IMITS Ladang

IMITS Ladang FB page rasmi i-MiTS Ladang

31/05/2026
Alhamdulillah selesai program Korban DUN Ladang yang telah diadakan di perkarangan Surau Jalan Tekukur dengan suasana pe...
28/05/2026

Alhamdulillah selesai program Korban DUN Ladang yang telah diadakan di perkarangan Surau Jalan Tekukur dengan suasana penuh ukhuwah dan semangat gotong-royong.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir memberi kerjasama, khususnya kakitangan i-MiTS, PKM DUN Ladang, JPKK, muslimin dan muslimat, anak-anak muda serta seluruh sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program ini sejak awal hingga selesai.

Semoga segala pengorbanan, tenaga dan sumbangan yang diberikan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam masyarakat.

Mudah-mudahan program seperti ini terus menjadi medan kebersamaan dan keberkatan buat seluruh warga DUN Ladang.

28/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita sekali lagi diberi kesempatan menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sesama insan.

Semoga semangat pengorbanan ini terus menyatukan ukhuwah, mengeratkan kasih sayang dan membawa keberkatan buat seluruh masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga DUN Ladang dan seluruh umat Islam walau di mana jua berada.

26/05/2026

Siaran Langsung Hari Arafah 1447

Hari Arafah merupakan hari yang amat mulia di sisi Allah SWT serta menjadi antara waktu terbaik untuk umat Islam memperbanyakkan doa, zikir, istighfar dan memohon keampunan kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan serta para nabi sebelumku ialah:
لاَ إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.” - (HR Tirmizi, 3585).

Marilah kita memanfaatkan kelebihan Hari Arafah dengan memperbanyakkan doa serta memohon keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/videos/1347427923901218

Address

No 13-C Dataran Panji, Jalan Panji Alam
Kuala
21100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096285216

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMITS Ladang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IMITS Ladang:

Share