA – Nur Natasya (Kelantan)

Tahniah kepada semua atlet atas semangat juang, komitmen dan aksi terbaik yang dipamerkan. Syabas kepada para pemenang dan semua kontinjen yang telah mengharumkan nama negeri masing-masing!

13/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) SELANGOR KE MPKSMajlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) te...
13/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASiL) SELANGOR KE MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Selangor yang diketuai oleh YBhg. Datin Esmarlina binti Mohd Isa, Pengarah Negeri HASiL Selangor.

Delegasi HASiL Selangor telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS serta Pengarah/ Ketua Jabatan dan Unit MPKS.

Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara MPKS dan HASiL Selangor, khususnya dalam perkara-perkara yang berkepentingan bersama.

MPKS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak HASiL Selangor atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini. Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kepentingan organisasi serta masyarakat Kuala Selangor.

SELAMAT BERTANDING DAN BERTUGAS KEPADA SEMUA KONTINJEN, PEGAWAI DAN SUKARELAWAN SUKMA XXIYang Dipertua, Setiausaha dan s...
13/08/2026

SELAMAT BERTANDING DAN BERTUGAS KEPADA SEMUA KONTINJEN, PEGAWAI DAN SUKARELAWAN SUKMA XXI

Yang Dipertua, Setiausaha dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengucapkan selamat bertanding dan bertugas kepada semua kontinjen, pegawai serta sukarelawan yang terlibat dalam temasya SUKMA XXI dan Para SUKMA XXI Selangor 2026.

Temasya yang berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026 ini menjadi medan untuk para atlet menampilkan semangat juang, disiplin dan kecemerlangan dalam mengharumkan nama negeri Selangor.

Semoga seluruh kontinjen Selangor diberikan kekuatan, semangat dan ketabahan dalam mengharungi setiap saingan. Kepada para pegawai dan sukarelawan, terima kasih atas komitmen serta dedikasi dalam memastikan kelancaran temasya.

Selamat berjuang dan berikan yang terbaik. Bersama-sama kita kibarkan semangat Selangor!

Kaji Selidik Pembangunan Indeks Pengukuran Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU)Kerajaan Negeri Selangor s...
13/08/2026

Kaji Selidik Pembangunan Indeks Pengukuran Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU)

Kerajaan Negeri Selangor sedang menjalankan kajian bagi mengukur tahap tadbir urus, integriti, kepercayaan, penyampaian perkhidmatan dan pengurusan ketirisan dalam organisasi sektor awam.

Maklum balas anda amat penting untuk membantu kami menambah baik perkhidmatan dan memperkukuh tadbir urus demi kesejahteraan rakyat.

Pautan maklumbalas:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeqZGf72ZHZ5uZJ8GH8KEHTmE3AwKLIOJqrFl5uFNUw1Z29bw/viewform

Address

Majlis Perbandaran Kuala
Kuala
45000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kuala Selangor:

Shortcuts

Share