Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu “Facebook RASMI bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu”

GCB: TARIK TALI ERATKAN SILATURAHIM, SEMARAKKAN SEMANGAT SEPASUKAN3 September 2026 | KhamisProgram Gerak Cergas Bomba (G...
03/09/2026

GCB: TARIK TALI ERATKAN SILATURAHIM, SEMARAKKAN SEMANGAT SEPASUKAN

3 September 2026 | Khamis
Program Gerak Cergas Bomba (GCB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di hadapan Lobi Ibu Pejabat JBPM Negeri Terengganu.

Program dimulakan dengan sesi senaman regangan sebelum diteruskan dengan perlawanan tarik tali melibatkan pegawai dan kakitangan JBPM Negeri Terengganu di Dewan Dato’ Sri Abdul Wahab.

Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat, keseronokan dan semangat kesukanan dalam kalangan warga JBPM.

Turut hadir menyaksikan perlawanan, Pengarah JBPM Negeri Terengganu, PPjB Nor Mahathir bin Muhamad.
Program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga JBPM Negeri Terengganu.





03/09/2026

SATU RUMAH, SATU ALAT PEMADAM API

Keselamatan kebakaran bermula dengan langkah pencegahan. Memiliki sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api di setiap rumah merupakan satu inisiatif penting yang dapat membantu mengurangkan risiko kebakaran daripada menjadi lebih serius, sekali gus melindungi nyawa, keluarga dan harta benda.

Melalui inisiatif 1 RAPI (Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api), orang ramai digalakkan untuk menjadikan alat pemadam api sebagai kelengkapan keselamatan asas di kediaman. Persediaan awal ini mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan penghuni sekiranya berlaku kecemasan, sementara menunggu bantuan pihak bomba tiba.

Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita membudayakan amalan menyediakan sekurang-kurangnya sebuah alat pemadam api di setiap rumah sebagai langkah proaktif dalam mewujudkan kediaman yang lebih selamat dan sejahtera.

KUALA TERENGGANU — Perkembangan positif dicatat membabitkan adik Che Ku Muhammad Khairul Amir bin Che Ku Mohd Khairul Az...
02/09/2026

KUALA TERENGGANU — Perkembangan positif dicatat membabitkan adik Che Ku Muhammad Khairul Amir bin Che Ku Mohd Khairul Azlan yang dilaporkan akan dibenarkan keluar (discharge) dari Wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), pagi ini.
​Hasil ujian imbasan X-Ray dan CT Scan yang dijalankan mengesahkan tiada sebarang kecederaan teruk mahupun kepatahan tulang yang dialami. Ujian lanjut bagi pendarahan di bahagian mata juga mengesahkan tiada sebarang pendarahan berlaku di belakang mata mangsa.
​Seluruh warga jabatan mendoakan agar adik Amir dikurniakan kesembuhan berpanjangan dan kembali sihat seperti sediakala.





KUALA TERENGGANU, 2 Sept — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu hari ini telah menganjurkan Pr...
02/09/2026

KUALA TERENGGANU, 2 Sept — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu hari ini telah menganjurkan Program Kuliah Dhuha dan Pengisian Rohani Mingguan berlokasi di Dewan Dato' Sri Abdul Wahab, Ibu Pejabat JBPM Negeri Terengganu.
​Program penyucian jiwa yang bermula jam 9.00 pagi ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohamad Zaini bin Rosli. Majlis pengisian rohani tersebut dihadiri oleh seluruh warga kerja merangkumi Pegawai Kanan Ibupejabat dan Pegawai Gunasama daripada Bahagian, Zon 1 serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu.
​Program mingguan ini bertujuan untuk memantapkan sahsiah, memperkukuh nilai kerohanian, serta menyemai integriti dalam kalangan warga jabatan dalam melaksanakan tugasan seharian.

02/09/2026

Usah pandang remeh, pembakaran kecil boleh jejas kualiti udara

📸 Bernama

01/09/2026
ZIARAH PRIHATIN, TANDA INGATAN BUAT WARGA BOMBA1 September 2026 | SelasaJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Neg...
01/09/2026

ZIARAH PRIHATIN, TANDA INGATAN BUAT WARGA BOMBA

1 September 2026 | Selasa
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu telah mengadakan ziarah prihatin ke atas TPgB II Baharum bin Muhamad Hasim yang sedang menerima rawatan di Salam Specialist Hospital Kuala Terengganu.

Ziarah ini diketuai oleh PgKB I Shahrin Yusmar bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Terengganu, bersama pegawai kanan jabatan sebagai tanda keprihatinan, sokongan dan kebersamaan warga JBPM.

Semoga TPgB II Baharum bin Muhamad Hasim diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat seperti sediakala.
Bomba Prihatin, Kebersamaan Diperkukuh. 🤲🚒




MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS ZON 1 TERENGGANU1 September 2026 | SelasaPejabat Zon 1 TerengganuZon 1 Terengganu, Ja...
01/09/2026

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS ZON 1 TERENGGANU

1 September 2026 | Selasa
Pejabat Zon 1 Terengganu
Zon 1 Terengganu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sebagai sebahagian daripada proses peralihan dan kesinambungan tugas pegawai.

Majlis melibatkan:

🔹 PPgB Saifol Fahmy bin Saib, Pegawai Cawangan Keselamatan Kebakaran, menyerahkan tugas kepada PgKB II Abu Hassan bin Mohd Nawi @ Che Yahya, Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 1 Terengganu.

🔹 PPgB Mohd Razli bin Rapiae, Pegawai Cawangan Penyiasatan Kebakaran, menyerahkan tugas kepada PPgB Noor Fazdly @ Rudy bin Mohd Nor.

Penyerahan nota serah tugas ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta kesinambungan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab demi kepentingan organisasi.

Semoga segala amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.

Selamat menjalankan tugas dan teruskan kecemerlangan! 🤝🚒



01/09/2026

JANGAN HALANG PILI BOMBA

Pili bomba merupakan kemudahan kritikal yang membolehkan pasukan bomba mendapatkan bekalan air dengan pantas ketika operasi memadam kebakaran.

Pastikan kawasan sekitar pili bomba sentiasa bebas daripada sebarang halangan. Elakkan meletakkan kenderaan atau barangan di hadapan pili bomba agar akses bekalan air tidak terganggu.

Tindakan kecil ini mampu mempercepatkan operasi menyelamat, melindungi nyawa dan harta benda, serta memastikan keselamatan komuniti sentiasa terpelihara.

Keselamatan bermula dengan tanggungjawab kita bersama.

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096224444

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu:

Shortcuts

Share