Korporat Suk Terengganu

Korporat Suk Terengganu Government KORPORAT SUK TERENGGANU adalah merupakan satu unit di bawah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Sekian, PSUK TRG.

Sebarang aduan melibatkan perkhidmatan jabatan/agensi Kerajaan Negeri Terengganu boleh dikemukakan melalui laman rasmi ini dengan memberikan maklumat yang lengkap. Nama:
No I/C:
Alamat:
No Telefon:
Emel:
Butiran Aduan:

Anda juga boleh menghantar sebarang pertanyaan yang melibatkan perkhidmatan jabatan/agensi Kerajaan Negeri Terengganu melalui aplikasi WhatsApp ke 011-21935958.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“π€π™πŠπˆπ‘π€π‡ π’π˜π€π‘π€π‡π€π π‡π€πƒπˆπ“π‡ ππ”πŠπ‡π€π‘πˆKUALA TERENGGANU, 3 September 2026 – KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muham...
04/09/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“π€π™πŠπˆπ‘π€π‡ π’π˜π€π‘π€π‡π€π π‡π€πƒπˆπ“π‡ ππ”πŠπ‡π€π‘πˆ

KUALA TERENGGANU, 3 September 2026 – KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Tazkirah Syarahan Hadith Bukhari yang berlangsung di Balai Islam, Istana Syarqiyyah. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham.

Majlis turut diserikan dengan bacaan selawat, solat Maghrib secara berjemaah serta syarahan yang disampaikan oleh YBhg. Habib Dr. Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid, dalam suasana majlis ilmu yang penuh penghayatan dan ketenangan.



πŸ’πŸ“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸ‘ π‰π”π‘π”ππˆπŠπ€π‡ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 π“π„π‘πˆπŒπ€ π–π€π“πˆπŠπ€π‡KUALA TERENGGANU, 3 September 2026 – Setiausaha Kerajaan Ter...
03/09/2026

πŸ’πŸ“ ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸ‘ π‰π”π‘π”ππˆπŠπ€π‡ 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 π“π„π‘πˆπŒπ€ π–π€π“πˆπŠπ€π‡

KUALA TERENGGANU, 3 September 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham menghadiri Majlis Penghadapan dan Upacara Pengurniaan Tauliah kepada Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar serta Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk’ Orang Islam serta Jurunikah Negeri Terengganu Tahun 1448H/2026M di Balai Az-Zahra, Istana Syarqiyyah, hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin itu dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh qari jemputan sebelum diteruskan dengan upacara pengurniaan tauliah kepada 148 penerima yang terdiri daripada 45 pegawai pendaftar dan 103 jurunikah.

Majlis turut disusuli dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dato’ M***i Terengganu, YBM Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Terengganu berangkat meninggalkan majlis.



ππ€π•πˆπ‹πˆπŽπ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐄𝐂𝐀𝐇 πŸ•πŸ“,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 πƒπˆ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”SERDANG, 2 September 2026 – Setiausaha Kerajaan Negeri Terenggan...
02/09/2026

ππ€π•πˆπ‹πˆπŽπ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐄𝐂𝐀𝐇 πŸ•πŸ“,𝟎𝟎𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 πƒπˆ πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

SERDANG, 2 September 2026 – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham mengiringi Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, mengunjungi Pavilion Terengganu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang, hari ini.

Dalam kunjungan tersebut, beliau berkesempatan menyampaikan cenderahati kepada pengunjung ke-75,000 Pavilion Terengganu, selain meninjau pengisian yang mengetengahkan pelbagai produk tempatan, hasil pertanian, agromakanan, kraf, batik, tenunan dan produk negeri.

Penyertaan Terengganu pada MAHA 2026 turut memperlihatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan penggiat industri dalam mengangkat kepelbagaian sektor agro negeri, merangkumi pertanian, agromakanan, hortikultur serta agropelancongan sebagai sebahagian daripada potensi dan identiti Terengganu.



𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 πŠπ€πŒπ„π‘π€ | π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆπŒπ€πSorotan kemeriahan Sambutan Hari Keb...
31/08/2026

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 πŠπ€πŒπ„π‘π€ | π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆπŒπ€π

Sorotan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu yang berlangsung penuh warna-warni, semangat patriotisme dan kebersamaan rakyat.

Kibaran Jalur Gemilang, lautan rakyat dan barisan kontinjen daripada pelbagai agensi menyerlahkan semangat cinta akan tanah air, menyatukan seluruh lapisan masyarakat dalam satu semangat iaitu bangga menjadi rakyat Malaysia.



π’π„πŒπ€ππ†π€π“ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ππ„π‘π†π„πŒπ€, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 π’π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„KUALA TERENGGANU, 31 Ogos 2026 – Sema...
31/08/2026

π’π„πŒπ€ππ†π€π“ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ ππ„π‘π†π„πŒπ€, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 π’π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„

KUALA TERENGGANU, 31 Ogos 2026 – Semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air bergema di Dataran Shahbandar apabila Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman berlangsung penuh meriah dengan keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Keberangkatan baginda turut disambut Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar bersama isteri, YABhg. To’ Puan Seri Tuan Faizah binti Tuan Ab Rahman serta Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham bersama isteri.

KDYMM Pemangku Raja Terengganu berkenan menyaksikan lintas hormat dan perarakan kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, badan beruniform, sektor swasta serta institusi pendidikan yang tampil dengan penuh semangat bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Kemuncak sambutan menyaksikan baginda berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman, selain menyaksikan persembahan khas yang dipersembahkan sempena sambutan berkenaan.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 itu bukan sekadar menghidupkan semangat kemerdekaan, malah menjadi wadah menyatukan rakyat Terengganu dalam semangat Malaysia MADANI, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang terus menjunjung kedaulatan, keamanan dan keharmonian negara.



