Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Facebook Rasmi YPKT
Portal Rasmi -> http://www.ypkt.gov.my/
Visi : Memantapkan Kualiti Hidup Berkeluarga

KUALA NERUS, 1 September 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dilantik sebagai Keluarga Angkat bagi kon...
02/09/2026

KUALA NERUS, 1 September 2026 – Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dilantik sebagai Keluarga Angkat bagi kontinjen Sukan Para Catur Negeri Terengganu PARA SUKMA Selangor 2026.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) YPKT, Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain hadir pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Terengganu PARA SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung di Ar Riyadah Residence, Kuala Nerus.

Kontinjen Para Catur Terengganu terdiri daripada tiga atlet, seorang jurulatih dan seorang pengurus.

2 September 2026, Kontinjen bertolak ke Selangor bagi menghadapi pertandingan yang dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 10 September 2026 di Wyndham Acmar Klang.

Pelantikan YPKT sebagai Keluarga Angkat menjadi sebahagian daripada usaha menyokong kebajikan dan semangat kontinjen Para Catur Terengganu sepanjang penyertaan dalam temasya tersebut.

KUALA TERENGGANU, 2 September 2026 - Suasana dan kemeriahan perarakan Kanak-Kanak TASKA Permata Keluarga Kuala Terenggan...
02/09/2026

KUALA TERENGGANU, 2 September 2026 - Suasana dan kemeriahan perarakan Kanak-Kanak TASKA Permata Keluarga Kuala Terengganu sempena Sambutan Kemerdekaan Yang Ke-69 Tahun di perkarangan pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

31 Ogos 2026 - Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026, Kontinjen Yayasan Pembangun...
31/08/2026

31 Ogos 2026 - Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026, Kontinjen Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara terus disemarakkan bersama. ❤️🇲🇾

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026Mari kita semarakkan semangat patriotisme dan hayati erti kemerdekaan dengan penuh...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026

Mari kita semarakkan semangat patriotisme dan hayati erti kemerdekaan dengan penuh rasa syukur, cinta akan negara serta tekad untuk terus bersama membina Malaysia yang sejahtera dan harmoni.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dirahmati”

Ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga kerja
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)

30/08/2026

RAPTAI PENUH SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 69 TAHUN 2026

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos 2026 – Seramai 40 orang ahli kontinjen Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menyerta...
29/08/2026

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos 2026 – Seramai 40 orang ahli kontinjen Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menyertai raptai penuh Perbarisan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu sebagai persiapan menjelang 31 Ogos 2026. Raptai bermula di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Shah Bandar.

✂️ PENGAMBILAN PESERTA KELAS JAHITAN: MODUL KEMAHIRAN LANJUTAN ✂️Akademi Jahitan YPKT kini membuka peluang kepada anda y...
27/08/2026

✂️ PENGAMBILAN PESERTA KELAS JAHITAN: MODUL KEMAHIRAN LANJUTAN ✂️

Akademi Jahitan YPKT kini membuka peluang kepada anda yang mempunyai asas dan pengalaman dalam bidang jahitan untuk meningkatkan kemahiran menerusi Kelas Jahitan Modul Kemahiran Lanjutan.

📚 Modul yang ditawarkan:
1️⃣ Baju Korporat & Seluar Slack
2️⃣ Uniform Jururawat
3️⃣ Pakaian Pengantin Western

👥 Sasaran peserta:
• Lelaki dan wanita
• Bekas pelatih Kelas Jahitan Komuniti (KJK) YPKT yang mempunyai asas kemahiran jahitan
• Individu yang telah mahir menjahit serta mempunyai pengalaman dalam bidang jahitan

📅 Tempoh Kelas: September – Disember 2026
💰 Yuran Penyertaan:
• RM200.00 (Pendaftaran)
• RM50.00 (Tabung Perlindungan)

📌 Pendaftaran dibuka sehingga 8 September 2026.

✨ Tingkatkan kemahiran, cipta peluang jana pendapatan dan bina masa depan melalui kemahiran jahitan!

KUALA TERENGGANU , 26 Ogos  2026 - Program FITYAH Terengganu TAKLIF, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YP...
27/08/2026

KUALA TERENGGANU , 26 Ogos 2026 - Program FITYAH Terengganu TAKLIF, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 3.

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada remaja tentang tanggungjawab mereka sebagai khalifah serta pewaris nilai-nilai Islam di negeri Terengganu. Pengisian utama program menjurus kepada pemahaman tentang amanah yang dipikul individu selepas mencapai usia baligh, khususnya dalam aspek dosa dan pahala, serta pembezaan antara perkara halal dan haram.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Abd. Ghafar bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan Inovasi & Korporat) YPKT.

Address

Jalan Sultan Omar
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Telephone

+6096249355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share