03/09/2026
SAMBUTAN MALAM KEMERDEKAAN
KAMPUNG PARIT MAHANG
30 OGOS 2026
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 di Kampung Parit Mahang dimulakan dengan solat Isyak di Masjid Nurul Huda
Solat Isyak tersebut turut disertai oleh Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yosof Rawa, yang diiringi oleh Tuan Haji Mohammad Faisal Bin Ismail, SUPOL YBMK, serta Encik Maskor, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Selesai menunaikan solat Isyak, rombongan kemudiannya bergerak ke Balai Raya Parit Mahang untuk bersama-sama penduduk kampung meraikan Sambutan Malam Kemerdekaan.
Program berlangsung dalam suasana penuh meriah dan semangat patriotik, dengan penglibatan serta kebersamaan penduduk kampung dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