28/05/2026
Alhamdulillah.. selesai sudah program korban hari raya Aidiladha tahun 2026
Terima kasih kepada semua peserta korban yg memberi percaya kepada JPKKP Sg Kajang dan UMNO Cawangan Tanjong Karang Utara untuk menjayakan ibadah korban anda. Walaupun ini program pertama/julung kalinya kami anjurkan.
Terima kasih kepada Pengerusi JPKKP Sg Kajang (Hj Azimi Samsuddin) yg berusaha untuk menjayakan program korban ini. Dengan semangat yg didikasi beliau (Hj Azimi), Program ini berjaya laksanakan dengan lancar, tersusun dan mencapai objektif yg disasarkan
Tidak dilupakan kepada tulang belakang program seluruh AJK dan masyarakat yg turut serta dlm program ni. Terima kasih semua. Jasa anda hanya Allah sahaja yg mampu balas..
Syukur dgn kehadiran Pengerusi jpkkp Bahagian tanjong karang, Datuk Sulaiman Abd Razak & Pengawai Penyelaras Dun Sg Burong, Tn Maruwan bin Ahmad atas sokongan dan luangan masa serta menyempurnakan penyampaian daging korban kepada semua hadirin.
InshaAllah, jika ada rezeki.. tahun depan kita buat lagi 🥰🥰