Pusat Latihan KEMAS Terengganu

Pusat Latihan KEMAS Terengganu Pusat Latihan KEMAS Terengganu
Seberang Takir
FB Page Rasmi PLK Terengganu

Di sebalik ibadah korban, terselit nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insanSemoga Aidiladha kali ini ...
27/05/2026

Di sebalik ibadah korban, terselit nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi ukhuwah dalam kehidupan kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Ikhlas daripada
Warga Pusat Latihan KEMAS Terengganu

Salam Hari Arafah 1447HMarilah kita merebut keberkatan 9 Zulhijjah dengan memperbanyakkan amal soleh, berdoa, berzikir d...
25/05/2026

Salam Hari Arafah 1447H

Marilah kita merebut keberkatan 9 Zulhijjah dengan memperbanyakkan amal soleh, berdoa, berzikir dan berpuasa sunat Hari Arafah. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan yang akan datang serta mengurniakan rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada
Pusat Latihan KEMAS Terengganu

25/05/2026

πŠπ„π‰π€π˜π€π€π πŠπŽππ“πˆππ‰π„π πŠπ„πŒπ€π’ πƒπˆ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

Pengurusan Tertinggi serta warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengucapkan tahniah kepada kontinjen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) atas kejayaan meraih 49 pingat dalam pertandingan π‘Šπ‘œπ‘Ÿπ‘™π‘‘ πΆβ„Žπ‘’π‘“π‘  πΆβ„Žπ‘Žπ‘šπ‘π‘–π‘œπ‘›π‘ β„Žπ‘–π‘ 2026.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kemahiran dan kesungguhan warga KEMAS dalam mengetengahkan potensi kulinari luar bandar ke persada dunia. KKDW akan terus menyokong usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mampu mengharumkan nama negara.





KURSUS PENGURUSAN STRESS BERLANDASKAN SAINS DAN AL-QURANAlhamdulillah, Kursus Pengurusan Stress Berlandaskan Sains dan A...
25/05/2026

KURSUS PENGURUSAN STRESS BERLANDASKAN SAINS DAN AL-QURAN

Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Stress Berlandaskan Sains dan Al-Quran telah berjaya diadakan pada hari ini

Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Puan Armiati Bt Yurnis (Penolong Pengarah BLPP) dan Ustaz Salihin Bin Zamri (Ahsaza Solution Centre) telah memberi banyak manfaat kepada para peserta dalam memahami kaedah mengurus tekanan secara positif melalui gabungan pendekatan sains serta panduan Al-Quran dan sunnah.

Semoga program ini dapat membantu melahirkan individu yang lebih tenang, berfikiran positif dan seimbang dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KEMAS Negeri Terengganu

17/05/2026

Guru Bitara, Nadi Negara” bukan sekadar tema… tetapi lambang pengorbanan, kasih sayang dan dedikasi insan bergelar pendidik

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik KEMAS yang terus mendidik dengan hati demi mencerdaskan anak bangsa dan memperkasa komuniti. Semoga jasa dan bakti kalian sentiasa dihargai serta menjadi inspirasi buat generasi masa hadapan

Selamat Hari Guru 2026

Aktiviti Kebun Dapur β€œPintar Botani” bukan sekadar menanam sayuran, malah turut menyemai ilmu, kerjasama dan minat pelat...
16/05/2026

Aktiviti Kebun Dapur β€œPintar Botani” bukan sekadar menanam sayuran, malah turut menyemai ilmu, kerjasama dan minat pelatih terhadap alam sekitar serta gaya hidup sihat bersama Jurulatih Puan Rohimah. Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada semua.

Selamat Hari Pendidik 2026 β€œGuru Bitara, Nadi Negara”Terima kasih kepada seluruh warga pendidik KEMAS dan semua guru yan...
16/05/2026

Selamat Hari Pendidik 2026

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik KEMAS dan semua guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membina sahsiah serta mendidik generasi masa depan negara.

β€œ55 Tahun Mencerdaskan Anak Bangsa”
β€œ65 Tahun Memperkasakan Komuniti”
Jasamu tetap dikenang, pengorbananmu sentiasa dihargai.
Teruslah menjadi cahaya ilmu buat anak bangsa






15/05/2026

BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN BERSAMA PELATIH KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAK) TABIKA 2026 PLK TERENGGANU

Semangat Hari Belia Negara 2026 terus disemarakkan apabila para pelatih Kursus SPAK TABIKA Tahun 2026, Pusat Latihan KEMAS Terengganu turut bersama-sama menjayakan Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang dilaksanakan serentak di seluruh negara tepat jam 10.00 pagi.

Dengan penuh semangat patriotisme dan jiwa belia yang kental, para pelatih menghayati setiap bait ikrar sebagai tanda komitmen dalam membentuk generasi belia yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing serta sentiasa bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Bacaan ikrar ini menjadi simbol penyatuan suara dan aspirasi belia Malaysia dalam memperkukuhkan jati diri, menyuburkan budaya hormat, menyerlahkan bakat serta menyahut seruan membangun Malaysia MADANI.
β€œMENGGERAK BELIA”

Semoga semangat dan iltizam yang dizahirkan hari ini menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pendidik awal kanak-kanak yang cemerlang, berintegriti dan mampu menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.

14/05/2026
14/05/2026

Address

PUSAT LATIHAN KEMAS
Kuala
21300KUALANERUSTERENGGANU

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096624298

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan KEMAS Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share