13/05/2026
AWAS KEPALA AIR‼️‼️‼️
Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan....
13 Mei 2026 08:54pm
KUANTAN - Lapan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri di atas batu besar sementara menunggu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, Kuala Terla, Cameron Highlands, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, lapan kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun terperangkap di atas batu selepas gagal menyeberang ekoran arus deras.
"Jarak dari tebing ke tempat mangsa kira-kira 20 meter memaksa khidmat anggota bomba untuk membawa mereka ke tempat selamat.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi kira-kira jam 5.47 petang sebelum operasi menyelamat semua kanak-kanak terbabit digerakkan," katanya.
Mohd Salahuddin berkata, operasi menyelamat mangsa menggunakan tali penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum semua mangsa berjaya diselamatkan.
"Semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 7.58 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keluarga masing-masing.
"Operasi turut dibantu anggota dari BBP Ringlet dan polis," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/779741/berita/semasa/lapan-kanak-kanak-terperangkap-kepala-air-diselamatkan
_______________
Nasihat keselamatan hadapi kepala air di sungai:
Sebelum masuk sungai:
1. Cek cuaca dan tanda amaran: Jangan mandi/sungai kalau langit mendung, hujan lebat hulu sungai, atau ada amaran hujan dari MetMalaysia. Kepala air boleh datang walaupun tempat kau tak hujan.
2. Kenal tanda bahaya: Air tiba-tiba jadi keruh, bunyi deruan kuat dari hulu, batang kayu/daun hanyut laju, buih banyak. Itu tanda kepala air nak sampai.
3. Jangan pergi sorang: Pergi berkumpulan dan ada orang jaga di tebing.
Kalau dah nampak tanda kepala air:
1. Keluar segera: Jangan tunggu. Lari ke tempat tinggi, jauh dari tebing sungai. 20-30 meter ke atas bukit pun dah selamat.
2. Jangan cuba lawan arus: Arus kepala air sangat deras dan bawa batu, kayu. Memang tak boleh tahan.
3. Kalau terperangkap di tengah: Naik ke batu besar, pokok, atau kawasan tinggi. Jangan turun balik ke air. Tunggu bantuan.
Kalau nampak orang hanyut:
1. Jangan terjun ikut. Lempar tali, dahan, tayar, atau apa-apa yang boleh apung.
2. Hubungi 999 dan bomba JBPM dengan cepat. Bagi lokasi tepat.
Selepas kejadian:
1. Jangan terus mandi di sungai yang sama hari itu. Arus masih tak stabil.
2. Ajar anak kecil supaya tak main dekat sungai lepas hujan.
Kepala air berlaku cepat, kadang kurang 5 minit air dah naik 2-3 meter. Lebih baik batal mandi daripada ambil risiko.
SEMOGA KITA AMBIL PENGAJARAN DARI KISAH INI DAN SEMOGA ALLAH S.W.T LINDUNGI KITA SEMUA DARI SEBARANG MUSIBAH PADA MASA AKAN DATANG. 🤲