πŠπ„ππ”π“π”π’π€π π‘π€π’πŒπˆ ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆπŒπ€π 𝐁𝐄...
31/08/2026

πŠπ„ππ”π“π”π’π€π π‘π€π’πŒπˆ ππ„π‘π€π‘π€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘ππ€π‘πˆπ’π€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 πˆπŒπ€π ππ„π‘π“π„πŒπ€πŠπ€π "πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πƒπˆππˆπŠπŒπ€π“πˆ"

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – ππ€π’π”πŠπ€π π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ π“πˆπƒπ€πŠ ππ„π‘π”ππˆπ…πŽπ‘πŒ

Johan – SMK Megat Panji Alam
Naib Johan – SMK Tengku Muhammad Ismail
Tempat Ketiga – Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – ππ€π’π”πŠπ€π π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ ππ„π‘π”ππˆπ…πŽπ‘πŒ

Johan – Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, SMK Wakaf Tapai
Naib Johan – Kadet Polis, SMK Tengku Mahmud
Tempat Ketiga – Kadet Bulan Sabit Merah Malaysia, SMK Dato’ Razali Ismail

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π“πˆπƒπ€πŠ ππ„π‘π”ππˆπ…πŽπ‘πŒ

Johan – Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu
Naib Johan – Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tempat Ketiga – Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ€ππ”π π“πˆπƒπ€πŠ ππ„π‘π”ππˆπ…πŽπ‘πŒ

Johan – Majlis Daerah Besut
Naib Johan – Yayasan Islam Terengganu
Tempat Ketiga – Majlis Perbandaran Dungun

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π / πˆππ“ / 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ€ππ”π / 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 ππ„π‘π”ππˆπ…πŽπ‘πŒ

Johan – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Terengganu
Naib Johan – Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Tempat Ketiga – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 π’π€πŒπ€ ππ„π†π„π‘πˆ/πˆππ“/𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀/𝐆𝐋𝐂/π“πˆπƒπ€πŠ ππ„π‘π”ππˆπ…πŽπ‘πŒ

Johan – EPIC Berhad
Naib Johan – Persatuan Keluarga Polis (Perkep Kontinjen Terengganu)
Tempat Ketiga – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – ππ€ππ‚π€π‘π€π†π€πŒ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡

Johan – LEBEST BAND
Naib Johan – Sultan Sulaiman Marching Band
Tempat Ketiga – Pancaragam SWADAYA SMK Chung Hwa Wei Sin (CF)

πŠπ€π“π„π†πŽπ‘πˆ – ππ€π’π”πŠπ€π πŠπ‡π€π’ 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π„π‘πˆ

Johan – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk
Naib Johan – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Tunggal
Tempat Ketiga – Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ladang

𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‡π€π’

β€’Johan Keseluruhan – Le'Best Band

β€’Pakaian Terbaik – SMK Bukit Payong

β€’Ketua Perbarisan Terbaik –
Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!
Semangat patriotisme, disiplin dan kesatuan yang ditampilkan menjadi cerminan kecintaan terhadap tanah air. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

π€πŒππ€ππ† πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŒπ„π‘πˆπ€π‡, π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆπ’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€πKUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2026 – Yang di-Pertua Dewan Undangan N...
30/08/2026

π€πŒππ€ππ† πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŒπ„π‘πˆπ€π‡, π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπ’πŒπ„ πƒπˆπ’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2026 – Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Nor Hamzah mewakili Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghadiri Majlis Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2026 di Dataran Muara Utara, KTCC.

Majlis diserikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk Forum Bicara Kemerderkaan, persembahan nyanyian nasyid dari Kumpulan Rabbani dan perarakan masuk Jalur Gemilang oleh anggota Rejimen Askar Wataniah.

Sambutan turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos dan Jalur Gemilang secara beramai-ramai serta pertunjukan bunga api yang menerangi langit Kuala Terengganu, sekali gus menyemarakkan suasana sambutan Ambang Merdeka 2026 dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.



π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ π’π“π„πŒ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 πŒπˆππ€π“ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ πŒπ”πƒπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π’π“π„πŒKUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2026 – Setiausaha Kerajaan Ter...
30/08/2026

π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ π’π“π„πŒ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 πŒπˆππ€π“ π†π„ππ„π‘π€π’πˆ πŒπ”πƒπ€ 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π’π“π„πŒ

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos 2026 – Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham mewakili YAB Menteri Besar Terengganu merasmikan Majlis Penutupan Festival STEM Terengganu 2026 dan Terengganu Pushbike Cup di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), hari ini.

Menurut beliau, penguasaan STEM bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam melahirkan generasi yang mampu berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, mencipta dan berinovasi. Kerajaan Negeri menyediakan RM70,000 bagi Program Pengukuhan STEM serta RM50,000 untuk pengukuhan ICT di PSKT bagi tahun 2026.

Beliau turut berkata, penganjuran Terengganu Pushbike Cup bersama Festival STEM membuktikan PSKT mampu menghimpunkan elemen pendidikan, kreativiti, inovasi dan sukan, selain menggalakkan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan kanak-kanak.



30/08/2026

SALAM KEMERDEKAAN KE-69
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim









Address

Unit Korporat, Tingkat 7, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman
Kuala
20503

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 04:00
Sunday 07:30 - 17:30

Telephone

+6096006000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Korporat Suk Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Korporat Suk Terengganu:

Shortcuts

Share